OSH-07

1K 151 2

[Ye Seul pov]

Aku hanya mengikut rentak larian Sehun.halah orang ni kan!aku ni dah lah tengah sengugut boleh pulak dia ajak aku main kejar kejar.

weyh dah malam ni..aku nak balik!ada aku swing si Yehet ni!boyfriend tak boyfriend.

disebabkan aku dah terlampau penat,aku rentap tangan aku.Sehun dengar muka poker tak sudah dia tu menatap wajah aku.

"senior ni dah kenapa?!sukan sea dah habis baru nak ajak berlari!"

aku berpeluk tubuh.

Sehun masukkan tangan ke dalam poket lalu dia bersandar pada tiang lampu.matanya melilau kiri kanan.

"kau dah kenapa keluar malam-malam buta ni?"

aku tanya soalan dia balas dengan soalan.

bagus Sehun.bagus.

"saya ada emergency.kalau takde emergency,takdenya saya nak keluar malam-malam ni.."

"emergency apa?"

mata aku terkebil-kebil.tetiba muka aku berbahang.takkan aku nak kata yang aku keluar nak beli tuala wanita?ohh itu amat memalukkan!

"ad-adalah!senior sibuk kenapa?!"

"aku tanya elok-elok yang kau nak marah kenapa?kau datang bulan ke?"

Sehun mendekatkan wajahnya ke wajah aku.aku terus tolak muka dia kerana aku pasti wajah aku dah memerah habis.

Sehun tersenyum nipis.tangan dia mula mengusap rambut aku.

"aku nak pergi."

"hah?"

aku jadi blank.wajah dia aku pandang.walaupun dia tayang muka poker,dari mata dia aku tahu yang ada sesuatu membebani fikiran dia.

"aku nak pergi.jaga diri kau baik-baik."

"senior nak pergi mana??saya nak ikut!"

air mata aku dah mengalir.Sehun mengusap air mata aku.

"aku nak pergi jauh..kau mana boleh ikut.kau belum sah jadi milik aku lagi.kau kene ikut parents kau."

lagi lebat air mata aku turun.aku terus peluk tubuh Sehun.aku menangis semahunya di dada Sehun.sesekali aku pukul lengan dia.

"senior jahat!hiks!hiks!kenapa nak hiks tinggalkan hiks saya??"

Sehun menepuk lembut belakang badan aku.ubun-ubun aku dikucup.lama..

"sebab aku sayang kau aku kene tinggalkan kau.aku janji aku akan cari kau.."

aku memandang wajah Sehun yang..

sedang menangis.

serious dia nangis?!

aku nak gelak tapi tak jadi bila aku kenangkan sekarang dalam mood sedih.

"janji dengan aku.yang kau akan stay dengan aku walau apa pun yang berlaku?"

"saya janji!saya janji saya akan stay dengan Oh Sehun walau apa pun yang berlaku!!"

Sehun tersenyum lantas dia mengucup dahi aku.aku kembali memeluk dia.aku merasakan yang aku akan selamat kalau aku berada dengan dia..

Sehun..saya cintakan awak sampai bila-bila..

Thursday,07 September 2017

Shah

[C]StayRead this story for FREE!