---

12.16 p.m.

Yunhyeong duduk menghadap komputer ribanya setelah kembali dari dapur bersama segelas air sejuk di tangan.

Mata lelaki berwajah tampan itu kini hanya tertumpu kepada paparan imej dari kamera pengawasan yang telah dipasang di bilik Yoohee. Gadis itu masih dilihat tidak bergerak walaupun seinci. Tiada pergerakan lain mahupun sesuatu yang pelik berlaku setakat ini.

Yunhyeong merenggangkan anggota tubuhnya seperti sedang melakukan senaman kecil. Batang tengkuknya yang lenguh dipicit sendiri. Sesekali , lelaki itu menguap keletihan lalu membundarkan matanya ㅡ cuba untuk tidak terlelap.

---

2.37 a.m.

Bunyi cawan kaca yang terjatuh menimpa permaidani bilik itu mengejutkan Yunhyeong dari lenanya. Segera kepala lelaki itu diangkat dari meja. Cawan kaca yang terjatuh ke lantai bilik tersebut dikutipnya. Yunhyeong menghela nafas lega. Mujurlah tidak pecah.

Matanya digosok perlahan sebelum kembali menatap skrin komputer riba yang masih terpasang. Kelegaan di hatinya tadi tidak bertahan lama apabila menyedari bahawa Yoohee sudah tidak lagi berada di biliknya.

Tanpa menunggu lama , Yunhyeong terus bertindak. Lelaki itu keluar dari biliknya sambil melilau ke sekeliling ㅡ mencari kelibat Yoohee yang menghilang dari radar. Keadaan kaki lima yang terang pada waktu itu diharapnya mampu membantu.

Langkah Yunhyeong kini terhenti betul-betul di hadapan bilik Yoohee. Dadanya yang turun naik dek cemas diurut perlahan ㅡ terkejut melihat keadaan Yoohee pada ketika itu.

Bayangkan sahajalah pada saat itu , Yoohee terbaring kaku di atas katil dalam keadaan kepalanya tergantung di hujung tilam. Dan matanya pula merenung tepat ke pintu masuk bilik itu tanpa berkedip.

Yunhyeong memberanikan dirinya untuk mendekati gadis itu. Sebelum dia sempat menyentuh Yoohee bagi membetulkan posisi badannya dari terus begitu , lengan lelaki itu dicengam Yoohee dengan kuku.

Ketika itu , pandangan Yunhyeong gelap serta-merta. Apa yang dilihat lelaki tersebut pada waktu itu hanyalah bayangan seorang gadis yang sedang memegang cawan kaca. Pegangan gadis itu yang tidak begitu kuat menyebabkan ianya terjatuh ke lantai lalu pecah di bahagian atasnya.

Namun , gadis itu masih mengambil cawan yang sama lalu diisi dengan air sehingga melimpah keluar. Air tersebut diteguknya perlahan.

Tanpa sedar , tempat di mana cawan kaca itu pecah tadi mencederakan bibirnya. Darah dari bibir gadis malang itu secara tidak langsung ditinggalkan pada cawan tersebut.

Yunhyeong kembali ke realiti. Tangan Yoohee yang mencengkamnya tadi sudahpun jatuh. Kelopak matanya juga sudah tertutup. Barangkali , gadis ini sudah tertidur. Perlahan-lahan Yunhyeong mengangkat tubuh Yoohee lalu memperbetulkan posisi tidurnya.

"Sleep tight.."

Yunhyeong tersenyum nipis sebelum menutup suis lampu bilik Yoohee.

---

Walking Dead [ MalayFic18+ ]Read this story for FREE!