---

2.03 a.m.

Yunhyeong menggosok kedua-dua belah lengannya untuk menghasilkan haba bagi keperluan tubuh badannya yang semakin kesejukan.

Setelah berjaya menyelinap keluar dari rumah agam itu secara senyap-senyap , Yunhyeong terus menuju ke arah bangunan tempat penyimpanan mayat keluarga korporat tersebut. Seperti yang dijangka , pintu bangunan kecil yang dibina daripada batu-bata itu masih terkunci.

Yunhyeong menjulang tinggi penukul besi di tangannya lalu menghentam mangga pada pintu tersebut sehingga terbuka. Lampu suluh yang dibawanya bersama dihidupkan lalu disuluh ke dalam ruang gelap gelita itu. Kakinya melangkah masuk tanpa teragak-agak.

Dengan cara ini sahajalah dia dapat memastikan bahawa apa yang dikatakan Jiwon adalah benar.

Yunhyeong melihat satu-persatu keranda yang tersusun di tempatnya dengan bantuan lampu suluh itu. Terdapat tiga keranda kesemuanya. Masih ada lagi dua ruang kosong bagi meletakkan keranda di dalam bilik itu.

Yunhyeong hampir terlepas lampu suluh di tangannya apabila melihat nama pemilik keranda yang ditempatkan di dalam bangunan kecil itu. Kedua-dua keranda penyimpanan mayat ibu bapa Yoohee ditarik keluar lalu diletakkan ke tanah.

Yunhyeong memakai topeng mulut dan sarung tangan getah sebelum membuka keranda tersebut untuk mendapatkan kepastian. Yunhyeong terduduk. Memang benar kata Jiwon , ibu bapa Yoohee sudah meninggal dunia.

Mayat mereka sudahpun diawet. Jadi tidak mustahillah untuk melihat kedua-dua mayat itu masih dalam keadaan yang baik.

Yunhyeong kembali mengangkat kedua-dua keranda tersebut ke tempatnya. Nama pemilik keranda yang seterusnya membuat Yunhyeong agak terkejut.

"Mayat mendiang Chanwoo pun disimpan di sini?"

Yunhyeong bersusah payah mengangkat turun keranda tersebut ke lantai lalu dibuka. Sama sahaja seperti mayat ibu bapa Yoohee , mayat Chanwoo juga diawet. Bezanya , mayat ini lebih segar dan masih terjaga rapi. Pakaiannya juga masih bersih.

"Chanwoo ada iras aku.."

Yunhyeong baru menyedarinya. Tidak mustahil Yoohee menyangka bahawa lelaki yang menjaganya sepanjang tiga minggu ini adalah mendiang teman lelakinya sendiri. Lagipun , tiada sesiapa tahu apa yang sentiasa bermain di fikiran gadis itu.

Yunhyeong menyimpan keranda Chanwoo di tempatnya. Aneh. Keranda bayi Yoohee tiada pula disimpan di dalam bangunan ini. Yunhyeong terperanjat melihat pintu rumah mayat itu tertutup dengan sendirinya. Berkali-kali lelaki itu cuba membukanya. Namun , tidak berjaya.

"Ada sesiapa ke di luar tu?! Buka pintu ni!"

Yunhyeong melihat sekeliling. Tiada pintu lain yang dapat membawanya keluar dari situ.

"God damn it!"

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!