17 ; walk

1.6K 173 16

+ jake the dog people!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ jake the dog people!

+ okay lego~

● ⛄ ● ⛄

Loceng sekolah berbunyi dan masa untuk pelajar semua balik. Terlihat Jihyun masih tidak balik, membuat Jihoon terfikir apa hendak dia buat.

" Yow kau nak ikut kami pi hangout tak? " Tanya Woojin yang sedang sibuk mengemas.

" Tak pa lah. Aku pass. " Jawab Jihoon dan pergi kemas tempat Jihyun. Woojin pelik benar dengan perangai Jihoon si budak baru tiga minggu tu.

Selepas Jihoon kemas, Jihoon galas beg Jihyun bersamaan dengan beg dia dan terus berjalan ke klinik sekolah. Terlihat Jihyun masih tertidur. Jihoon meletak begnya di lantai dan duduk di sofa disediakan di sana.

Boleh saja dia keluar dengan kawan-kawan dia cuma dia nak teman Jihyun saja. Tak mau pula biar Jihyun keseorangan.

Jam menuju pukul 3.15 petang, satu jam selepas sekolah telah tamat. Jihoon masih di sana, sambil membaca komik dan menunggu Jihyun bangun. Tetiba, Jihyun bangun dari tidurnya dan melihat kawasan sekeliling. Aku kat mana nie?

Terlihat ada Jihoon di sana dan dia ingat semula balik. Aku berada di sekolah. Dan Jihyun teringat sesuatu balik dan terus panik, membuat Jihoon terkejut dengan jeritannya yang begitu kuat itu.

" Aku dah lambat! " Jerit Jihyun. Dia ternampak begnya berada di lantai, terus ambil beg itu, galas dan terus keluar dari bilik itu dengan kelam-kabut. Jihoon ikut Jihyun kemudian.

Jihyun terus berlari ke luar sekolah dan terlihat kereta yang sepatutnya ambil Jihyun sudah tiada. Agh. Aku tidur lama sangat. Kemudian, datang Jihoon, penat berlari.

" Kenapa kau lari laju sangat? Susah aku nak kejar kau. " Kata Jihoon, tercungap-cungap.

" Aish. Dia tak angkat telefon pula. " Kata Jihyun. Dia menelefon pemandu keretanya untuk ambilnya tapi dia tak angkat.

" Driver kau kah? " Tanya Jihoon selepas pernafasannya bernafas dengan baik sekali. Jihyun angguk kepalanya. Jihoon memikirkan satu idea untuk Jihyun balik ke rumahnya.

" Apa kata kau jalan kaki balik? Tak jauh mana pun rumah kau. " Kata Jihoon dan Jihyun cuma pandang dia saja.

" Macam mana aku nak balik jalan kaki dengan aku tak tau jalan balik rumah?! " Jerit Jihyun pada Jihoon. Sekarang, Jihyun betul-betul marah. Dan nie pertama kali dia jerit pada seseorang.

" Tak pa. Aku tau jalan balik rumah kau. " Kata Jihoon, meletak lengannya pada bahu Jihyun.

" How come? " Kata Jihyun, memandang Jihoon.

" Aku bukan duduk dalam kereta kau buat bodoh ja tau. " Kata Jihoon.

" Dah jom! " Kata Jihoon dan Jihoon jalan dengan Jihyun masih dalam lengan Jihoon. Mereka berdua mula berjalan balik ke rumah Jihyun.

" Kalau jalan kiri, akan sampai ke pusat bandar. Kanan lah. Aku ingat balik. " Kata Jihoon, menunjukkan arah ke rumah Jihyun. Jihyun ikut saja Jihoon dari belakang.

Jihyun tak tahu banyak tentang Jihoon tapi dia tau banyak tentang Jihyun. Walaupun sudah dua tahun dia naik kereta ke sekolah dan balik naik kereta, dia tidak mengambil tahu jalan balik ke rumahnya. Dia cuma telefon pemandu dia dan ambil saja. Tapi kali nie, nasib dia ada pertolongan. Kalau tak, sangkut lah dia duduk kat sekolah.

" Kau nampak tak bermaya. Kau nak makan? " Tanya Jihoon yang tiba-tiba berhenti dan menyebabkan Jihyun juga berhenti kerana langgar belakangnya. Jihyun angkat kepalanya dan pandang Jihoon. Lalu dia angguk kepalanya. Jihoon terus menarik tangan Jihyun dan masuk ke kedai serbaneka atau 7-Eleven.

Di dalam, Jihyun amatlah keliru kerana dia tidak pernah masuk ke kedai sebegini. Dia selalunya masuk kedai yang menjual barang dengan harga yang mahal tapi di sini, murah. Jihoon sudah berlari ke seksyen air manakala Jihyun masih terpaku di pintu masuk.

Jihoon perasan yang si Jihyun terpaku di pintu masuk dan melepaskan keluhan. Aish, budak nie enn. Jihoon pergi ambil sebatang coklat dan juga air karbohidrat untuk Jihyun. Dia membayar barang itu dan terus keluar, bersamaan dengan menarik Jihyun keluar.

" Aku tau kau akan berdiri depan tu dengan penuh terpegun. Nah, ambil nie. " Kata Jihoon dan beri makanan itu pada Jihyun. Jihyun ambil. Jihoon duduk di tempat kosong di luar kedai itu. Jihyun duduk sebelahnya. Jihyun memakan coklat itu dan merasa kesedapan itu dengan penuh kenikmatan.

Jihoon tersenyum yang Jihyun memakan coklat itu dengan gembira. Nampak sangat budak nie tak pernah makan benda nie semua.

⛄ ● ⛄ ●

+ new update. bab nie boring gila². aq x tau apa aq taip 😪

+ bahagian last tu aq pakat taip ja. x tau apa bnda aq taip.

+ btw selamat hari raya semua! semua raya harinie, dapat duit raya, makan kuih raya dan dapat makan rendang 😍 ma fav!

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now