Baca setiap details yang ada dalam chapter ni dengan teliti. Kalau tak faham , boleh tanya.

---

4.36 p.m.

"Yunhyeong.. sebenarnya , ada banyak perkara yang aku rasa aku patut berterus terang dengan kau. Aku akan bercakap dengan terang dan jelas. Jadi , dengar baik-baik ya?"

Yunhyeong merenung tepat ke dalam anak mata milik Jiwon yang sedang duduk di hadapannya lalu mengangguk perlahan ㅡ terus memasang telinga.

Setelah apa yang terjadi kepada dirinya di awal tadi , Yunhyeong tidak banyak berkata-kata. Tanpa sebarang bantahan , dia hanya mengikut sahaja saranan yang telah diberikan oleh Jiwon. Yunhyeong perlu bertenang , itulah nasihatnya.

"Aku dah buat sedikit penyelidikan tentang masalah Yoohee. Memang betul dia ada kecelaruan mental. Tapi dia bukan pesakit Walking Corpse Syndrome."

Dahi Yunhyeong berkerut ㅡ sama sekali tidak memahami apa yang dikatakan oleh sahabatnya itu.

"Ingat tak yang kau pernah beritahu aku tentang perlakuan pelik Yoohee? Kau beritahu aku dia akan terbaring sepanjang masa macam mayat di sebelah pagi dan berjalan keliling rumah agam tu waktu malam , betul tak?"

Yunhyeong mengangguk lagi.

"Dia jadi macam tu bukan sebab penyakit. Tapi sebab dia dah buat perjanjian dengan entiti berupa makhluk halus. Sama ada roh manusia yang dah mati atau semangat jahat , aku masih tak dapat nak pastikan. Tapi yang nyata , dia ada sebab kenapa dia buat perjanjian dengan mereka. Sebab dendam."

Yunhyeong semakin bingung. Dendam? Adakah kerana Yoohee telah dianaiya? Ataupun disebabkan oleh kandungannya yang telah digugurkan secara paksa?

"Kau pernah beritahu aku yang Yoohee dan Chanwoo pernah bergaduh tak lama dulu. Jadi aku agak yang Yoohee berdendam dengan Chanwoo sebab kecurangan. Dan sebab tulah Chanwoo mati lemas pada hari kejadian."

Jiwon menghidupkan komputer riba miliknya lalu dipusingkan menghadap Yunhyeong. Sebuah laman web paranormal terpampang jelas pada skrin komputer riba tersebut.

"Baca.."

Mata Yunhyeong bergerak perlahan ㅡ membaca setiap butir yang tertulis pada laman web itu. Kata penulis blog paranormal tersebut , seseorang biasanya membuat perjanjian dengan entiti berupa makhluk halus kerana menginginkan harta. Ada juga yang membuat perjanjian atas sebab dendam. Namun , ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi. Misalnya , jika seseorang membuat perjanjian untuk mendapatkan harta dan kekayaan dengan mudah , bayi lelaki pertama mereka akan dibawa pergi. Jika disebabkan dendam pula , seseorang itu perlu membenarkan entiti tersebut menghuni tubuhnya sehingga kesemua perjanjian yang diinginkan terlaksana.

"Dalam hal ni , aku andaikan bahawa Yoohee telah meminta agar orang yang buat Chanwoo curang dengan dia mati. Tapi , dia tak tahu pun yang entiti tu akan gunakan badan dia untuk bunuh Chanwoo. Jadi lepas Chanwoo mati lemas , Yoohee rasa bersalah yang amat sangat. Dia bukan hanya tertekan sebab Chanwoo mati. Tapi dia salahkan diri sendiri atas kematian Chanwoo. Dan Yoohee masih dalam keadaan macam tu sebab dia belum berkesempatan untuk bunuh dalang yang sebenar. "

Terang Jiwon lagi.

"Tapi macam mana pula dengan orang yang gugurkan kandungan Yoohee tu?"

Yunhyeong semakin ingin tahu. Penjelasan Jiwon ada logiknya.

"Mungkin orang yang jadi penyebab utama Chanwoo curang dengan Yoohee dan orang yang gugurkan kandungan dia adalah orang yang sama."

---

Dah faham sikit , kan? ( ̄∀ ̄) Next chap akan jadi sambungan so tunggu ya? xD

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!