---

4.52 p.m.

Yunhyeong kembali memberikan tumpuannya kepada Yoohee setelah mereka ditinggalkan berdua-duaan di dalam bilik itu. Yunhyeong berasa lega apabila mendapati bahawa kedatangannya yang belum sampai seminggu itu sedikit sebanyak dapat mengubah Yoohee.

"Cik Yoohee kena makan. Kalau berisi sikit mesti lagi cantik. Bolehlah cik Yoohee sihat macam sebelum ni. Saya suapkan , ya?"

Yunhyeong tersenyum manis. Memang benar pun yang Yoohee masih cantik di matanya walaupun dalam keadaan begitu. Sekarang , Yunhyeong hanya mengharapkan agar gadis itu sembuh dari penyakitnya.

Mangkuk bubur yang disediakan wanita tadi dicapai. Yunhyeong mendekatkan mangkuk tersebut pada mulut gadis itu. Sesudu bubur nasi kemudiannya disuakan pada bibir Yoohee.

Namun , Yoohee langsung tidak membuka mulut. Sebaliknya , dia memegang lengan Yunhyeong.

Saat mata Yunhyeong ditutup rapat , mindanya memainkan bayangan baru seperti sebuah kaset lama. Dia melihat seseorang membuka botol tanpa label lalu dituangkan ke atas sudu kecil sebelum mengacau cecair tersebut di dalam mangkuk makanan itu.

Mangkuk yang sama dilihat di dalam bilik Yoohee. Ketika itu , dia sedang merangkak kesakitan menuju ke bilik air sambil memegang perutnya. Wajah Yoohee dibasahi air mata ㅡ menunjukkan kesengsaraan yang dia alami pada ketika itu.

Di celah kangkang dan mulutnya pula dibasahi cecair merah pekat. Yoohee rebah di tengah-tengah bilik dan tidak sedarkan diri.

Dada Yunhyeong seolah-olah terhimpit. Dia benar-benar tidak tahu bahawa Yoohee pernah mengalami perkara seperti itu. Jika mimpi dan bayangan yang dia peroleh berkait rapat , mungkinkah ketika itu Yoohee sedang mengandungkan benih hasil hubungannya dengan Chanwoo?

"Yoohee , beritahu saya apa yang dah jadi pada kandungan awak.. sekarang!"

Yunhyeong mungkin terlalu mendesak. Tetapi tujuannya hanya satu. Dia mahu Yoohee berterus terang. Dia tahu ada seseorang yang berdendam dengan gadis itu. Dia hanya perlu tahu siapa.

Yunhyeong mengalihkan tapak tangan Yoohee yang terasa sejuk itu pada lengannya lalu digenggam erat bagi mendapatkan bayangan yang seterusnya.

"Tolong jangan gugurkan baby ni.. saya merayu.."

Kedua-dua belah tangan Yoohee diikat pada besi katil. Puas dia meronta. Namun , tiada seorang pun dari mereka yang menghiraukan rayuannya itu. Jika melihat pada persekitaran Yoohee sekarang , dia sepertinya berada di dalam bilik bedah.

Mungkin klinik persendirian ataupun hospital?

Oleh kerana Yoohee yang asyik meronta-ronta , dia disuntik ubat tidur ㅡ membuatkannya pengsan serta-merta. Kakinya dikangkang luas. Alat sulitnya dimasukkan sesuatu yang berupa sebuah penyepit.

Selepas serviks Yoohee berjaya dibuka , janin dari benih mendiang Chanwoo yang berusia 2 bulan itu ditarik keluar. Tisu-tisu dan uri janin itu turut dikikis keluar melalui alat sulitnya.

Yunhyeong menyedari bahawa mata Yoohee kian berkaca. Air matanya meluncur jatuh ke bantal tempat dia sedang baring pada ketika itu. Dengan lembut , Yunhyeong menyeka air mata gadis itu dengan ibu jari lalu memeluknya.

"I'm sorry for your lost.."

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!