---

12.02 p.m.

"Ada orang nak jumpa Yoohee."

Mendengar kenyataan Yoojung itu , mata Yunhyeong kemudiannya beralih pada seorang gadis yang kiranya sebaya dengan Yoohee. Saat dua pasang mata itu saling bertentangan , hati Yunhyeong mulai tidak senang melihat senyumannya.

"Saya tinggalkan awak berdua dengan Yoohee di sini , okay?"

Yoojung kemudiannya hilang dari pandangan mereka. Gadis tadi kian memajukan langkahnya menghampiri Yoohee dan Yunhyeong. Tas tangannya diletakkan di atas meja.

"Long time no see , Yoohee. Masih ingat aku?"

Sendi-sendi anggota tubuh Yoohee semakin menegang. Nafasnya kedengaran tersangkut-sangkut. Gadis itu hanya tersenyum ㅡ tidak terkejut dengan reaksi Yoohee terhadap dirinya. Yunhyeong panik.

Yoohee dan gadis itu dipandang silih berganti.

"Siapa awak ni sebenarnya?"

Yunhyeong kembali memandang Yoohee. Dahinya kian dihujani titik peluh.

"Bae Soojin. Bekas teman wanita Chanwoo."

---


Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Read this story for FREE!