28 ; kiss

1.6K 135 1

🎁 ◈ 🎁 ◈

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🎁 ◈ 🎁 ◈

Malam tiba dengan cepat sekali. Jihyun dan Jihoon dalam situasi yang baik dah sekarang. Bagaimana mereka berbaik semula?

Mereka berdua disuruh untuk berpasangan untuk membeli barang di bahagian sayur-sayuran dan senarai sayuran yang hendak dibeli diberi kepada Jihyun. Mereka berdua berada di sana, Jihoon mengikut Jihyun manakala Jihyun sedang memilih lobak merah. Situasi mereka masih tidak bagus. Jihoon hendak membuat sesuatu untuk mereka berbaik semula.

" Jihyun ahh... " Kata Jihoon dalam suara comel sambil memuncung bibirnya pada Jihyun dan meletak dagunya pada bahu Jihyun. Jihyun tidak endah dan fokus dalam memilih lobak merah itu.

Tidak lama kemudian, Jihoon terus backhug seperti beruang dan itu terus membuat Jihyun sedar apa yang Jihoon sedang lakukan.

" Yah Jihoon. Apa kau cuba buat nie? Kita kat tempat awam nie. " Kata Jihyun dengan suara risau itu, tidak mahu orang lain nampak mereka berdua berkelakuan begini.

" Janganlah merajuk dengan aku. Sorry lah sebab tadi pagi. " Kata Jihoon dengan comel dan Jihyun dapat merasa nafas Jihoon di lehernya. Membuat menjadi malu.

" Lepaslah Jihoon. Nanti orang nampak. " Kata Jihyun, cuba untuk lepaskan tangan Jihoon dari pinggangnya tapi ia terlampau kuat untuk Jihyun lepaskan.

" Tak nak. Maafkan lah aku yeah. " Kata Jihoon dan Jihyun dapat merasa bibir Jihoon berada di leher Jihyun dan sedang mencium leher Jihyun. Ia membuat Jihyun menjadi merah jambu.

" Okay okay. Aku maafkan. Tolong lepaskan aku. Aku tak boleh fokus nie. " Kata Jihyun yang mula panik tetiba.

" Tak nak lepaskan. Nie hukuman kau sebab tak maafkan aku tadi. " Kata Jihoon dan terus mencium leher Jihyun hingga ke telinganya. Jihyun mahu merasa nikmat itu tetapi mereka berada di supermarket, di tempat awam lalu dia siku perut Jihoon dan Jihoon lepaskan pelukan itu. Jihoon mengerang dengan kesakitan.

Jihyun teruskan dengan tugasnya. Mukanya sudah mencapai tahapnya, menjadi betul-betul merah seperti tomato. Jihoon senyum sinis dan terus mengikut Jihyun.

Mereka semua berada di pantai pada waktu malam ini. Rumah yang mereka duduk itu berdekatan dengan pantai dan ini adalah masa yang sesuai untuk mereka berehat di pantai.

Seonho, Guanlin, Samuel dan Daehwi sedang bermain di pasir seperti kanak-kanak Ribena, Hyeongseob, Haknyeon dan Woojin sedang adakan perlawanan menari di pasir nie, Youngmin, Daniel dan Seongwoo sedang melihat kanak-kanak semua sedang bermain seperti mak bapa dan Jinyoung dan Kuie berada di dalam rumah, berehat.

Manakala Jihyun dan Jihoon sedang berjalan di pinggir pantai, berpegangan tangan, menikmati keindahan dan kecantikan malam ini. Tersenyum-senyum mereka berdua berjalan di pinggir pantai itu.

" Aku betul-betul maaf sebab tadi pagi. " Kata Jihoon.

" Aku maafkan kau. Dah jangan ungkit balik sebelum aku merajuk balik. " Kata Jihyun.

" Dan juga pasal di supermarket tadi. " Kata Jihoon dan Jihyun mengingat balik apa yang berlaku di sana dan ia membuat Jihyun menjadi merah mengingatinya semula.

Jihoon dapat merasa Jihyun menjadi merah semula dan ia membuat Jihoon risau yang Jihyun tidak akan bercakap dengannya seperti tadi petang.

Jihyun terus melepaskan pegangan tangan mereka dan melarikan diri, jauh dari Jihoon. Jihoon tidak membuang masa memikir dan terus mengejar Jihyun sebelum dia lari jauh. Malangnya, Jihyun ditangkap oleh Jihoon dengan selamat. Jihyun tidak lari jauh pun.

Jihoon menangkap Jihyun dengan terus backhug dia. Jihoon tergelak sakan yang dia telah tangkap Jihyun. Jihoon melepaskan pelukan mereka dan terus berdiri depan Jihyun. Jihoon berdiri mengikut ketinggiannya. Jihyun betul-betul merah sekarang dan itu membuat Jihoon tergelak.

Jihyun terus menutup mukanya dengan tangannya. Kemudian, Jihoon menarik tangan Jihyun dari mukanya supaya Jihoon dapat melihat muka Jihyun.

" Kau tak perlu malu. Aku kan boyfriend kesayangan kau. " Kata Jihoon dan Jihyun angguk pada penyataan itu. Jihoon tertawa kecil.

Jihoon memegang muka Jihyun supaya mata Jihyun memandang mata Jihoon. Jihoon membuka eye patch Jihyun dan melihat mata yang berbeza warna itu lagi bersinar-sinar pada waktu malam itu. Jihoon melihat mata Jihyun. Ia sungguh cantik.

Lama-kelamaan mereka berdua begini, muka mereka semakin rapat. Bibir mereka hampir tersentuh. Jihyun menutup matanya dan terus mencium bibir Jihoon. Tangan Jihyun terus melilit ke leher Jihoon manakala tangan Jihoon terus ke pinggang Jihyun.

Selepas beberapa minit berciuman, mereka berhenti juga. Menarik nafas dalam-dalam kerana kehabisan nafas kerana ciuman tadi. Jihoon mengelap bibir Jihyun dengan ibu jarinya.

" Tadi bagus. " Kata Jihoon dan Jihyun sedar apa yang berlaku tadi. Dia telah mencium Jihoon. Di bibir. Jihyun melepaskan pelukan mereka dan terus menoleh mukanya pada arah lain. Jihyun terus menjadi merah tomato dan jantungnya berdegup dengan kencang sekali. Jihoon tertawa kecil kerana Jihyun menjadi malu dan ia amat comel.

◈ 🎁 ◈ 🎁

+ new update. enjoy~

+ aq sudah taip hbis story nie dan bgi hbis terus story nie untuk teruskan aq taip story woojin.

+ sorry untuk future bab sbb kebnyakkn di sana, aq mula taip merepek, menyebabkan aq dok kelam-kabut smpai aq x tau apa aq taip.

+ jadi aq akan update story nie smpai hbis.

+ btw thanks untuk 4.22k reads! woohoo! thanks sngat² walaupon aq tngh busy dgn kerja lain.

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now