33 ; busted

1.3K 119 5

🐠 ◈ 🐠 ◈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🐠 ◈ 🐠 ◈

Sudah hari beberapa hari mereka berada di sana, bercuti. Pelbagai aktiviti mereka lakukan dalam minggu itu. Makin lama, makin rapat Jihyun dengan yang lain. Jihyun yang dulu seperti robot itu telah berkawan dengan ramai orang.

Kepada Daniel pula, dia hampir saja selesai tugasnya tetapi ada saja yang mengganggu kerjanya. Orang yang beri tugas nie kepada dia pun tak betul. Sudah lah dia rosakkan Jihyun lagi dia hendak rosakkan hubungan Jihyun dengan Jihoon.

Kepada orang yang beri tugas itu kepadanya sebenarnya hendak menangkap gambar Jihyun bersama Daniel sebanyak mana dia boleh. Sebenarnya sudah cukup tetapi Daniel yang tidak mahu hentikan.

Jihoon yang hampir menangkap Jihyun dengan Daniel bersama tidak sedar akan perkara ini. Dia cuma menganggap ia salah satu perkara Jihyun selalu buat tetapi ia hampir setiap hari Jihyun berkelakuan pelik tetapi Jihoon tidak sedar.

Pada suatu hari itu, dua hari sebelum mereka semua balik ke Seoul. Mereka semua sedang melakukan perkara sendiri seperti berehat di rumah itu. Jihoon sedang menonton televisyen bersama Woojin dan Jinyoung yang sedang terlentang di atas lantai, mata memandang televisyen.

Tiba-tiba, datang Seonho yang terus duduk sebelah Jihoon yang malas itu. Jihoon memandang Seonho dengan malasnya dan bertanya...

" Nak apa Seonho? Kalau nak duit, pergi minta kat Daniel. Dia ada- " tidak sempat Jihoon menghabiskan ayatnya, Seonho udah memotongnya.

" Bukan sebab duitlah. Aku nak tentang Jihyun dengan kau. " Kata Seonho dengan serius. Jihoon terus duduk elok-elok dan berserius dengan Seonho.

" Kenapa dengan Jihyun? " Tanya Jihoon. Seonho memberi telefonnya kepada Jihoon dan Jihoon terkejut apa yang terpapar di skrin telefon itu. Ia sebuah gambar Jihyun. Bersama Daniel. Seonho swipe skrin telefonnya dan keluar lagi gambar Jihyun bersama Daniel. Jihoon amatlah terkejut dengan apa yang Seonho tunjukkan ini.

" Takkan..nie semua tak betul. " Kata Jihoon, tidak percaya apa yang Seonho tunjukkan tadi. Seonho mengangguk kepalanya dan mengata ia adalah perkara benar.

" Kau tak perasan ka yang Jihyun selalu berkelakuan pelik. Setiap hari. " Kata Seonho. Perasaan Jihoon menjadi campur baur dah sekarang. Tidak tahu sama ada dia marah, sedih atau kecewa tetapi ia semua dicampur menjadi satu perasaan.

Jihoon berdiri dari sofa dan berlalu pergi. Woojin dan Jinyoung yang terlentang atas lantai itu terkejut akan Jihoon. Mereka bertiga pandang sesama sendiri dan mengangkat bahunya tanda tidak tahu apa yang berlaku.

Jihoon memasuki biliknya dan terus melepas geramnya dengan menjerit di balkoni. Ya, setiap bilik ada balkoni. Dia menjerit amatlah jerit tetapi mereka yang di dalam rumah tidak mendengarnya. Mukanya sekarang menjadi merah sangat dan matanya menjadi berair kerana tadi. Dia tidak percaya yang Jihyun sanggup membuat begitu kepada dia.

Hari mereka berlalu begitu saja. Jihoon kurung dirinya dalam bilik dan tidak keluar dari bilik. Apabila sesiapa masuk ke dalam hendak menjemputnya untuk makan atau apa-apa saja, dia akan menolak jemputan mereka dan berlalu keluar. Dia terlalu sedih dan marah pada waktu yang sama untuk keluar bilik.

Jihyun menjadi risau akan Jihoon. Sudah hampir tujuh jam dia tidak makan dan dia cuma makan sarapan saja pada hari itu. Jihyun hendak bercakap dengannya tetapi dia terlalu takut yang Jihoon akan marahnya.

Dalam pukul 9 lebih, Jinyoung memasuki biliknya. Terlihat bilik lampu tertutup. Jinyoung lalu membukanya dan terlihat bilik itu amatlah bersepah. Semua barang berada di merata tempat. Jinyoung angkat satu per satu barang itu semua dan letak di mana barang itu semua patut berada.

Apabila dia melihat di katil, terlihat Jihoon telah tertidur. Dia telah mengambil semua ruang katil itu dan tidak meninggalkan sedikit ruang kepada Jinyoung untuk tidur. Tidur di lantai lah dia malam nie.

Sebaik dia melihat muka Jihoon, terlihat mata Jihoon menjadi bengkak. Dan terlihat ada sebuah bahagian cadar katil itu basah. Jinyoung fikir seketika.

" Adakah budak nie nangis? " Kata Jinyoung kepada dirinya. Dia tidak tahu bagaimana hendak mengesahkan yang dia menangis. Kena tunggu esok lah jawapannya.

◈ 🐠 ◈ 🐠

+ new update. enjoy~

+ mai dah part yg memeningkn. jdi be prepare.

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now