---

2.32 a.m.

Sudah setengah jam Yunhyeong duduk bersama ketiga-tiga keranda mayat di belakangnya tanpa berbuat apa-apa.

Biarpun pintu bangunan kecil itu hanya diperbuat daripada kayu , agak mustahil untuk Yunhyeong memecahkan ia dengan tangan kosong.

Lihatlah , sudah puas Yunhyeong cuba merempuh pintu tersebut dengan tubuhnya. Namun , masih juga gagal. Sehingga tercedera lengan lelaki itu gara-gara serpihan kayu nipis yang menusuk ke dalam dagingnya.

"Ahhh..."

Perlahan-lahan Yunhyeong cuba menarik keluar serpihan kayu tajam itu dari kulitnya. Cecair merah pekat mula menitis jatuh ke atas lantai. Seluruh badan Yunhyeong dibasahi peluh. Nafasnya semakin sesak oleh kerana ketiadaan satu pun lubang udara di situ.

Yunhyeong cuba untuk berdiri. Matanya tertancap pada ruang penyimpanan keranda yang masih kosong. Ketika disuluh dengan lampu , sepertinya ada ruang di hujung tempat penyimpanan itu.

Yunhyeong merangkak masuk menuju ke arah itu dalam keadaan menahan sakit. Lelaki itu tidak pula menjangkakan bahawa dia akan menemui tangga untuk menuju ke bawah tanah. Dengan penuh tanda tanya , Yunhyeong hanya memanjat turun.

Tangga itu menemukan Yunhyeong dengan lorong bawah tanah. Dia berjalan terus ke hadapan ㅡ hanya untuk mencari jalan keluar. Namun , apa yang ditemukan Yunhyeong hanyalah sebuah bilik gelap.

Tangannya meraba-raba dinding bilik itu sebelum menemukan suis lampu. Sebaik sahaja ia dihidupkan , mata Yunhyeong meninjau ke seluruh sudut bilik tersebut.

Matanya membuntang luas melihat apa yang berada di hadapannya ㅡ sebuah bilik kecil yang menempatkan katil dan mesin-mesin seperti di hospital. Yunhyeong menggeleng tidak percaya. Bayangan yang pernah muncul di dalam fikirannya kembali berputar seperti CD rosak.

Inilah bilik di mana janin Yoohee digugurkan!

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!