Sebatang Rokok Dikongsi Tiga

27 1 0
                                                  

Di meja bulat duduk 3 orang perokok yang saling tidak mengenali antara satu sama lain. Masing-masing terasa mahu merokok dan cuma ada sebatang rokok di atas meja tersebut. Mereka saling berpandangan antara satu sama lain dan masing-masing cuba berlagak tenang tanpa menunjukkan riak bahawa mereka mahukan rokok tersebut. Rokok itu masih dibiarkan di atas meja tanpa ada yang berani mengusiknya. Masing-masing masih diam. Akhirnya, rokok di atas meja yang seakan boleh dikongsi tiga itu telah disambar oleh seorang perokok dari meja sebelah. Lalu ketiga-tiga mereka cuma mampu diam terkesima dan terpinga-pinga.


Sekian cerita pendek seorang perokok di beranda terbuka

Kerana Aku Telah MatiWhere stories live. Discover now