---

Yoohee melangkah turun dari perut kereta mewah kepunyaan Chanwoo. Sebelum sempat gadis itu melangkah lebih jauh , Chanwoo memanggil namanya. Yoohee kembali menoleh ke belakang.

"Tolong pertimbangkan apa yang saya cakap tadi. Mungkin dengan cara tu saja awak akan lebih kenal hati budi saya."

Yoohee meninggalkan Chanwoo selepas mengucapkan terima kasih.

Menapak sahaja ke dalam rumah agam itu , Yoohee disambut dengan ketidakpuashatian yang terpamer pada wajah Yoojung.

"Lelaki mana yang hantar Yoohee balik tadi?"

"Kawan."

Yoohee menjawab ringkas. Sepertinya , Yoojung semakin tidak berpuas hati apabila Yoohee langsung tidak menghormatinya.

"Kalau nak menipu pun agak-agaklah. Bukannya aku tak tahu yang kau tu bergaul bebas dengan banyak lelaki."

Yoojung mula membuat tuduhan sebarangan.

"Eonni cakap macam eonni tu baik sangat , kan?"

Yoohee tersenyum sinis. Setelah berpuas hati , Yoohee naik ke biliknya. Yoojung mengetap gigi.

"Kau tunggulah.."

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!