34 ; cheat

1.2K 115 6

🌹 ◈ 🌹 ◈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌹 ◈ 🌹 ◈

Hari untuk mereka pulang sudahpun tiba. Semua orang kemas barang mereka sebelum pergi. Jihyun dan Kuie menangis teresak-esak sebelum mereka berdua berpisah.

" Aish. Nangis teruk sungguh ahh pompuan nie. " Kata Seonho.

" Biarlah. Nanti kami tak dapat jumpa dah. " Kata Kuie.

" Korang kan ada telefon. Ambillah nombor masing-masing. " Kata Seongwoo. Kuie dan Jihyun pandang sesama sendiri. Mereka berdua menukar nombor masing-masing. Mereka berdua kemudian gembira. Yang lain cuma menggeleng kepala mereka melihat betapa benggeng-nya mereka berdua.

Jihoon pula melihat mereka berdua dengan muka kosong, muka seperti Jihyun selalu buat dahulu. Jinyoung yang berdiri sebelah dia meletak tangannya pada bahu Jihoon, membuat Jihoon pandang Jinyoung.

" Kau tak apa-apa kah? Sejak ini kau diam ja... " Tanya Jinyoung dengan risau. Jihoon angguk sahaja kepalanya dan terus masuk van mereka. Jinyoung semakin risau kepada kawannya itu. Mesti ada sesuatu berlaku. Kata Jinyoung dalam hatinya.

Mereka semua masuk ke dalam van dan berlalu terus ke Seoul. Jihoon cuma cakap sepatah perkataan saja apabila Jihyun bercakap dengannya. Dan Jihoon juga angguk saja. Dia tidak mahu bercakap lebih dengan Jihyun kerana ia mungkin akan menyakitkan hatinya lagi.

Van telah berhenti di perhentian. Mereka semua turun dari van untuk ke tandas, beli makanan atau cuma hirup udara segar. Jihoon cuma duduk di kerusi yang tersedia di sana, bersebelahan dengan Jinyoung. Dia sedang fokus melihat telefonnya.

Jinyoung mahu saja tanya kenapa dia berkelakuan begini tetapi dia takut Jihoon akan marah padanya sekiranya bertanya soalan itu. Jihoon perasan yang Jinyoung selama ini risau yang dia diam saja sejak ini lalu terus kata...

" Aku tau kau risau pada aku. Tak payah. Kau risaukan hidup kau ja. " Kata Jihoon, tidak melihat muka Jinyoung. Jinyoung terkejut yang dia tahu yang dia risau pada Jihoon.

" Tapi..aku nak tahu. Kenapa? " Kata Jinyoung. Jihoon menarik nafas dalam-dalam dan mula berbicara kenapa dia diam sejak ini dari A ke Z.

Kemudian, Jinyoung faham kenapa dia diam. Kenapa Jihoon tidak bercakap dengan sesiapa ataupun Jihyun.

" Takkan lah dia nak buat begitu. "

" Aku tak tau nak percaya siapa dah sekarang. " Kata Jihoon, menggaru matanya. Jinyoung cuma diam saja kemudian. Kemudian, datang Kuie dan Jihyun dengan makanan dalam beg mereka berdua. Jihyun duduk sebelah Jihoon manakala Kuie duduk sebelah Jinyoung. Jihoon kembali dengan muka kosongnya itu.

" Aku beli air nie untuk kau. Kegemaran kau. " Kata Jihyun dan keluarkan air kotak kegemaran Jihoon. Jihoon ambil air itu dan terus minum. Jihyun cuma senyum saja.

Jinyoung tak percaya apa yang berlaku depan dia. Walaupun Jihoon dalam kesakitan tetapi dia buat seperti tiada apa-apa berlaku. Lagi-lagi Jihyun. Buat-buat seperti tiada apa-apa berlaku.

Seonho yang dari jauh melihat mereka semua senyum sinis saja. Bersamaan dengan Guanlin sebelahnya sambil minum air. Guanlin mengetuk kepala Seonho supaya sedar apa yang dia telah lakukan kepada pasangan itu.

" Kau memang nak musnahkan hidup dia kan? " Kata Guanlin, minum airnya.

" Suka aku tengok dia menderita. Lagi-lagi orang yang dia sayang. " Kata Seonho dan kemudian gelak jahat. Guanlin pelik kenapa dia ada kawan sebegini.

Jihyun sedar yang Jihoon sejak ini berkelakuan seperti dia yang dulu. Mungkin dia saja nak bergurau dengan dia. Sengaja hendak berkelakuan dia yang dulu. Tetapi hingga mereka di Seoul pun, Jihoon masih berkelakuan begitu. Tidak berubah.

Jihyun merasa sesuatu pelik telah berlaku. Dengan itu, dia terus bertanya pada Jinyoung, melalui panggilan telefon.

" Helo? "

" Jinyoung, aku nak tanya satu benda pada kau. "

" Sure. Apa dia? "

" Apa yang berlaku pada Jihoon sejak nie? Dia selalu jawab mesej aku lambat, tegur pun tak kat aku bila kat sekolah. Nak tunggu aku tegur dia. Dia semakin jauh dari aku. " Jihyun merasa yang Jinyoung semakin gementar di talian lain.

" Jinyoung.. "

" Jangan kata aku bagitau kau. Dia kata kau curang dia. "

" What? Aku? Curang? Mana ada. Mana dia tahu? " Jihyun pula yang menjadi gementar. Jinyoung ceritakan apa yang Jihoon bagitau dia kepada Jihyun. Jihyun berasa bersalah. Takkan dia nampak aku dengan Daniel bersama. Kata Jihyun dalam hatinya.

◈ 🌹 ◈ 🌹

+ new update. enjoy~

+ okay mula bab ini hingga akhir, ia akan menggelirukan dan ia sangat pening jadi bare with me okay?

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now