---

Yoohee terus meluru ke tandas perempuan yang terletak paling hampir dengannya , meninggalkan Ga In yang sedang terpinga-pinga di belakang.

Pintu salah satu kubikel yang paling dekat dengannya dirempuh. Yoohee sempat melutut ke lantai sebelum memuntahkan isi perutnya ke dalam lubang tandas. Rambutnya disisir ke belakang dengan jari.

"Kau nampak macam tak sihatlah , Yoohee. Aku bawa kau pergi bilik kesihatan , ya?"

"Tak perlu. Perut aku cuma masuk angin je ni."

Sudah hampir sebulan sejak apa yang berlaku pada malam dia dan Chanwoo pulang dalam keadaan mabuk tempoh hari.

Yoohee masih belum membuat pemeriksaan dengan doktor mahupun mengambil pil pencegah kehamilan seperti yang dikatakannya pada Chanwoo hari itu.

Ga In memapah Yoohee keluar dari tandas. Langkah kedua-dua gadis itu terhenti apabila menyedari kehadiran seseorang yang sedang berdiri betul-betul di hadapan mereka.

"Pergi. Aku nak cakap dengan Yoohee."

Ga In menoleh. Hatinya keberatan untuk meninggalkan Yoohee. Apa lagi jika bersama-sama dengan Soojin.

"Pergi je. Aku okay.."

Yoohee cuba meyakini Ga In. Selepas berfikir panjang , Ga In akhirnya menurut. Dia pulang ke kelas , meninggalkan Yoohee dan Soojin di situ.

"Apa awak nak dari saya?"

Yoohee memandang Soojin. Dengan penuh angkuh , Soojin menyilangkan kedua-dua belah tangannya ke dada sambil tersenyum sinis. Kemudian , raut wajahnya kembali tegang.

"Jauhkan diri kau daripada Chanwoo. Dia milik aku. Dan kau tak layak untuk dia. Sebab apa? Kau cuma anak pungut."

Soojin menunjal bahu Yoohee. Gadis di hadapannya itu masih tenang walaupun berasa agak terancam pada saat ini.

"Siapa awak untuk kata yang Chanwoo tu milik awak? Isteri dia? Tak , bukan?"

Yoohee menjawab berani. Soojin sekadar tersenyum.

"Aku cuma nak ingatkan kau yang Chanwoo tu bukan lelaki yang baik. Kau takkan bahagia dengan dia. Kau bukan tak tahu yang Chanwoo tu kaki perempuan. Dan cuba teka siapa yang pertama kali dia tiduri? Aku. Mungkin Chanwoo dah tiduri kau. Tapi yang pasti , kami berdua dah buat lebih banyak hubungan ranjang berbanding dengan kau."

Melihat Yoohee terdiam tanpa sebarang kata , Soojin tersenyum. Sebelum gadis itu beredardia sempat berbisik di telinga Yoohee.

"Chanwoo dah buang aku , jadi tak mustahil dia akan buang kau juga lepas ni. Chanwoo takkan setia dengan mana-mana perempuan. Dia hanya gunakan mereka sebagai pemuas nafsu. Termasuklah kau."

---


Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!