14 ; eyes

1.8K 183 18

+ ya Allah jihoon

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ ya Allah jihoon. ko ingat binatang tu takkan serang kau kah?

+ tapi pelik dia kata binatang tu comel (*´∀`*)

💎 • 💎 •

Sementara mereka menunggu makanan disiap, Jihoon memasuki bilik Jihyun. Jihoon agak terkejut akan bersihnya bilik Jihyun berbanding biliknya di rumahnya.

" Kau memang betul-betul jaga bilik kau. " Kata Jihoon sambil memandang sekeliling bilik Jihyun. Ia bukan bilik budak perempuan biasa yang dipenuhi dengan poster idola kegemaran mereka tetapi ia lebih kepada ke-aesthetic bilik itu.

Warna biliknya pink pastel, meja belajarnya biru muda, katilnya hijau muda dan ada lagi aksesori bilik yang aesthetic seperti ada dream catcher tergantung pada tingkap bilik, bingkai gambar keluarganya yang dihias dengan cantik dan pelbagai lagi.

Jihoon duduk pada katil Jihyun yang lembut itu. Ia sangat lembut hingga Jihoon terbaring atas katilnya itu. Jihyun terus melempar bantal pada Jihoon untuk mengisyaratkan Jihoon untuk bangun dari katilnya.

" Haih. Aku baring ja, bukan tidur. " Kata Jihoon dan Jihyun cuma memuncung bibirnya itu. Woah, dia memang betul-betul berubah kalau di rumahnya. Kata Jihoon dalam hatinya.

Jihoon ingin sangat Jihyun membuka eye patch-nya tetapi dia tahu cerita yang selebihnya, yang matanya bertukar warna.

Jihoon tarik Jihyun yang duduk di meja solekannya dan terus tahan Jihyun atas katil dengan Jihoon memegang kedua-dua belah tangannya daripada terlepas. Jihyun terkejut dan cuba untuk melepaskan diri.

" Apa kau nak cuba buat? " Tanya Jihyun.

" Aku nak tengok mata kau, please. Aku takkan jerit kalau ia tak cantik. " Jawab Jihoon dan Jihyun cuba untuk melepaskan genggaman Jihoon. Jihoon tertawa melihat Jihyun struggle untuk melepaskan diri. Terlihat ia tiada hasil untuk dia melepaskan diri.

" Wah. Aku ingat kau pandai lawan tapi lepas dari genggaman nie pun dah susah untuk kau. " Kata Jihoon.

" Aku tak pernah cuba lagi untuk melepaskan diri dari genggaman macam nie okay? " Kata Jihyun, tidak mahu dirinya dimalukan depan Jihoon. Sebenarnya, dia pernah cuba cuma dia tidak mahu melepaskan diri dengan cepat.

" Haih. Aku tengok kau dah hopeless dah. Okay okay. Aku lepaskan. " Kata Jihoon dan dia melepaskan Jihyun. Jihyun berdiri dari baringan dan duduk, melihat Jihoon yang berdiri tegak depannya.

" Aku takkan bagi kau buka eye patch aku selagi aku ada kepercayaan pada kau. " Kata Jihyun.

" Alorhh. Aku dah tolong kau. Takkan kau takkan tunjuk? " Kata Jihoon sambil memuncung bibirnya dengan kesedihan. Jihyun cuma melepaskan keluhannya.

" Okay tapi aku akan tutup buka dengan cepat. Kalau kau tak nampak, aku takkan tunjukkan dah. " Kata Jihyun dan Jihoon sediakan diri untuk lihat.

Jihyun pegang eye patch-nya dan hendak dibuka. Jihoon teramatlah teruja tapi keseronokkannya mati kemudian kerana ada ketukan di pintu. Jihyun pergi menjawabnya dan terlihat ia Jinyoung. Jihoon menyumpah.

" Noona, makanan dah siap. "

" Okay. Jom, Jihoon. " Kata Jihyun dan keluar dari bilik, mengikuti adiknya ke ruang makan. Jihoon teramatlah menyesal dan marah pada waktu yang sama. Dia tidak dapat melihat mata Jihyun dah.

" Jadi, macam mana makanan nie, Jihoon? " Tanya ibu Jihyun pada Jihoon.

" Sedap sangat. Bagus makcik masak. " Jawab Jihoon dan memberi thumbs up pada ibu Jihyun. Ibu Jihyun senyum dengan gembira dan sambung makan.

Sebelah Jihoon, adanya Jihyun sedang makan makanan dengan tenang sekali. Jihoon masih tidak puas hati apa yang berlaku tadi dan dia mahu sangat melihatnya.

" Aku nak tengok juga lepas nie. " Bisik Jihoon di telinga Jihyun. Jihyun pandang Jihoon yang memberi muka masam dia. Jihyun mencubit paha Jihoon, mengakibatkan Jihoon terjerit sedikit dan menutup mulutnya kerana jeritannya.

" Kenapa Jihoon? Tak sedap? " Tanya ibu Jihyun, terkejut akan jeritan Jihoon tadi.

" Eh, tak! Saya tergigit lidah tadi. " Jawab Jihoon, memberi muka tidak risau itu. Ibu Jihyun sambung dengan makanannya.

" Kenapa kau buat tu tadi? " Bisik Jihoon lagi.

" Aku akan buat sekali saja. Tadi peluang terbaik tapi ia terbang saja. " Kata Jihyun dengan suara perlahannya.

" Tu salahkan adik kau lah. Kacau kita tadi. " Rungut Jihoon.

" Nasib kau. " Kata Jihyun dan membawa pinggan makanan ke dapur untuk dicuci. Jihoon tidak akan berputus asa untuk melihat matanya itu. Tunggu kau, Jihyun. Tak kira apa jua, aku akan tengok juga mata kau. Kata Jihoon dalam hatinya.

• 💎 • 💎

+ new update! enjoy~

+ hari nie last day skolah sebelum cuti 🙌

+ cuti cuti cuti~ seronoknya~ tapi lepas raya, kena buat geografi pulak. alahai..😓

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now