#33: Weird Marriage

859 79 15
                                    

Belum pernah bercinta mahupun bertemu janji dengan mana-mana gadis, lelaki ini baru berumur 17 tahun.

Belum pernah bercinta mahupun bertemu janji dengan mana-mana gadis, lelaki ini baru berumur 17 tahun

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Bujang. Meninggal dunia dalam satu kemalangan jalan raya tanpa sempat merasa kemanisan hidup berumah tangga.

Atas alasan itu, ahli keluarga telah melangsungkan perkahwinan antara mayat si mati dengan mayat gadis terpilih dalam satu upacara pelik dipanggil Minghun.

Demikianlah yang terjadi kepada mayat seorang pemuda bernama Li Xianying.

Berasal dari perkampungan Yanchuan, wilayah Shaanxi ditengah China.
Walaupun kedengaran sangat pelik, ia sebenarnya bukanlah kes pertama atau baru berlaku di negara paling ramai penduduknya di dunia itu.

Berdasarkan catatan, upacara perkahwinan mayat atau perkahwinan hantu telah mula diamalkan sejak abad ke 17 sebelum masihi.

Amalan ini bermula selepas kebanyakan penduduk China percaya bahawa seorang lelaki tidak akan masuk ke syurga sebelum berkahwin. Bermakna, jiwa lelaki yang meninggal dunia sebelum sempat berkahwin ini dipercayai sering berkeliaran dan tidak tenteram.

Roh mereka dikatakan akan bersendirian dan akan terus-menerus menghantui saudara-mara yang masih hidup.

Bagi menenangkan jiwa-jiwa tidak tenteram, ahli keluarga mayat lelaki tidak berputus asa mencari mana-mana mayat wanita untuk dijadikan isteri si mati.

••••••

Uishh.Kahwin dengan mayat?tapi itulah cinta 😂😂

Night Story Where stories live. Discover now