---

11.17 a.m.

Yunhyeong kian menemui jalan buntu. Melihat Yoohee terus menitiskan air matanya tanpa henti seperti itu , hati Yunhyeong menjadi sebak yang teramat. Timbul rasa simpati yang begitu kuat di dalam dirinya pada saat itu.

Sejujurnya , Yunhyeong langsung tidak dapat memikirkan cara lain buat masa ini. Jika ditanya pula , gadis itu hanya akan diam membisu tanpa memberikan sebarang jawapan. Yunhyeong sudah tidak tahu bagaimana untuk meredakan tangisan Yoohee.

Gadis itu tentunya amat memerlukan seseorang untuk mendengar masalahnya. Namun dengan keadaan Yoohee yang masih begitu , segalanya menyukarkan lagi keadaan. Yunhyeong hanya perlu menunggu saatnya tiba. Lambat laun , Yoohee pasti akan bercakap juga.

Mungkin bukan sekarang. Tetapi , Yunhyeong tetap akan setia menunggu.

Tapak tangan Yoohee yang tiba-tiba naik ke wajah Yunhyeong hampir memeranjatkan lelaki itu dari lamunannya. Wajah Yoohee yang sudah basah dengan linangan air matanya ditatap. Yoohee mengusap pipi Yunhyeong dengan jari-jemari runcingnya.

Terketar-ketar tangan Yoohee memegang pisau halus di tangan kirinya. Air mata gadis itu dilihat tidak putus-putus mengalir.

"Chanwoo curang.. tapi masih taknak mengaku.."

Pisau tersebut dibenamkan ke dalam kulit yang paling hampir dengan pelipat lengannya lalu ditoreh menjadi satu garisan.

"Dia dah tak sayangkan aku."

Satu lagi garisan torehan dibuat ㅡ agak jauh daripada torehan pertama. Pandangan Yoohee menjadi kabur dengan air mata yang kini memenuhi tubir matanya.

"Aku ni cuma menyusahkan Chanwoo.."

Semakin banyak torehan di lengan kanan Yoohee. Rasa perit tetap ditahan. Darah kian mengalir dari lengannya lalu mengotori baju dan cadar katil itu.

"Tak ada gunanya aku hidup kalau dia lebih sayangkan syaitan tu!"

Yoohee merapatkan pisau tadi ke tengkuknya. Belum sempat bilah pisau itu mengenai permukaan kulitnya , Chanwoo menerjah masuk ke dalam bilik tersebut. Pisau di tangan Yoohee direntap kasar lalu tubuhnya ditolak sehingga terbaring ke atas permukaan katil.

"What the fuck do you think you're doing , Yoohee?!"

Yoohee menangis dalam diam. Wajahnya pucat , serentak dengan badannya yang semakin lemah. Yoohee tidak pernah menyesali apa yang baru sahaja dia lakukan tadi. Dia lega.

"Awak dah bosan dengan saya , kan Chanwoo?"

Yoohee tersenyum pahit.

"Kenapa awak cakap macam ni? I still love you , Yoohee."

Terketar-ketar bibir Yoohee menahan rasa sakit yang semakin menjadi-jadi pada lengan kanannya.

"Liar.."

"I love you! Don't you get that?!"

Turun naik dada Chanwoo cuba meyakinkan Yoohee. Tiada satu pun maksud tersirat yang disembunyikan di sebalik kata-katanya itu. Dia benar-benar mencintai Yoohee.

"Saya dah call doktor. Bertahan , ya?"

Chanwoo membelai ubun-ubun kepala Yoohee. Bibirnya dicium lembut. Yoohee dapat rasakan keikhlasan di hati Chanwoo. Namun begitu , dia masih tidak yakin.

"Chanwoo , I'm pregnant.."

Lemah suara Yoohee pada saat itu. Mata Chanwoo membulat ㅡ terkejut dengan kenyataan Yoohee.

"Anak awak , Chanwoo. Awak lelaki pertama yang sentuh saya ingat lagi tak?"

Chanwoo langsung terdiam.

"Tapi awak pun tahu yang saya kena uruskan syarikat appa saya di New York tak lama lagi."

Lelaki itu kemudiannya mengeluh. Sejujurnya , dia gembira mendengar berita tersebut walaupun agak terkejut pada mulanya. Namun , bagaimana pula penerimaan keluarganya tentang kandungan Yoohee nanti?

Tidakkah mereka akan membantah hubungan Chanwoo dan Yoohee yang baru setahun jagung itu? Lagipun , Chanwoo bakal memegang tanggungjawab besar sebagai CEO Jung Marketing.

Pandangan Yoohee jatuh ㅡ ternyata kecewa apabila mengingati kembali kata-kata Chanwoo kepadanya sebelum ini.

"Let me think about it first , okay? Saya janji akan bertanggungjawab."

Yunhyeong kembali membuka matanya. Kelihatan Yoohee sudah tertidur lena. Barangkali terlalu keletihan. Tangan kecilnya digenggam erat. Lengan baju Yoohee kemudiannya disingkap. Parut kesan torehan yang dibuat gadis itu tidak lama dahulu masih kelihatan.

"Awak menangis sebab apa sebenarnya , Yoohee?"

---

Jadi , korang dah dapat apa-apa petunjuk tentang kes Yoohee ni tak? Mind to tell me? Salah atau betul , lain cerita. Nani nak tahu siapa yang boleh jadi inspektor bila besar nanti HAHAHA


Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!