8 ; the deal

1.9K 212 8

+ aq lupa apa nma deni tapi tu x penting skarng

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ aq lupa apa nma deni tapi tu x penting skarng

+ lego~

🐰 ◆ 🐰 ◆

Keesokan harinya telah tiba dan Jihyun datang ke sekolah seperti biasa. Jihyun perhatikan kelasnya sebaik dia sampai budak tu tak sampai lagi kata Jihyun dalam mindanya. Dia belajar dahulu sementara menunggu Jihoon sampai.

Jihoon sampai ke kelas sebaik saja loceng bunyi. Dia lambat kata Jihyun dalam hatinya. Terpaksa dia tunggu sehingga waktu rehat. Mereka memulakan kelas mereka seperti biasa.

Loceng berbunyi menandakan bahawa ia sudah waktu rehat. Sebaik Jihyun pandang belakang untuk mencari Jihoon, dia sudah hilang. Terpaksa dia pergi mencari budak tu.

Jihoon sedang berehat dengan kawan-kawan barunya yang dikenal Woojin padanya. Mereka amatlah baik dan seronok untuk bersama.

" Berani kau pergi cakap dengan si Jihyun tu kan.. " kata Joo Haknyeon, salah seorang mereka.

" Biasalah. Perkara kecil sahaja. " Kata Jihoon, bangga dengan apa yang dia sudah buat semalam. Tetiba, ada pisau dilempar ke arah mereka dan ia hampir terkena Jihoon tapi malangnya tidak dan pisau itu tersangkut pada dinding.

Jihoon menjadi mental breakdown sewaktu itu. Mereka lain terkejut ada pisau sedang melayang ke arah mereka. Mereka semua pandang siapa yang membaling pisau itu dan terlihat ia Jihyun yang membalingnya. Jihyun pandang Jihoon sahaja sekarang nie, dengan mata yang mampu membunuh orang itu.

" Ikut aku. " Kata Jihyun dengan tegas dan berlalu pergi. Jihoon cuma mampu menelan air liurnya dan mengikut arahan Jihyun. Mereka yang terkejut dengan aksi Jihyun.

Sekarang, mereka berada di belakang sekolah, bawah pokok ceri. Jihoon berwaspada pada Jihyun, takut dia serang dia lagi.

" Tentang semalam. " Kata Jihyun pada Jihoon. Jihoon menenangkan dirinya. Dia sangka Jihyun akan bunuh dia kerana menjengkelkan dia semalam.

" Tentang teman lelaki itu. Aku serius. Aku betul-betul nak kau jadi teman lelaki aku. " Kata Jihyun dengan muka kosongnya itu. Jihoon pandang sekeliling kawasan dan tiada sesiapa sedang sembunyi untuk tikam belakangnya. Jihoon pelik dengan Jihyun hari ini. Dia seriously kah? Katanya dalam minda.

" Tapi, cuma teman lelaki pura-pura. Lepas saja perancangan itu batal, kita tiada apa-apa hubungan selain kawan. " Kata Jihyun. Jihoon angguk. Sebelum apa berlaku, Jihoon terfikir satu idea. Jihoon senyum nakal dengan senyap.

" Boleh. Tapi, aku nak ganjaran juga. " Kata Jihoon. Jihyun cuma mampu melepaskan keluhan saja. Jihyun tanya apa ganjaran yang dia mahukan.

" Aku nak tau kenapa kau senyap, kenapa kau pakai eye patch tu dan kenapa kau akan serang sesiapa yang dekat dengan kau. " Kata Jihoon dengan gembira. Mahu saja Jihyun tumbuk dia on the spot tapi tak boleh. Jihyun melepaskan keluhan lagi.

" Okay, setuju. " Kata Jihyun dan mereka berdua berjabat tangan. Dengan ini, Jihoon boleh membuat Jihyun seperti teman wanitanya tetapi pura-pura. Jihoon dengan beraninya meletak lengannya pada bahu Jihyun dan mengejutkan ialah Jihyun tidak menyerangnya. Ini pertama kali Jihyun tidak menyerang sesiapa yang cuba mendekatkan dirinya pada Jihyun.

" So, lepas sekolah nak ke mana babe? " Kata Jihoon dengan kata-kata manisnya dan panggil babe tu. Jihyun mencubit lengan Jihoon dan Jihoon melepaskan bahu Jihyun kerana kesakitan.

" Kalau lepas sekolah, lepas sekolah kita bincang. Sekarang waktu sekolah. " Kata Jihyun, menyapu bahunya dan berjalan pergi ke kelas. Jihoon lihat saja dia pergi. Jihoon rasa pedih akan kesakitan itu tapi di dalam, dia gembira sebab Jihyun tidak serang dia menggunakan apa-apa senjata.

Sebaik Jihyun sampai ke kelas, dia menyentuh dadanya yang berdegup dengan laju itu. Apakah perasaan ini? Aku rasa rama-rama dalam perut dan aku tak boleh henti fikirkan​ dia. Jangan kata... Jihyun menggeleng kepalanya dan abaikan semua perasaan itu. Aku takkan jatuh pada dia. Tidak. Dia akan larikan diri kalau dia tahu. Jihyun terus sambung belajar.

Sebaik loceng berbunyi, waktu rehat telah tamat dan Jihoon masuk ke kelas dengan perasaan gembira. Woojin yang sampai awal tu perasan yang kawan dia sedang senyum tidak tentu hala. Membuatnya pelik padanya.

" Kenapa kau nie? Tiba-tiba gembira? Si Jihyun cuba bunuh kau tadi? Ataupun dia serang kau. Kejap. Dengan muka gembira nie.. shocked Dia buat kau senyum macam saiko hingga hujung hayat kau! " Jihoon terus mengetuk kepala Woojin yang telah ke sampai tahapnya dah.

" Bukanlah. " Kata Jihoon sambil senyum dan pandang Jihyun yang sedang belajar itu.

◆ 🐰 ◆ 🐰

+ hello! update baru! enjoy~

+ Ahhh! Malam nie. Malam terakhir bagi pd101 fans. Lepas nie x dak ahh tunggu setiap malam Jumaat tapi aq akan rindu depa.

+ Dan fighting kepada final top 11 dan Jihoon kena ada dalam top 11 nie.

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now