Bab 6

3.4K 103 7
                                    

"Sebelum ni dengar Nurul sebut nama PS Fitri. Hari ni dapat jumpa dengan tuan punya badan terus." Tutur Dato' Ilyas ramah sewaktu berbuka puasa.

"Kecil je rupanya dunia ni kan? Saya pun tak sangka boleh jumpa dengan dato' hari ni." Balas Fitri sopan. Manalah dia tahu yang Nurul itu merupakan PA Dato' Ilyas; CEO Cloud Tower. Cloud Tower merupakan syarikat rangkaian telekomunikasi yang semakin meningkat naik di Malaysia dan juga di luar Malaysia.

"Thanks Fitri, sebab berjaya dapatkan limited watch Van Cleef & Arpels waktu birthday Mariam bulan lepas. Bak kata Nurul, you memang personal shopper yang terbaik!" Puji Dato' Ilyas lagi.

"Oh, jam tu Nurul minta Fitri yang belikan? Patutlah berjaya beli. Rupa-rupanya dengan kebolehan Cik Fitri kita ni." Balas Datin Mariam pula.

Fitri hanya tersenyum. Dia segan sebenarnya. Janganlah ditanya harga jam limited edition jenama mewah itu kerana dia juga takut untuk menyebutnya. Mahal sangat!

"Fitri ni personal shopper ke?" Soal Hajah Aminah; mak ngah Aidil yang sejak tadi hanya mendengar.

Fitri angguk dan senyum.

"Zaman sekarang ni zaman millennium. Orang dah makin maju ke depan sebab personal shopper pun boleh jadi karier jugak. Nanti bagitahu auntie latest collection Ariani ya." Hajah Aminah kenyit mata.

"Umi, tudung umi dalam almari dah banyak sangat." Sampuk Amar yang duduk di sebelah Hajah Aminah.

"Orang perempuan ni, tudung banyak macam mana pun takkan pernah cukup. Betul tak, Mariam, Fitri?" Balas Hajah Aminah sambil tersenyum.

"Sokong!" Suara Fitri yang sedikit kuat itu membuatkan Aidil dan Amar serentak memandang dia.

Terus Fitri menundukkan kepala. Betullah kan? Pandangan mata kedua-dua lelaki itu seperti memberi amaran supaya jangan mengajar ibu mereka membeli-belah barang yang tidak perlu.

"Jemputlah makan. Lepas ni kita nak ke masjid untuk solat pulak." Kedengaran suara Dato' Ilyas memecahkan suasana.

Usai berbuka puasa, Fitri melabuhkan duduk di sofa sementara menunggu Datin Mariam dan Hajah Aminah bersiap untuk sama-sama ke masjid. Tiba-tiba anak matanya menangkap kelibat Aidil yang sudah berbaju Melayu berwarna ungu mengatur langkah ke ruang tamu dan seterusnya melabuhkan duduk di sofa bertentangan dengan dia.

Fitri perhatikan sahaja telatah Aidil yang langsung tidak menoleh ke arah dia sebaliknya ralit menghadap telefon pintar di tangan. Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak? Nak tegur ke tak?

"Fitri!" Suara Amar yang muncul di ruang tamu tiba-tiba memecahkan kesunyian. Terus Aidil mengangkat wajah memandang Amar yang sudah melabuhkan duduk di kerusi bersebelahan dengan sofa single-seater yang menjadi tempat duduk Fitri.

"Saya lupa nak minta phone number Fitri tadi." Amar menghulurkan Samsung Note kepada Fitri.

Aidil mengerutkan dahi melihat huluran telefon pintar itu bersambut. Senangnya budak kecik ni bagi nombor telefon dekat orang yang baru dikenali!

"Saya memang interested dengan limited edition kasut Adidas tu tau. Let me know when you hear any good news about it." Pesan Amar dan menyimpan telefon pintar ke dalam poket baju Melayu yang dipakai.

"Oh, ya! Saya kena minta nombor telefon Encik Amar sekalilah." Fitri mengeluarkan iPhone dari dalam handbag dan dihulurkan kepada Amar.

Semakin bulat mata Aidil yang menjadi pemerhati setia. Biar betul budak kecik ni! Eh, kejap! Yang aku nak kisah kenapa pulak? iPhone 7 Plus yang disimpan di dalam poket baju Melayu dikeluarkan semula.

Raya = Aidil + Fitri! (Adaptasi ke Drama Mulai 14 Mei 2018, Astro Oasis 9 mlm)Where stories live. Discover now