|5

1.1K 138 1
                                    

"Jimin?"

"Ya, Jeon hye jin. Kau sihat?"

Hye Jin tersenyum riang sambil berlari memeluk Jimin. Jimin tersenyum puas sambil matanya melirik kearah Soo Jung.

Soo Jung mengetap bibirnya. Perlahan-lahan pandangannya teralih pada satu susuk tubuh yang tinggi lampai berada di sebelah Hye Jin.

Rasanya dia pernah nampak namja ni, tapi siapa ya?

Dia cuba mengingat kembali wajah namja tersebut dalam ingatannya.

"Ah, betul!"

Teriak Soo Jung. Jimin tersentak dengan suara Soo Jung lalu perlahan merungkai pelukannya dengan Hye Jin. Soo Jung kelihatan teruja kerana berjumpa dengan namja tu.

Namja tersebut perasan seakan Soo Jung sedang mengerlingnya tanpa berkelip. Rasa tak selesa pun ada juga. Pantas langkah kakinya diatur menuju arah Soo Jung. Soo Jung terkebil-kebil melihat Jeon Jungkook yang berada di hadapannya.

"Bogoshipta"

Jungkook mendekatkan bibirnya dengan telinga Soo Jung, dia berbisik halus dan menggoda .

Soo Jung telan air liur. Jungkook ni kalau buat biskut juon sedap jugak. Hatinya berbisik.

Jungkook tersenyum sinis sambil melirik mata ke arah kereta sport mewah miliknya.

"Jom"

Dia memegang erat tangan Soo Jung. Soo Jung menggeleng ketakutan.

"Aku tak sedia! "

"Hoi, Choi Soo Jung, kau cakap apa ni?"

"Kau nak bawa aku ke sana kan?"

"Sana mana?"

"H-hotel?"

Jungkook gelak dengar jawapan kurang matang Soo Jung. Pengaruh drama kuat sangat ni.

"Aduhai, naif betul kau ni, aku nak bawa kau pergi jalan-jalan lah, ke nak.. "

"N-nak apa?"

Jungkook senyum senget sebelum meneruskan katanya,

"Balik rumah aku?"

Pantas sahaja jungkook sebut ayat tu, Soo Jung terus menggelupur. Habis scene drama korea masuk dalam otaknya.

Jungkook tak mahu buang masa jadi dia terus tarik yeoja tu masuk dalam keretanya. Dia tak hiraukan pandangan Jimin yang dah bertukar tajam. Jimin ni suka adik dia atau Soo Jung?

Dia mengabaikan apa yang difikirkan tadi lalu kembali memandang wajah Soo Jung yang seperti kijang- masuk -kereta -sport-mewah .

"Woahhhh"

Soo Jung menyentuh stereng kereta mewah tersebut. Bapak kaya si Jungkook ni.

"Eh eh budak ni main stereng pulak, aku tengah bawa kereta ni.Duduk diam sudah"

Marah jungkook sambil mengetuk kepala Soo Jung. Soo Jung mengerang kesakitan yang amat.

"Arghh!! "😭

Bukan sakit datang dari pukulan kepala jungkook tapi sakit yang selama ni dia cuba sembunyikan. Sakit yang merungkai masa lalunya.

Jungkook tatap wajah Soo Jung lama. Dia memberhentikan kereta lalu memegang lembut wajah Soo Jung.














"Kau kena pukul ke?"







To be continued

[C] Cukup Derita Itu | PjmWhere stories live. Discover now