---

2.26 p.m.

Yunhyeong memicit lembut di sekitar dahinya setelah lelaki itu kembali tersedar. Dia telah disarankan oleh doktor untuk berehat secukupnya kerana masih kekurangan zat dan air di dalam badan.

Yunhyeong mengambil peluang tersebut untuk kembali ke rumah perkongsiannya bersama Jiwon bagi menenangkan fikiran buat seketika.

Oleh kerana keadaan tubuh badan Yunhyeong yang agak lemah sama sekali , Jiwon menawarkan diri untuk membawa sahabatnya itu pulang ke rumah mereka.

Sepanjang perjalanan kembali ke sana , Yunhyeong dan Jiwon masing-masing tidak bercakap seperti kebiasaan. Dan kenyataan itu membuatkan Yunhyeong semakin tertanya-tanya. Jelas , tidak selesa sama sekali. Jiwon yang dia kenali tidak selalu pendiam begini.

"Kau okay tak ni?"

Yunhyeong bersuara lemah. Badan serta kepalanya disandarkan rapat pada kerusi tempat duduk penumpang itu. Jiwon hanya mengangguk perlahan sebagai balasan.

"Kau.. betul-betul rogol Yoohee ke?"

Jiwon mengajukan soalan pelik secara tiba-tiba. Dahi Yunhyeong berkerut.

"Rogol Yoohee? Bila?"

Jiwon mengetuk stereng kereta mewah miliknya sebelum bersandar semula pada tempat duduknya. Yunhyeong yang terperanjat melihat baran rakannya itu hanya diam. Nafas ditarik sedalam-dalamnya sebelum Jiwon kembali berbicara.

"Kira-kira pukul 9 pagi tadi. Kau call aku dan beritahu yang kau dah rogol Yoohee."

Yunhyeong ketawa sambil menggeleng ㅡ tidak percaya dengan kenyataan Jiwon itu.

"Tapi aku masih tidur waktu tu. Aku terjaga pukul 10.30 dan pengsan tak lama lepas tu. Kau merepek apa ni , Jiwon?"

Kedua-dua mereka kemudiannya diam membisu. Jiwon tiba-tiba bersuara selang beberapa minit selepas itu.

"Ingat tak last video call kita masa kau masih duduk dalam rumah tu?"

Yunhyeong mengangguk lemah.

"Aku nampak Chanwoo betul-betul belakang kau."

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Read this story for FREE!