Bab 1

2.8K 133 6

EMBUN pagi membasahi dedaun yang tumbuh menghijau di halaman rumah teres dua tingkat itu. Keheningan pagi itu sungguh menyegarkan.

Seorang gadis yang lengkap berpakaian sukan dan dililit shawl di kepala serta satu tuala kecil disangkut di leher, keluar dari rumah itu.

Pagi yang indah untuk melakukan senaman. Ya ! itu yang dilakukan gadis itu pada saat ini. Dia berlari di setiap penjuru halaman rumah yang cukup luas itu. Aktiviti memanaskan badan dilakukan untuk merenggangkan badan.

Hampir 10 minit berjoging, gadis itu melakukan aktiviti menyejukkan badan. Peluh yang merecik di dahi di lap dengan tuala kecil tadi.

"Amni ! dah dah lah tu.. Tak pergi kerja ke ? kang lambat pulak masuk office nanti.."

Panggil Hajah Miza, ibu kepada Nurul Amni Syadiqah atau mesra dipanggil Am kecuali ibunya dan ayahnya, Haji Hamsyar yang memanggilnya Amni.

"Ya umi, I am done ! " ujar Amni lalu berlari anak menuju ke arah Hajah Miza di muka pintu.

"Ihh, budak ni.. cepat lah siap. Dah pergi mandi.."

"Alaa umi, nak manja sikit pun tak boleh. Kalau giliran Arin, umi boleh je layan. Merajuk lah kalau macam ni.."

Amni pura-pura merajuk pada Hajah Miza. Mukanya ditarik masam.

"Hahaha.. buat perangai, dah 24 tahun pun masih nak manja lagi. Amni cepat siap, dah pukul berapa sekarang ni ?" soal Hajah Miza sambil memandang tepat pada wajah anak gadisnya itu.

"Ye lah umi. Am nak siap dah ni. Hari ni umi masak apa ? "

Rajuk dihati sudah terpujuk. Bukan merajuk benar pun, saja nak bermanja dengan ibu sendiri.

"Nasi lemak sambal ikan bilis aje.."

Terliur Amni mendengar menu sarapan pada pagi itu.

"Wau ! ni yang tak sabar ni. Nanti umi masukkan dalam bekas ye, nak buat bekal kat office nanti.."

"Hmm.. iyelah, dah Amni naik atas pergi mandi, bersiap. Ni, tolong umi kejutkan Angah sekali. Tadi dah kejutkan, entah bangun ke belum tu.."

"Iye lah umi. Nanti Am kejutkan.."

Gadis itu terus berlari memanjat dua anak tangga sekali gus. Hajah Miza menggeleng kepala melihat perangai anaknya itu.

"Amni.. Amni.. "

Hajah Miza berlalu ke dapur untuk menghidangkan makanan.

******
Memakan masa hampir 20 minit untuk bersiap, akhirnya Amni berpuas hati dengan penampilan sendiri. Blouse hijau epal bersama seluar palazo hitam dan shawl hijau tua dikenakan pada pagi itu. Hanya dikenakan touch up sedikit, wajah yang memang sedia cantik itu, makin bertambah cantik bila dipandang.

"Okey ! I'm satisfied ! Jom ! Oh wait, my watch ! "

Jam tangan jenama Rolex berwarna biru muda itu, dipakai. Segaris senyuman yang menampakkan barisan gigi yang tersusun rapi dan putih itu dilemparkan buat dirinya dalam pantulan cermin hias.

Segala keperluan untuk dibawa ke tempat kerja di ambil sebelum melangkah keluar dari bilik itu.

"Melepaskanmu.. bukan mudah bagiku untuk melalui semua ini.. Pabila kenangan kita mengusik jiwa dan hati.. "

Sambil melangkah, sambil mulut itu lancar menyanyikan lagu nyanyian Sufian Suhaimi itu sehinggalah kakinya terhenti di depan bilik abangnya yang kedua.

Tok ! Tok !

Pintu bilik diketuk.

"Angah ! bangun !! " panggil Amni sambil menyeru nama angahnya, namun tiada sahutan dari dalam bilik.

Hello ! Cik PinocchioRead this story for FREE!