Part 6

810 36 1

Jam 8.00 pagi lagi, Andrian sudah keluar.
Ada berberapa perkara yang harus dia selesaikan tentang kerjanya.


Selepas saja urusan kerja selesai, dia teringat janjinya sama Anatasia semalam.
Alang-alang sudah keluar rumah dia cuba hubungi Anatasia.

Kali ini dia nekad sudah biar apapun yang terjadi dia harus berterus terang sama Anatasia tentang keadaan dirinya.Dia betul betul berharap teman wanitanya itu akan faham.

Andrian cari handphone asalnya, kiri kanan poket seluarnya dia seluk.

Tiada? Andrian cemas ...handphonenya tertinggal di rumah.Gara-gara kalam kabut keluar rumah tadi pagi dia terlumpa ambil itu handphone .

Dia cuba ingat balik dimana dia simpan semalam.

" Mati sy ni kali..shittt...cuainya kau Rian...." dia maki-maki dirinya sendiri.

Itu handphone ada di sofa! Iya ada di sofa semalam selepas dia whatsapp Anatasia dia tidur di sofa.

Handphone itu adalah rahsia dirinya! Dia sudah berusaha kasi tapuk tu phone dari pengetahuan Hanna sejak dorang pindah masuk rumah keluaranya.

Sana di bilik dia sendiri dia simpan tu handphone dan bilik itu Hanna nda berani masuk! Semalam dia kasi aktif pun sebab dia cuma mao tinggu emailnya.

Tapi belum sempat dia buka email Anatasia pula tiba-tiba call dia. Lama juga diorang nda berhubung sebab kesibukan di kolejnya.

Dia tahu Anatasia nda akan cari dia selagi examnya nda selesai. Tapi semalam tiba-tiba saja Anatasia hubungi dia. Rupanya habis sudah dia exam dan sudah keluar dari kolej lagi.

Kesibukan menjadi suami penganti kembarnya menyebabkan dia terlupa tentang jadual kolej Anatasia, apa lagi mao call atau tanya khabar dia.

Andrian nda lagi sempat fikir apa-apa! punya laju dia pandu kereta, dia mao cepat-cepat balik sebelum Hanna yang duluan terjumpa itu handphone.

***************************

" Selamat pagi nek...!'' tegur Hanna.

" Pagi... aikk laki ko mana? " Tanya nenek, hairan dia Hanna seorang saja yang masuk dapur.

" Dia keluarkah nek? ..." Hanna pula yang bertanya.

" Nenek tanya kamu ...kamu pula tanya nenek atuookoiii anak ti.."

Hanna hanya tersengih.
Pagi-pagi lagi dia nampak bayangan suaminya cari baju. Dia nda juga tanya apa-apa fikirnya dia awal bangun saja.

" Hehehe dia tiada di bilik nek... ehh kejap nek kereta dia pun tiada nek.."

" Hermm biar lah mungkin ada ada urusan penting ! ...sarapanlah dulu .."

' Nenek pun sarapanlah..."

Awal lagi neneknya kasi sedia sarapan pagi untuk anak cucunya! Hanna malu-malu lagi mao sarapan iyalah dia cucu menantu tapi apa dia buat? bangun tidur masuk dapur terus ada sarapan.

Baru saja Hanna mao menyuap mee hoon goreng di mulut , dia dengar bunyi enjin kereta masuk kawasan rumah.

Hanna nda jadi makan, fikirnya Daniel yang balik.

" Nek Daniel kali balik! Sy pi tinggu dulu ar.."

Bilang Hanna, terus berdiri melangkah pigi pintu utama.

Tapi yang datang bukan Daniel,dia nda kenal tu kereta siapa!.

" Tetamu nenek kali..." bisiknya dalam hati.

I LOVE YOU MR REPLACEWhere stories live. Discover now