♡2♡

10K 335 6
                                              

KEESOKAN HARINYA

BIP! BIP! BIP!

"Herghhh!!" Azzora bangun dari tidur, terus dia matikan alarm disebelah katil. Azzora meraup mukanya. Dia masih lagi keadaan mamai.

Bilik tidur Azzora diterjah masuk oleh adik lelaki Azzora, Abraham Achilles.

"Kau nak apa?" Tanya Azzora. Abraham duduk di katil Azzora. "Tolong aku please" kata Abraham. "Tolong apa lagi ni?" Tanya Azzora. Dia menggosok matanya.

"Hari ini, ada perjumpaan ibu bapa. Keputusan exam aku teruk sangat" kata Abraham. Azzora mengikat rambutnya. "So?" Kata Azzora. Abraham geram dengan kakaknya.

"Isshh tolonglah aku, gantikan tempat ibu sama ayah" kata Abraham. Azzora berfikir sebentar.

"Tunggu aku dibawah. Lepas mandi kita jalan" Azzora. Abraham melompat gembira.

"Jangan nak gembira sangat. Aku report kat ibu baru tau" kata Azzora segera dia menutup pintu bilik air. Abraham keluar dari bilik Azzora sambil mulutnya terkumat kamit.

****

"Kami jalan dulu" kata Azzora. Abraham duduk dibelakang Azzora sambil memeluk pingang Azzora dengan erat.

Abraham bukan tak tahu kakaknya Azzora kaki rempit.

VROOM!!

Laju motor Azzora membelahi jalan raya besar. Abraham sudah kecut perut.

Sampai disekolah, Abraham terus terduduk ditanah. Azzora mencebik. Dia membuka helmet dikepalanya kemudian helmet adiknya dibuka.

"Jangan nak dramatic sangat eh. Dah cepat! Jumpa cikgu kau tu" kata Azzora. Dia segera menarik tubuh adiknya dan mereka masuk ke dalam dewan.

***

"Hisyy kau ni! Benda kacang macam ni macam mana kau boleh gagal ah?!" Marah Azzora selepas mereka keluar dari dewan.

Hampir kesemua subjek pelajaran gagal oleh Abraham. Abraham menunduk.

"Kali ni kau kena dengar cakap aku! Faham!!" Tanya Azzora. "Faham" kata Abraham lalu mengangguk.

"Dah cepat! Aku dah lewat nak pergi kerja. Kau aku terpaksa heret sekali kat tempat kerja aku!" Kata Azzora. Abraham diam.

Jandaku Please Come Back!Where stories live. Discover now