---

2.56 a.m.

Yunhyeong mendapati bahawa dirinya kini berada di dalam ruangan gelap yang tidak diketahui tempatnya.

Yunhyeong mengeluarkan telefon miliknya lalu menghidupkan flashlight. Cahaya itu disuluh ke setiap arah.

Lelaki itu kemudiannya membuka langkah dengan berhati-hati. Jika dilihat secara mata kasar , tempat ini sememangnya berhabuk dan kelihatan usang.

Dengan itu , yakinlah Yunhyeong bahawa dia sedang berjalan di dalam lorong bawah tanah.

Yunhyeong menemui sebuah peti besi ketika sedang sibuk mencari jalan keluar. Hatinya terdetik untuk membuka penutup peti besi yang dibiarkan tidak berkunci itu.

Dada Yunhyeong berdebar kencang. Air liurnya ditekan perit sebelum perlahan-lahan mengangkat penutup peti tersebut. Rupanya peti besi itu dipenuhi dengan air sahaja.

Belum sempat Yunhyeong menarik nafas lega , sesuatu kian timbul dari dasar peti tersebut ㅡ janin pramatang yang kedua-dua belah matanya telah dikorek keluar.

Yunhyeong berjaya membuka matanya dan tersedar dari mimpi ngeri tersebut. Mata Yunhyeong yang terasa ngilu ㅡ kesan daripada mimpi ngeri tersebut melilau ke sekeliling.

Dia masih lagi berada di tempat sama ㅡ bersandar di permukaan dinding bilik yang pernah menjadi memori hitam bagi Yoohee.

Yunhyeong berdiri. Mata lelaki itu menemukannya dengan sebuah pintu yang agak terselindung oleh kerana keberadaan sofa lama di salah satu sudut bilik tersebut. Yunhyeong mengalihkan sofa itu ke tempat lain. Pintu itu dihayunnya dengan mudah.

Yunhyeong menemukan jalan sama yang dilihatnya di dalam mimpi ngeri tadi. Sambil berjalan maju ke hadapan , Yunhyeong berharap agar dia tidak terserempak dengan peti besi itu.

Terdapat beberapa anak tangga untuk dia panjat. Yunhyeong berjalan lagi. Ekor matanya menangkap imej peti besi yang dia temui di dalam mimpinya tadi.

"Semua tu mainan tidur saja , Yunhyeong.."

Lelaki itu memejamkan matanya lalu berbisik perlahan. Dia perlu membuka peti itu untuk kepastian. Jika tidak , perasaan takut ini tentu akan sentiasa menghantuinya!

Yunhyeong menarik nafas dalam apabila tangannya cuba mencapai penutup besi tersebut. Dengan teragak-agak bercampur rasa takut , dia mengangkat penutup peti itu.

Kosong.

Yunhyeong menghembus nafas lega. Badannya dipusingkan sebelum merempuh sesuatu di hadapan ㅡ membuatkan lelaki itu terperanjat.

"Yoojung?"

"Yunhyeong?"

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Read this story for FREE!