Takungan Aidilfitri

53 3 0

Subuh tadi menangis
Kerana ayah awal-awal sudah memecah pagi
Dengan beduk
Bahkan meriam di kerongkongnya
Ibu terlalu sibuk di dapur

Subuh tadi menangis
Kerana seorang kekasih leka menyiapkan bajunya
Tudung tidak apa
Kerna sudah lama dibaham serigala

Matahari pun keluar dari persembunyiannya

Subuh tenggelam pada doa

Seorang lelaki memeluk airmata
Lalu terhapus dosanya
Sebagai aildilfitri
Dan doa yang bertakung di dalamnya

Nota Kecil Seorang KekasihRead this story for FREE!