6 ; boyfriend

2.1K 225 25

+ star vs the forces of evil pulak aku ambil enn  ̄ω ̄

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ star vs the forces of evil pulak aku ambil enn  ̄ω ̄

+ whatever. lego~

☁ • ☁ •

Sebaik saja Jihyun memasuki rumahnya, terlihat pembantu rumahnya telah berdiri di pintu. Jihyun memberi beg sekolahnya pada pembantu rumah itu untuk dibawa ke bilik aku.

Sewaktu dia lalu di ruang tamu, terjumpa pakaian gaun berwarna merah, sepasang kasut tumit tinggi dan nota pada pakaian itu. Jihyun terus membaca nota itu. Ia kata..

- untuk malam nie. pakai elok-elok yeah. nanti driver kamu hantar kami dgn jinyoung ke restoran tu.

sayang,
eomma dan appa -

Nota itu diakhiri begitu sahaja. Jihyun membuang nota itu ke dalam tong sampah dan membawa gaun dan kasut itu ke biliknya. Dia gantung pada tombol pintu almari bajunya. Jihyun cuma merenung saja pada pakaian itu. Comel lah baju nie. Katanya dalam minda.

Temujanji itu akan bermula pukul 8 malam dan sekarang baru pukul 3.45 petang. Jinyoung balik pukul 5. Sempatlah mereka berdua siap ke sana nanti.

7:45 pm

Mereka berdua sedang bersiap sedia untuk ke sana. Mereka berdua ditolong oleh pembantu rumah mereka. Seorang make-up artist sedang membubuh make-up yang simple pada Jihyun.

Jihyun mampu membuat ini dan dia juga turut kata yang dia boleh buat sendiri tetapi tukang itu tidak mahu dan hendak membuat make-up Jihyun. Jihyun biarkan sahaja.

Sebaik make-up artist itu menghabiskan di bahagian mata kirinya, Jihyun membuka matanya dan pandang refleksinya di cermin. Dia nampak amatlah cantik tetapi dengan mata tidak sama warna, mungkin ramai akan melarikan diri daripadanya. Jadi, dia memakai eye patch-nya.

" Kenapa pakai eye patch dear? Dear dah nampak elok dah. " kata artis jurusolek itu dengan penuh sassy.

" Saya tak nak mereka melarikan diri sebab mata saya jadi, saya pakai eye patch nie. " Kata Jihyun dengan muka kosongnya itu.

" Well, mana-mana pun, dua-dua nampak cantik untuk kamu. " kata jurusolek itu dan menghabiskan beberapa solekan. Kemudian, ia telah siap. Jihyun telah nampak cantik. Mereka berdua terus memasuki kereta sebaik dua-dua memakai kasut masing-masing​.

Selepas beberapa minit, mereka sampai ke restoran itu. Di sana, ada seorang guard//pelayan berdiri di depan pintu untuk membuka pintu kepada mereka berdua.

Jinyoung memegang tangan Jihyun. Jihyun memandang adiknya yang senyum dengan gembira sekali. Macam mana dia boleh senyum macam tu untuk 24/7 kata Jihyun dalam minda.

Mereka berdua masuk ke dalam restoran itu dan terlihat keluarga Kang telahpun sampai. Kami berdua berucap kepada En. & Pn. Kang.

" Aish. Kamu berdua dah besar sejak last time jumpa kamu berdua yeah. " Kata Pn. Kang kepada mereka berdua. Jinyoung cuma senyum padanya dan Jihyun dengan muka kosongnya itu. Pn. Kang terasa kekok pula kerana Jihyun tidak senyum.

" Maaflah dia tak senyum sebab dia sebenarnya sedang fokus dalam seni mempertahankan diri dia. Kan Jihyun? " Kata bapanya pada Jihyun dan Jihyun cuma angguk saja.

" Wah! Bagusnya. Kamu patut ikut jejak dia, Daniel. "

" Eomma! Jangan memalukan Daniel boleh tak? " Rungut lelaki yang hampir sebaya dengan Jihyun, yang duduk di depannya.

Kang Daniel adalah anak kepada keluarga Kang. Daniel seperti berlawan kepada Jihyun, dia sentiasa gembira, senyum. Bukan macam Jihyun yang sering beri muka kosong itu.

Mereka berdua adalah musuh sewaktu dalam perlawanan tetapi di luar, mereka kawan baik tetapi itu sewaktu sebelum Jihyun dikena asid pada matanya. Selepas itu, mereka berdua sentiasa musuh. Jihyun tidak bercakap dengan Daniel selepas kemalangan itu.

Jihyun tahu kenapa mereka, keluarga Woo, berjumpa dengan keluarga Kang tetapi ia tidak penting kepadanya.

" Ayah. Boleh saya bercakap dengan ayah untuk sementara? Privately? " Kata Jihyun pada ayahnya. Bapanya ikut saja apa yang Jihyun katakan.

" Kenapa ayah masih mahu jalankan lagi perkahwinan ini walaupun saya dah kata saya takkan terimanya? " Katanya kepada ayahnya. Ya, ia adalah kahwin yang diatur. Jihyun tidak mahu berkahwin dengan lelaki yang kini adalah musuhnya.

" Kamu hendak hampir 20, Jihyun. Ayah nak kamu adakan hubungan sebegini sebelum kamu akhiri waktu kamu di sekolah menengah. " Kata ayahnya. Mahu saja dia elak daripada pelan ini berjalan tetapi bagaimana? Dia tiada kawan yang boleh dibantunya.

Dia melihat sekeliling dan terjumpa seorang yang dia amatlah kenal hingga dia menunding jarinya pada orang itu.

" Dia ayah. " Katanya dan semua orang pandang mereka berdua.

" Dia adalah teman lelaki saya, ayah. " Kata Jihyun lagi, memberi impak yang mengejutkan kepada semua orang. Lagi-lagi orang yang Jihyun pilih itu.

" Kenapa kena aku?! " Kata Jihoon yang terlalu di posisinya yang sedang memegang dulang dalam tangannya.

• ☁ • ☁

+ new update. enjoy~

+ weii hari nie exam dan aq x study apa pon 😱

+ aku akan fail semua subjek nnti 😥

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now