Chapter 25

1.1K 140 9
                                    

"Awak dah janji tak akan marah saya"

Mendengar kata-kata Jihyo itu,Baekhyun memusing kebelakang.Berhadapan dengan Jihyo.Dia yang ingin naik ketingkat atas tidak jadi.

"Kau rasa aku akan berdiam diri bila ada dalam situasi macam tadi??suami mana tak marah Jihyo kalau tahu isteri dia keluar dengan lelaki lain pukul 1:00 pagi"

"Tapi saya keluar kerana awak"

"Oh,jadi sekarang kau nak cakap masalah yang jadi sebab aku??aku penyebab?"

Jihyo mengeleng laju.Dia sangat bermohon yang Baekhyun jangan salah faham.Dia sayangkan Baekhyun.Dia tidak mahu nanti dia tawar hati dengan Baekhyun.Dan pergi lagi.

"Aku nak tanya kau sekarang.Kau cintakan aku atau Youngbin?"

Jihyo terpempang.Pertanyaan Baekhyun betul-betul tak masuk akal.Kini dia merasakan kepercayaan Baekhyun kepadanya hanya 1%.Sampainya hati Baekhyun mengajukan soalan sebegitu kepadanya.Apa dah jadi dengan Baekhyun??

"Aku memang kejam Jihyo.Kalau kau nak tahu.Sebab aku ni dah sepenuh hati sayangkan kau.Sampai aku takut kehilangan kau.Sampai aku tak kisah kau sayang aku ke tak.Yang penting aku tak akan pernah lepaskan kau.Aku gilakan kau Jihyo.Aku sayang kau sangat-sangat.Aku minta maaf buat kau macam ni.Aku tertekan bila orang yang telah melahirkan aku nak pisahkan aku dengan kau.Aku takut sampai satu masa aku dah tak boleh bantah kata-kata dia"

Baekhyun menumbuk dadanya.Betul-betul rasa sesak.Jihyo terpaku.Beratnya beban yang Baekhyun pikul kerana dia.Beratnya masalah yang Baekhyun hadapi kerana dia.Sedangkan dia bodoh pergi keluar dengan Youngbin.Padahal Baekhyun sudah ingatkan jangan keluar dengan Youngbin lagi.Dia telah menambahkan kemarahan dan kecurigaan Baekhyun.

"Mianhe.."ucap Jihyo dan mendekati Baekhyun.Entah buat kali keberapa dia menangis hari ini.

Baekhyun mengukir senyuman.

"Boleh buatkan aku air.Aku dahaga"

Jihyo mengangguk."Awak nak air apa?"

"Suka hati kau nak buat air apa.Aku dahaga sebab marah kau banyak sangat"jawab Baekhyun.Ada gelak kecil dihujung percakapannya.Jihyo tersenyum.

Baekhyun lain.

••••••••••••••

Yoojung gelak sinis mendengar kata-kata yang keluar dari mulut lelaki dihadapannya sekarang.Sebelum ini berkeras tak nak.Dia sudah jangka Youngbin akan menukar fikiran.Nampaknya Youngbin dah cinta mati dekat Jihyo.Ini akan memudahkan kerja dia juga.Tidak perlu bersusah payah seorang diri.

"Youngbin Youngbin.Akhirnya kau terima juga nak bekerjasama dengan aku"

Youngbin mendengus kasar."Aku kalau boleh tak nak buat semua ni.Aku tak nak nanti aku lukakan hati Jihyo.Dia kecewa dengan aku.Tapi aku tak sanggup tengok orang yang aku sayang dilayan macam tu.Baekhyun layan Jihyo tak macam suami.Tengking dia.Aku tak sanggup tengok.Sebab tu aku buat keputusan ni"

Yoojung ketawa.

"Baguslah kalau kau rasa macam tu.Kalau kau nak tahu aku pun tak sanggup tengok Baekhyun tak bahagia.Aku tahu Baekhyun tak bahagia dengan Jihyo.Kalau tak diorang tak akan ada masalah sampai macam tu sekali.Aku tengok Baekhyun dah jadi seorang yang pemarah.Dulu dia tak macam tu"balas Yoojung.Tuduhan yang langsung tak berasas.

"Kalau macam tu tak salah kan kalau kita buat orang yang kita sayang bahagia.Walau hakikat aku tahu Jihyo tak akan terima tindakan aku ni"

Youngbin rasa serba salah.Tapi tekad dia kuat.Dia kasihankan Jihyo.

"Kau tak payahlah nak fikir pasal tu.Jihyo kecewa,marah atau tak kau tolak tepi.Sekarang ni kau nak teruskan ke tak?"

Youngbin mengangguk.Dia akan teruskan.Dia akan bahagiakan Jihyo.

•••••••••••

Jihyo membetulkan baju yang dipakai oleh Byun Jinwoo.Rambut anaknya itu disikat rapi.Byun Jinwoo seiras Baekhyun dan nampak kecomelan dan kekacakan yang diwarisi dari Baekhyun.

"Belajar rajin-rajin tau.Dengar apa cikgu cakap"pesan Jihyo kepada Byun Jinwoo.Byun Jinwoo dihantar disebuah sekolah khas kanak-kanak seusianya.

Byun Jinwoo mengangguk.

"Omma.Appa mana?"

"Appa masih tidur.Appa penat.Jom omma hantarkan kebawah.Bas dah nak datang tu"

Selepas Byun Jinwoo ke sekolah,Jihyo terus memulakan aktiviti mengemas rumah.

"Selesai pun"ujar Jihyo berpuas hati.

Dipandang kearah tangga.Dia pelik kerana Baekhyun tidak turun-turun.Memanglah hari ini suaminya itu tidak ada jadual.Tetapi tak akanlah tak bangun lagi.Suaminya itu jarang bangun lewat.Jihyo melangkah naik ketingkat atas.Perlahan lahan pintu bilik dibuka.Tidak mahu menganggu jika Baekhyum masih tidur.Dahi Jihyo berkerut apabila melihat Baekhyun sedang duduk bersandar dikepala katil.Kepala dipegang.

"Awak.Awak ok ke tak ni?"tanya Jihyo dan mendekati katil.

Baekhyun sekadar mengangguk.

"Tak.Awak tak ok.Byun Baekhyun angkat kepala awak"arah Jihyo kerana Baekhyun menekur kepalanya dilutut.

"Kepala aku sakit"

Jihyo berubah cemas.Baekhyun mengangkat kepalanya.Wajahnya kemerahan dan seperti menahan kesakitan.

"Jom kita pergi hospital"

Baekhyun mengeleng."Aku nak rehat.Boleh tolong picitkan kepala aku?"

"Awak baring dulu.Saya ambilkan minyak angin"

Jihyo mula mengurut kepala Baekhyun.Suaminya itu memejamkan mata.Sesekali dia berkerut menahan sakit.Mesti kerana banyak masalah yang dia fikirkan dan harua hadapi.Jihyo rasa bersalah kerana dia menambah masalah kepada Baekhyun.

"Mianhe..saya banyak susahkan awak.Awak dah banyak masalah.Tapi saya tambahkan lagi"

Baekhyun membuka matanya.Wajah Jihyo dipandang.Tangan Jihyo dikepalanya dipegang dan digengam erat.

"It's okay dear.Sebenarnya saya yang salah dalam hal kita ni.Saya kuat cemburu.Tapi percayalah saya langsung tak ada niat marah awak.Saya tertekan.Dengan omma yang tekan saya tinggalkan awak lagi"Baekhyun memegang kepalanya.Rasa pening memikirkan pelbagai masalah.

Jihyo tidak tahu harus balas apa.Dia tidak mahu berpisah dengan Baekhyun.Tapi dia tidak tahu harus berbuat apa apabila Puan Byun sudah bertegas ingin mereka berpisah.Apakan daya dia untuk melawan.

Baekhyum bangun dari baring.Duduk mengadap Jihyo.

"Janji dengan saya.Please..jangan tinggalkan saya.Saya tak boleh hidup tanpa awak"ujar Baekhyun.

"Memang saya lain sekarang.Awak mesti sedar itu.Itu kerana saya terlalu tertekan.Saya tak boleh nak kawal perasaan saya.Sampai saya buat tindakan bodoh.Buatkan awak takut dengan saya"

"Awak memang lain.Tapi saya harap sangat yang cinta awak tetap pada saya"balas Jihyo.Itu yang dia harapkan.

Baekhyun mengukir senyuman.Tubuh Jihyo dibawa kedalam pelukannya.

TBC

[ C ] who? fall in love with fan • bbhWhere stories live. Discover now