23 ; incident

1.5K 130 4

⛄ ※ ⛄ ※

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

⛄ ※ ⛄ ※

Seonho's

Wah. Aku dapat chapter untuk diri aku juga. Thanks, author. ( menyebabkan kau cute sangat, aku bagi. jangan bangga sangat. )
Okay, okay. Relaks. Aku datang sini untuk cerita tentang aku, yeah. Tentang aku sebelum aku jadi begini.

Aku sebenarnya kawan baik Jihyun waktu kecil dahulu kami sering bermain bersama sebab ibubapa kami rapat dan selalu berjumpa, mengakibatkan kami berdua kawan baik. Kami berdua dalam kelas taekwondo yang sama waktu kecil.

Aku selalu tengok dia, bagus dalam taekwondo, selalu menang dalam pertandingan dan aku teringin nak jadi macam dia. Selalu menang dan dipuji ramai. Jadi, aku cuba jadi macam dia.

Semakin hari berlalu, aku berlatih bersungguh-sungguh dalam taekwondo dengan mentor aku, Jurulatih Choi. Bapa yang cari dia untuk aku. Dia ajar aku macam-macam tentang taekwondo dan aku makin semangat untuk menang dalam pertandingan akan datang nanti.

Pada hari pertandingan tiba. Aku tak sabar nak kalahkan diorang dan lagi-lagi Jihyun. Bukan dia sorang ja boleh menang. Aku cakap nie secara friendly, bukan secara nak menunjuk ataupun nak kuasa jadi nombor satu.

Aku lawan, lawan dan lawan hinggalah aku menjadi salah seorang top 10, bersamaan dengan Jihyun. Kemudian, mereka adakan rehat 10 minit. Aku pergi ke Jihyun yang sedang minum air itu.

" Tadi kau baguslah. " Kata aku, mengelap peluh aku guna tuala.

" Thanks. Kau juga. Aku tengok kau akan jadi opponent aku nanti. " Kata Jihyun.

" Yup. Aku salah satu top 10. Tak lama lagi kita akan bertembung. " Kata aku sambil senyum. Walaupun ini Jihyun adalah lawan aku, aku tetap friendly dengan dia.

Pertandingan resume balik. Mereka yang terlibat tunggu untuk giliran mereka bermula. Aku akan berlawan dengan peserta #7. Aku #6 manakala Jihyun #2. Jauh lagi kami berdua nak jumpa.

Lawan, lawan dan lawan. Aku terus naik ke top 3. Wah. Aku tak pernah naik setinggi nie. Aku pandang jurulatih aku dan dia beri senyuman bangga pada aku. Jihyun #2 manakala aku #3. Kami akan menentukan siapa naib johan dan tempat ketiga.

Jangkaan aku adalah untuk menang hingga dapat #1 tapi ia berubah di sini. Aku lawan dengan Jihyun dan dia teramatlah kuat. Ini pertama kali aku lawan seorang yang sekuat dia. Dia lawan dengan aku hingga aku berdarah. Well hidung aku saja lah berdarah.

Akhir sekali aku dapat tempat ketiga dan Jihyun dapat juara untuk pertandingan itu. Aku amatlah tidak puas hati. Sebab? Aku kalah kepada Jihyun. Aku perlukan rematch.

Kali kedua, kami berlawan lagi, menentukan siapa juara dan naib juara. Dan sekali lagi, tidak dapat juara. Banyak kali kami berdua bertembung dan aku masih tidak mendapat juara.

Aku sangat terdesak hingga aku suruh jurulatih aku latih aku macam orang gila walaupun dia sudah bagitau yang ia amat bahaya berlatih hingga gila tapi aku tak dengar. Dan masih tidak mendapat juara. Aku asyik dapat tempat ketiga dan naib johan saja. Juara tak pernah. Hinggalah satu ketika, aku ada idea untuk buat Jihyun tidak dapat juara.

Seminggu sebelum perlawanan bermula, aku menyuruh seorang pakcik tolong aku buat sesuatu. Aku bagitau dia apa yang perlu dan bayar dia. Dia buat pada esok hari dan terdengar berita Jihyun tidak akan sertai perlawanan akan datang nanti kerana satu kemalangan telah berlaku kepadanya. Yes. Pelan berjaya.

Pada hari pertandingan itu, aku menjangka Jihyun tidak akan datang dan terlihat dia datang tapi kelihatan sangat lain. Mata dia bertukar biru dan kelihatan bengkak. Dengar kata dia tidak dapat melihat dengan jelas. Walaupun ibubapanya melarangnya datang sini tapi dia tetap degil.

Seperti biasa, Jihyun dan aku akan menentukan siapa juara dan naib juara. Kelihatan mata dia semakin teruk daripada aku lihat tadi. Kami berdua bermula sebaik wisel berbunyi. Aku memulakan pergerakan aku dan ia memberi aku satu mata. Dan kemudian Jihyun pula dan diberi mata kepadanya.

Lawan dan lawan dan kami berdua mendapat markah yang sama. 24-24. Siapa buat pergerakkan terakhir, dijadikan juara. Jihyun masih mencari di mana hendak menumbuk aku dan aku tidak buang masa dan terus tendang dia di kaki hinggakan aku terdengar sesuatu patah. Markah bertukar ke 23-26. Aku menang. Aku jadi juara! Aku dengan gembira pergi ke jurulatih aku dan peluk dia dengan gembira.

Sebaik aku pandang ke gelanggang taekwondo, terlihat Jihyun telah jatuh ke lantai. Kakinya patah. Dia menjerit dengan kesakitan dan dibawa ke hospital kemudian. Aku amatlah gembira. Sudah beberapa minggu aku inginkan juara dan akhirnya aku dapat.

Selepas perlawanan itu, aku tidak berjumpa dengan Jihyun dah kerana dia berada di hospital, menunggu sehingga dia sembuh dari kesakitannya. Selepas setahun kemudian, ibubapa aku tahu yang aku yang membayar penjenayah itu, pakcik itu, untuk dia cederakan Jihyun hinggakan mata dia menjadi biru.

Aku akan menjangka ibubapa aku akan marah aku tetapi tidak. Demi nama baik keluarga, mereka tidak memberitahu apa yang sebenar-benarnya berlaku kepada media massa dan terus berpindah ke New York.

Selepas beberapa tahun, kami telah kembali ke Korea dan sini aku, berjumpa dengan Jihyun balik, dengan keadaan yang baik dengan eye patch itu, bersama dengan seorang budak laki yang kelihatan sama umur dengan kami.

Tunggu kau, Jihyun. Sama-sama kita berdua turun.

※ ⛄ ※ ⛄

+ new update. enjoy~

+ bab nie menceritakan story sebelum jihyun ada mata biru tu yeah. jgn confius yea kwn2 

+ sekolah nak start and aq x ready nak pi sekolah 😭

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now