---

Yoohee segera memalingkan wajah apabila matanya bertentang lama dengan sepasang mata kepunyaan Chanwoo. Yoohee semakin tidak keruan.

Apa yang telah berlaku di stor penyimpanan prop teater semalam kembali menyapa mindanya.

"Hey , kau ni dah kenapa?"

Ga In menyiku lengan Yoohee. Apabila dia melihat ke sekeliling , barulah dia faham mengapa Yoohee asyik menunduk sahaja dari tadi.

"Oh.. patutlah malu-malu. Aku dengar cerita kau berdua-duaan dengan Chanwoo semalam. Apa jadi?"

Ga In cuba mengorek rahsia. Yoohee mengemam bibirnya. Dia masih teragak-agak untuk berterus terang.

"Dia sentuh aku.."

Ga In menepuk meja. Kini , setiap pasang mata di kantin tertumpu ke arah mereka.

"Kau biar betul?"

Ga In berbisik perlahan. Yoohee mengangguk. Ga In semakin ingin tahu.

"Jadi , macam mana? Seronok tak?"

Gadis itu tersenyum nakal.

"Eii kau ni.. bukan sentuh yang melampau-lampau tu.."

"Dah tu pegang-pegang biasa je? Bosannya!"

Ga In memeluk tubuh.

"Tak juga. Dia...."

"Apa-apa pun Yoohee , dia tu lelaki. Ada girlfriend lagi! For your information , Chanwoo tu playboy. Jangan sampai sangkut pula!"

---

Yoohee mencuci tangannya sebaik sahaja keluar dari salah satu kubikel di dalam tandas itu. Beg miliknya digalas sebelum berjalan ke arah pintu keluar.

Suasana sekolah sudah lengang. Sudah hampir 20 minit menunggu pemandu peribadinya , Yoohee semakin keletihan. Sebuah kereta muncul lalu berhenti betul-betul di hadapannya.

"Tak balik lagi ke? Mana pemandu yang selalu ambil awak tu?"

Lelaki yang cuba dielakkan kini berada di hadapannya. Chanwoo memakai kaca mata hitamnya lalu tersenyum.

Yoohee agak pelik juga kerana pemandunya tidak datang pada hari ini. Katanya , tayar kereta tiba-tiba pancit.

"Nak saya hantarkan?"

Melihat Yoohee diam sahaja , Chanwoo mengambil langkah untuk berterus terang tentang niat baiknya. Yoohee pada awalnya teragak-agak namun mengalah pada akhirnya.

Yoohee mengangguk. Chanwoo keluar bagi membukakan pintu buat Yoohee. Kereta itu kemudiannya meluncur laju meninggalkan perkarangan sekolah.

"Saya tahu awak tak selesa dengan apa yang-"

"Tak apa. Tak perlu ungkit semula tentang tu."

Yoohee mengeluh halus. Sesungguhnya , hanya Tuhan sahaja tahu betapa gementarnya gadis itu pada saat ini.

"Yoohee , saya dah lama sukakan awak."

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!