---

4.08 p.m.

Yunhyeong segera menghayunkan kakinya ke bilik tidur Yoohee sebaik sahaja meletakkan beg pakaian yang dibawa bersama sebelum menemui gadis itu.

Yoojung sudahpun memberikannya kebenaran untuk tinggal di sini lebih lama bagi memantau keadaan Yoohee. Oleh itu , tidak perlulah untuknya berulang-alik dari rumah ke sini.

Yoohee masih dalam keadaan yang sama ㅡ terbaring kaku dengan mata yang terbuka tanpa sekalipun berkedip.

"Yoohee dah makan?"

Tiada jawapan. Yunhyeong mengukirkan senyuman nipis di bibirnya lalu dengan lembut , mengusap ubun-ubun kepala Yoohee.

"Doktor..."

Panggilan bernada perlahan itu secara tidak langsung membuat Yunhyeong menoleh. Kelihatan wanita sama di muka pintu bilik Yoohee.

"Saya ada bawakan makanan.. untuk Yoohee."

Yunhyeong mengangguk. Dulang berisi makanan itu kini bertukar tangan. Yunhyeong meletakkan dulang tersebut ke atas meja terlebih dahulu. Pembantu rumah itu kemudiannya memalingkan tubuh untuk berlalu pergi. Namun , soalan yang terbit dari bibir Yunhyeong segera mematikan langkahnya.

"Bukan ke Yoohee tak makan semua ni?"

Yunhyeong tertanya-tanya. Tangannya disilangkan ke dada. Wanita itu pula seakan-akan berat hati untuk menjawab. Sepertinya , bukan Yoohee sahaja yang menyimpan banyak rahsia di dalam rumah agam ini.

"Cik muda Yoojung yang suruh. Ini memang kerja saya sejak Yoohee sakit."

Wanita itu menjawab dengan nada suara yang perlahan.

"Kenapa nak beri Yoohee makan kalau akhirnya semua ni akan dibuang juga?"

Yunhyeong sengaja menduga. Wanita itu meneguk liurnya ㅡ masih belum memberikan jawapan yang dia inginkan.

"Sebenarnya , saya tinggalkan makanan ni di meja tu selepas puas pujuk cik Yoohee makan. Bila saya datang balik , semua makanan tu dah tiada. Hanya tinggal sisa makanan yang bersepah di katil cik Yoohee sahaja perlu saya kemaskan."

Yunhyeong hilang tumpuan buat seketika. Sememangnya mustahil untuk Yoohee terus hidup tanpa makan dan minum.

Keadaan tubuhnya itu langsung tidak seperti manusia yang berada dalam keadaan kebuluran. Mungkin hanya kurus , tetapi tidak begitu teruk.

"Sejak bila dia ada selera untuk makan?"

Yunhyeong memandang wanita itu penuh tanda tanya.

"Sejak doktor datang sini."

---



Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!