Part 1

6 1 0
                                    


Universiti aku dah gila. Latihan industri selama setahun? 
Gila!

Lagi gila apabila aku masih tak dapat tempat untuk latihan industri lagi.

"Maaaa...ottoke. Hotel tu bagi emel last minute tolak permohonan adik. Adik nak intern kat mana ni?", Hanisah Sahuri merengek di telefon pintarnya sambil berguling di atas katilnya di bilik asrama sebuah universiti tempatan di Shah Alam.

Tinggal seminggu lagi untuk tarikh akhir pengesahan tempat latihan industri yang akan bermula dua bulan lagi (selepas cuti akhir semester). Ibunya mahu dia melaksanakan latihan industri di Johor kerana tak mahu lagi berjauhan dengan anak gadisnya yang menghabiskan masa hampir enam tahun pengajian peringkat diploma dan sarjana di Perak dan Shah Alam. 

"Kalau intern kat hotel murah yang banyak kat JB ni tak boleh?"

Hanisah mendengus geram. Dia ingat aku belajar tinggi-tinggi bidang perhotelan ni sekadar nak kerja kat hotel murah ke? Macamlah aku tak tahu modus operandi mereka sebagai pusat pelacuran.

"Ma, orang minta kat Shah Alam ajelah macam yang pensyarah orang cadangkan. Tempat intern dekat dengan kampus, senang nak ulang alik jumpa pensyarah kalau ada masalah",

"Nisa sampai hati kan nak tinggalkan mama seorang-seorang kat Johor ni? Tak apalah Nisa buatlah keputusan yang terbaik Nisa dapat fikirkan. Mama tak kisah",ucap ibunya Wan Maimunah.

Inilah yang pening kalau cuba berdiplomasi dengan Wan Maimunah ni. Cepat sangat sentap, cepat sangat jauh hati.

"Nisa fikirlah sepanjang kamu belajar ni berapa hari je waktu cuti semester kamu balik jenguk mama. Sibuk memanjang dengan aktiviti persatuan kamu tu yang bukannya bantu kamu dapat 4-flat ke apa, malah dapat keputusan teruk. Mama diamkan saja sebab mama tahu kamu tak mahu susahkan mama kalau terpaksa duduk rumah sewa sebab tak aktif kokurikulum. Lagipun kamu yang kata latihan industri kali ni adalah setahun,takkanlah mama takkan dapat jumpa kamu setahun."

Hanisah sudah penat bergaduh dengan ibunya. Sebab itulah dari dulu mereka memang selalu tidak sebulu. Ibunya seorang tipikal surirumah (dan seorang tukang jahit) yang lemah lembut dan lengkap dengan ciri-ciri keperempuanan (yang ortodoks dan konservatif). Dia pula seperti bapanya yang sentiasa aktif dan betah duduk di rumah saja. 

Apabila bapanya, Encik Halim Osman meninggal dunia tahun lepas, sifat mengongkong ibunya semakin ketara. Dia hanya ada dua orang adik beradik. Kakak sulungnya sudah berkahwin dan mengikut suaminya tinggal di Melaka. Maka dialah saja yang ada untuk menjadi peneman ibunya yang sunyi.

Mahu saja dia kahwinkan ibunya dengan mana-mana lelaki supaya sifat mengongkongnya berkurangan.

"Kenapa diam aja?"

"Habis orang nak cakap apa? Penatlah gaduh dengan mama. Mama bukannya faham macam mana susah nak cari kerja zaman sekarang ni. Orang pun kena fikirkan banyak benda dan tak boleh nak fikirkan tentang kebaikan satu pihak aja".

Puan Muna terdiam. 

"Nanti mama tolong adik cari tempat kat sini okey. Along pun akan tolong carikan sekali",

"Hmm, okey. Assalamualaikum. Bye".

Hanisah capai komputer ribanya dan membuka laman web MyIntern. Mengemaskini butiran profilnya untuk mencari pusat latihan industri.

Lokasi pilihan; Shah Alam, Kuala Lumpur.




ter-asingजहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें