Prolog

1.9K 170 30
                                    

Haruman Lavender menyusup masuk ke rongga pernafasanku. Wangi dan nyaman.

Angin yang membelai lembut badanku pula membuatkan aku tersenyum dengan mata yang masih tertutup. Aku tidak tahu samada ini syurga ataupun kayangan. Yang aku pasti, ini satu keindahan dunia bagiku.

Aku membuka mataku perlahan. Penglihatan yang pada mulanya kabur, mula menjadi jelas. Langit biru yang terbentang di hadapan mataku membuatkan aku terpukau. Cantiknya.

Deg! Aku mulai sedar dari lamunan. Langit biru? Dengan drastik, aku bangun dari perbaringanku.

Hah! Aku kat mana ni?!

Itulah soalan pertama yang terlintas di mindaku apabila aku menyedari bahawa aku sekarang berada di tengah-tengah padang yang dipenuhi Lavender. Patutlah badan aku tadi asyik gatal semacam. Rupanya-rupanya benda alah ini mencucuk belakang aku. Cis!

Dengan separuh mamai, aku mengerah otakku supaya mengingati segala aktiviti yang aku lakukan sebelum aku ada di sini.

Hmm... tidur? Ya, tidur! Seingatku, aktiviti terakhir yang aku lakukan ialah mengunci jam dan terus tidur.

Aku melihat panorama di sekelilingku. Pelik. Kenapa kawasan di sini siang, dan kawasan di sana malam? Dan di sana hutan belantara yang seram dan di sini pula sebuah padang seperti padang golf yang dihiasi berbagai jenis bunga dan berbukit-bukit. Ianya bagaikan terdapat satu sempadan di antara dua kawasan.

Aku rasa aku sedang bermimpi. Mimpi indah bercampur mimpi buruk. Tapi sekarang, aku berada di pihak mimpi indah.

Aku menghentikan pergerakan tangan kiri yang mahu mencubit lengan kananku. Kalau dalam movie yang biasa aku tengok, untuk bangun daripada mimpi dorang selalu sakitkan diri sendiri. Tapi disebabkan aku berada dalam mimpi indah, aku berniat untuk meneruskan mimpiku.

Jarang dapat mimpi indah. Jadi bila dah dapat ni, nikmati jelah.

Aku bangun dan terus berjalan. Aku terpukau dengan bunga-bungaan yang tumbuh mekar. Seperti bunga yang berada dalam jagaan. Segar dan cantik.

Baru aku perasan tempat aku berbaring tadi adalah bukit dan sekarang aku menuruni bukit tadi.

Lagi sekali aku terpukau dengan air terjun yang seumpama Angel Falls, air terjun yang berada di Venezeula. Air terjun tersebut berada jauh dari mana aku berdiri, tetapi keindahannya masih dapat dilihat.

"Tuan, di sana!"

Aku berpaling apabila terdengar sayup-sayup laungan seseorang dari atas bukit tadi. Aku menyepetkan mata bagi mendapat penglihatan yang lebih HD.

Beberapa orang lelaki yang berbaju ala-ala tentera raja dan berpedang menghalakan pandangan mereka ke arahku. Muka mereka kelihatan bengis dan ia membuatkan aku menjadi gerun.

Seorang jejaka berpakaian koperat dan berseluar hitam ketat yang menunggang kuda, menghampiri mereka. Jejaka itu turut memandangku. Tapi, pandangannya kosong. Sukar aku tafsirkan pandangan tersebut.

"Tangkap dia!" Arah jejaka berambut perang keemasan kepada konco-konconya. Mukanya yang tadi tenang, bertukar menjadi bengis seperti 6 orang konconya.

Konco-konco Jejaka Rambut Perang mengejarku serentak. Aku panik. Lagi panik apabila melihat mereka sudah menghampiriku.

Dengan khudrat perempuan yang diserang panik melampau, aku melarikan diri sambil menjerit. Aku tidak tahu motif mereka mengejarku walhal baru kali pertama aku bermimpi sebegini.

Oh, ya! Lupa pula yang aku sedang bermimpi. Mungkin kalau aku kejutkan aku sendiri, sesi kejar-mengejar ini akan berakhir.

Dengan masih berlari, aku menampar-nampar mukaku kuat. Berharap yang aku akan bangun segera. Tapi malangnya, kesakitan pula yang aku rasa. Ah... peritnya!

Bermakna, ini bukan mimpi. Ini kenyataan! Tidak! Tidak!

Rentak jantungku semakin laju. Aku memalingkan wajahku untuk memastikan samada mereka masih mengejarku atau tidak.

Mereka kejar aku lagi! Hish, diaorang ni tak kesian ke kat perempuan?!

Kini, aku mula masuk ke sempadan malam yakni hutan seram tadi. Segala belukar yang cuba menghalang laluanku, aku tepis tanpa teragak-agak. Yang aku tahu aku mahu lari dan...

"Argh!" Jeritku nyaring apabila tubuhku menggelongsor turun dari tebing. Aku sendiri tidak perasan akan kewujudan tebing itu. Sedar-sedar sahaja, punggungku sudah mencecah tanah.

Habis pijama unguku dikotori tanah. Takut punya pasal, sampai aku tak perasan yang aku melarikan diri dengan pijama. Haih... memalukan betul!

"Kau okey?"

Satu tangan dihulurkan betul-betul di hadapan mukaku. Keningku terangkat sedikit. Lalu, aku dongakkan kepala.

Mulut aku terkunci. Mataku pula menjadi bulat. Dadaku diserang dengan letupan boom.

Seorang lelaki berbaju hoodie menghiasi pandanganku. Matanya yang kuyu itu menikam tepat anak mataku.

Aku? Membatu dengan mata yang bulat seakan mahu terkeluar saja dari soketnya.

Kejap. Aku kenal hoodie ni. Macam... macam...

Haaa!

Memang dia! Memang betul dia! Dia lelaki pelik yang dekat kafe haritu!

🌟 🌟 🌟 🌟 🌟

Hai gais, ini preview untuk PUTERA MIMPI.
It's still in proceed. So, if you like it. Wait okay?
I will publish more if this preview earn many vote.
Please share and vote!
Thank you!

Putera MimpiWhere stories live. Discover now