---

Sebelum sempat Yoohee membawa langkahnya menuju ke arah anak tangga rumah agam tersebut , dia telah disapa dengan sindiran sinis Yoojung.

"Ingatkan dah tak jumpa jalan nak balik."

Yoohee hanya mendiamkan diri. Langkah gadis itu sengaja dihentikan buat seketika.

"Yelah , kau tentu-tentunya tengah seronok berfoya-foya dengan lelaki kat luar sana tu. Atau , oh! Tak mustahil juga kalau kau tidur dengan lelaki tu , kan? Maklumlah , dah terdesak.."

Oleh kerana sudah terlalu letih untuk mendengar tuduhan serta sindiran tidak berasas itu , Yoohee memanjat satu-persatu anak tangga ke tingkat atas.

Yoohee meletakkan barang-barangnya ke atas meja belajar. Yoojung yang turut berada di dalam biliknya sama sekali tidak dihiraukan.

Yoohee letih. Selepas apa yang berlaku di antara gadis itu dan Chanwoo , Yoohee akhirnya sedar kesilapan besar yang telah dia lakukan.

Perkara tersebut mendorong Yoohee untuk segera meninggalkan vila mewah Chanwoo sebelum terbit matahari pada pagi itu.

Kini , dia bingung.

"Kau ni sengaja buat-buat pekak ke apa?!"

Suara Yoojung yang tiba-tiba meninggi membawa Yoohee kembali ke realiti.

"Cukuplah , eonni.. Yoohee dah letih nak bergaduh lagi. Tolonglah , keluar dari bilik ni."

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!