30 ; playful

1.4K 130 1

🔔 ◈ 🔔 ◈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🔔 ◈ 🔔 ◈

Jihyun's

Aku gembira dengar yang diorang tak takut kat aku. Bukan kalau sebab Jihoon, aku takkan sampai sejauh nie. Semua suka pada mata biru aku. Aku patut berbangga yang aku ada mata nie dan aku tak patut bersedih aku ada mata sebegini. Ia sangat rare orang nak dapat mata macam aku nie.

" Alamak. Jinyoung tidur bersama dengan Kuie dalam bilik aku lah. Maknanya, aku akan tidur dengan kau lah, Jihoon. " Kata aku pada Jihoon yang dari tadi ikut aku. Jihoon angguk dan berjalan dulu ke biliknya bersama Jinyoung. Aku ikut dia dari belakang.

Bilik dia tak lah sekemas dan sebersih aku sangka. Bilik sekawan lelaki. Biasalah. Ada juga barang diorang terlentang di tengah-tengah bilik diorang dan baju merata tempat aku nampak.

" Sorry sebab bilik tak kemas. Nie semua Jinyoung punya pasal lah. " Kata Jihoon, angkat kesemua baju itu. Aku cuma memaafkan saja dia dan memasuki biliknya. Aku duduk atas katil dia, selembut seperti katil bilik aku.

" Aku nak pergi mandi jap tau. Kau duduk sini. " Kata Jihoon dan aku angguk. Sebaik dia masuk bilik mandi dengan pakaian yang hendak dia pakai, aku terus berbaring atas katilnya dan bermain dengan telefon aku.

Dress pendek yang aku pakai nie makin meluat aku tengok. Aku nak pergi tukar baju tidur aku iaitu, seluar pendek aku dan T-shirt biasa. Aku keluar dari bilik Jihoon dan pergi tukar baju aku di sana. Aku perlahan-lahan tukar baju aku supaya lovebirds yang tertidur tu tidak bangun.

Selepas aku dah tukar semua, aku masuk balik ke bilik Jihoon. Jihoon tak keluar bilik mandi lagi so, aku terus baring balik ke katil. Selepas beberapa minit, Jihoon keluar dari bilik mandi dengan rambutnya basah, tuala di kepalanya dan berpakaian baju tidurnya. Aku perasan dia keluar tapi aku tidak beri perhatian padanya kerana terlalu fokus dalam telefon aku.

Kemudian, aku terdengar sesuatu bunyi. Aku angkat kepala aku dan terlihat Jihoon sedang mengeringkan rambutnya dengan hair dryer. Woah. Siap dengan hair dryer lagi. Kemudian, dia letak lotion muka dia. Aku tengok ja dia bubuh hinggalah dia tegur aku.

" Kenapa tengok-tengok? Nak pakai juga kah? " Aku nak kata tidak tapi aku nak cuba juga lotion dia pakai tu jadi, aku angguk dan pergi ke Jihoon. Jihoon bubuh lotion muka tu pada muka aku dan sapukan juga. Turut aku tutup mata aku supaya lotion tu tak masuk mata aku. Rasa selesa pulak.

Selepas beberapa saat kemudian, aku buka mata aku dan terlihat muka Jihoon beberapa sentimeter daripada muka aku. Aku mahu menjauhkan diri tapi Jihoon terus tarik pinggang aku hingga aku terduduk atas paha dia. Jarak muka dia dengan muka aku cuma lebih kurang tiga sentimeter saja. Muka aku betul-betul merah sekarang nie.

Walaupun kami dah couple selama beberapa minggu, aku amatlah malu. Kalau kiss pulak, lagilah merah macam tomato dah. Dia cuma pandang muka merah aku sambil senyum. Aku tidak boleh tahan dan pandang tempat lain selain mata dia.

" Comel ja. " Kata Jihoon dan terus angkat aku dengan kaki aku memeluk pinggang dia. Aku terkejut yang dia boleh angkat aku begitu. Dia tidak memisahkan pandangan dia dari muka aku.

Dia meletak aku perlahan-lahan atas katil. Sekarang, dia atas aku dan aku bawah dia. Dia masih tidak berhenti senyum dari tadi. Aku tau lah kau comel tapi tak perlulah bunuh aku dengan kecomelan kau.

" Boleh tak aku... " Tanya Jihoon dan pandang bibir aku. Aku dengan tidak fikir dengan betul, terus angguk kepada soalan dia tandanya ya. Kenapa aku angguk?

Jihoon tidak membuang masa dan merapatkan muka dia pada aku dan bibirnya juga. Aku tidak boleh buat apa selain aku tutup mata aku. Aku merasa nafasnya pada muka aku. Aku tak tahu apa hendak aku buat. Tetiba terdengar pintu terbuka. Aku cepat-cepat tolak Jihoon ke sebelah aku dan dia terus berbaring sebelah aku.

" Hyung- oh! Sorry ganggu. Aku patut ketuk dulu. "

" Apa yang berlaku? Aku nak tengok juga. "

" Jom blah sebelum Jihoon hyung bunuh aku. " Kata mereka. Ia Samuel dengan Daehwi. Nasib diorang masuk sebelum Jihoon cium aku. Aku baring di situ seperti baru nampak hantu.

Jihoon di sebelah aku terus berasa amat marah dan kelihatan seperti hendak membunuh Samuel. Aku cuba tenangkan dia.

" Sabarlah Jihoon. Diorang tak sengaja kan.. " kata aku. Jihoon membuat muka sedih. Aku perlu memujuk dia. Aku pegang muka Jihoon dan cium dengan cepat bibir dia. Dia kelihatan terkejut aku buat sedemikian.

" Dah jangan sedih yea, sayang. Tak mau sedih-sedih dah. " Kata aku yang masih pegang muka dia. Dia angguk perlahan-lahan. Aku senyum dan lepaskan muka dia. Aku terus baring atas katil untuk tidur.

" Tapi buat lagi boleh? " Tanya dia dan aku tanya balik buat apa balik. Dia tunjuk bibir dia dan aku menjawab tidak dengan pantas.

" Alorhh. Please. Di pipi ja. " Kata dia. Well, pipi ja. Aku bangun balik dan dia sedia tunjukkan pipi dia pada aku. Aku hendak cium pipi dia tapi dia toleh muka dia, mengakibatkan aku tercium bibir dia. Aku terkejut tapi dia tersenyum. Aku pukul lembut bahu dia dan dia berlakon macam sakit sangat pukulan aku.

Jihoon tergelak saja. Dia sengaja. Dah tiga kali aku kena kiss malam nie tapi kesemuanya dari orang yang aku sayangi.

◈ 🔔 ◈ 🔔

+ kali nie pnjng sedikit so enjoy~

+ aq update pagi² nie sbb aq tngh free dan bru lepas lukis draf peta lakar aku. aish. susah sungguh. T.T

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now