35 ; competiton

1.2K 119 6

🐸 ◈ 🐸 ◈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🐸 ◈ 🐸 ◈

Semakin hari berlalu, semakin jauh mereka berdua. Jihyun menjadi pendiam balik dan pakai balik eye patch dia. Semua orang suka akan mata biru Jihyun tetapi Jihoon tidak bercakap dengan dia dah, dia tidak yakin untuk membukanya balik.

Mereka berdua menjalankan hidup mereka masing-masing. Jihyun masih berkawan dengan kawannya tetapi dia tidak bercakap dengan Jihoon. Tidak langsung walaupun mereka berdua berpasangan untuk projek.

Sudah lima bulan mereka tidak bercakap dan dua-dua menjalankan kehidupan mereka dengan baik. Tetapi mereka berdua betul-betul rindukan kepada satu sama lain.

Jihyun sedang menjalankan latihan taekwondo kerana dia telah menyertai pertandingan taekwondo peringkat sekolah. Dia mewakili sekolah bersama dengan beberapa orang. Seonho adalah salah satunya. Walaupun jurulatih mereka kata untuk mereka semua bekerjasama, Jihyun masih tidak mahu bekerjasama dengan Seonho. Dia tidak mahu mengulangi kesalahannya.

Jihoon pula memikirkan untuk belajar ke luar negara. Tidak lama lagi, dia akan berpindah ke Malaysia untuk sambung belajar di sana. Dan terus masuk kolej di Malaysia. Jihyun tidak tahu tentang ini kerana dia terlalu fokus akan pertandingannya.

Masing-masing mementingkan masa depan mereka tetapi mereka tidak tahu yang hubungan mereka yang membawa mereka berdua menjadi begini. Seorang yang lebih profesional dan seorang yang bekerjaya.

Sekarang, waktu sekolah telahpun tamat dan semua pelajar telah pulang ke rumah masing-masing. Tinggal beberapa pelajar yang dikehendaki balik lambat ke rumah masing-masing.

Jihyun telah tamat dengan latihan taekwondo. Esok adalah pertandingan mereka. Manakala Jihoon telah ambil semua barangnya untuk dia berpindah nanti. Esok dia akan bertolak ke Malaysia.

Masing-masing sedang berjalan di koridor sekolah, untuk pulang ke rumah masing-masing. Tiba-tiba, mereka berdua berjumpa. Terserempak. Di koridor sekolah. Jihyun cuma beri muka kosong juga Jihoon.

Jihoon tahu yang esok Jihyun akan berlawan untuk taekwondo tetapi Jihyun tidak tahu yang Jihoon akan berpindah esok.

" Good luck untuk esok. " Kata Jihoon kepada Jihyun. Jihyun cuma beri muka kosong dan terus berjalan, meninggalkan Jihoon. Jihoon faham akan perasaan itu. Rasa ditolak, rasa menyesal, rasa sedih dan rasa marah. Baik dia tidak ungkit perkara itu sebelum dia berpindah esok.

Keesokan harinya tiba. Jihyun bersedia untuk berlawan manakala Jihoon bersedia untuk bertolak. Flight Jihoon tidak akan bermula hingga pukul 6 petang manakala pertandingan taekwondo akan bermula pada 1 tengahari hingga 7 malam. Mahu saja Jihoon melihat Jihyun berlawan tetapi dia tidak mahu Jihyun merasa bersalah dan terus kalah.

Jihyun warm up sebelum berlawan. Dia akan berlawan dengan Hanlim Highschool, Daegu Highschool dan diikuti dengan beberapa sekolah lagi. Seonho dihujung matanya sudah merasa risau pada Jihyun. Kenapa? Dia pun tidak tahu. Mungkin dia kalah dengan senang.

Pusingan pertama bermula dan Jihyun kalahkan lawannya dengan senang sekali. Peserta dari sekolahnya juga lawan dengan bagus sekali. Jihyun memerhatikan satu tempat kosong di tempat duduk penonton dan ia kosong. Ia sepatutnya untuk Jihoon tetapi dia tidak datang, terpaksa dia sokong dirinya sendiri. Jihoon pernah kata sebelum ini dia akan datang menonton Jihyun lawan tetapi dia tidak datang.

Beberapa jam kemudian, sekolah Jihyun telah berada di top 3 antara semua sekolah. Dua lagi sekolah Velvet High dan Elite School. Sekarang Jihyun berada dalam kesakitan kerana dia berlawan dengan terlalu ramai peserta hingga luka yang dulu ada terbuka jahitannya. ( luka Jihyun yg dia lawan dengan Seonho tu hingga terbuka kulitnya smpai kena jahit )

" Macam mana nie? Kita tiada peserta yang boleh lawan dengan dua sekolah terbaik kecuali Jihyun. " Kata jurulatih mereka. Mereka semua risau.

" Seonho ada. Biar dia lawan dengan mereka. " Kata Jihyun. Seonho terkejut dengan apa yang Jihyun katakan.

" Woi kau jangan buat gila. Aku tau lah aku hebat tapi aku tak pernah pergi sampai situ lagi. " Kata Seonho.

" Please Seonho. Demi sekolah kita. Kau boleh buat. Kau percaya pada diri kau. Aku guarantee kau akan kalahkan diorang. " Kata Jihyun, memberi kata-kata semangat kepada Seonho. Seonho rasa bersalah tetapi itu yang Jihyun mahukan, itulah dia akan buat. Buat Jihyun bangga.

◈ 🐸 ◈ 🐸

+ new update. srsly aq x tau apa dok taip kat sini --"

+ bab nie adalah amat memeningkn untuk aq. sila bare with me. ^^

+ ada lagi beberapa bab dah nk hbis story nie T.T

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now