2 ; angry

3.1K 285 19

🎈☁️🎈☁️

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🎈☁️🎈☁️

Loceng kedua bunyi di sekolah menandakan ia adalah waktu rehat. Jihyun mengemas tempatnya sebelum berlalu keluar dengan buku belajar dalam tangannya. Jihoon hendak mengikutnya tetapi dihenti oleh Woojin.

" Woi. Jangan kata kau nak ikut si Jihyun tu. Apa kata kau ikut aku dan kawan-kawan aku rehat sekali? " Pujuk Woojin untuk Jihoon tidak ikut Jihyun.

" Tak pa lah. Esok lah okay? Bye! " Jihoon terus berlari begitu saja dengan tinggal Woojin begitu. Woojin risau pada Jihoon. Kot-kot nanti si Jihyun tu tikam Jihoon sampai mati. Mana tau. Jihyun selalu bawa pen knife. Katanya just in case. 

Jihyun pergi ke tempat yang dia selalu pergi dan ia ialah di ceri pokok berbunga yang berada di belakang sekolah. Tempat tu mungkin bukan paling terbaik untuk semua tetapi ia terbaik untuk Jihyun kerana di sana, tiada sesiapa akan ke sana. Kalau di bumbung sekolah tu, lain cerita lah. Semua orang akan ke sana. 

Dia panjat pokok itu dan duduk di dahan pokok itu. Kalau duduk di bawahnya, mungkin orang akan tikamnya. Duduk atas dahan pokok adalah pilihan terbaiknya. Dia mula membaca buku yang dbawanya ke sana. 

Jihoon pula tercungap-cungap selepas berlari mencari ke mana Jihyun pergi. Akhirnya dia dapat jejaknya yang berjalan ke belakang sekolah. Jihoon terkejut akan ada pokok ceri yang berbunga segar di belakang sekolah. Mungkin Jihyun di sini, baca bukunya. Kata Jihoon dalam minda. 

Sebaik dia lihat, tiada sesiapa di sini. Dia keliru. Tapi, bukan dia datang sini kah tadi? Jihoon lihat merata tempat dan tiada kelibat Jihyun. JIhyun yang sedar kewujudan Jihoon dari tadi duduk diam sahaja. Sebaik Jihoon betul-betul bawah dahan pokok yang Jihyun duduk, dia terus serangan mengejut Jihoon dari atas dengan terus duduk atas badannya dan kepalanya dalam tangan Jihyun. Jihoon terus jerit kerana kejutan itu.

" Kenalkan diri kau sebelum kau mati. " Kata Jihyun dengan suara tegasnya. Dan pisau dalam tangannya, sedia untuk serang Jihoon.

" Park Jihoon! Budak baru. " Kata Jihoon. Jihyun melepaskan kepala Jihoon, menyimpan pisaunya ke dalam poketnya dan bangun dari Jihoon. Jihoon mengerang dengan kesakitan lepas saja Jihyun bangun darinya. Jihoon berdiri dan bersihkan dirinya. Jihoon betul-betul marah pada Jihyun manakala Jihyun cuma beri muka kosong saja, seperti biasa.

" Yah! Kau tau tak betapa sakitnya tadi. " Marah Jihoon pada Jihyun tapi Jihyun tidak kisan akan emosi Jihoon.

" Siapa suruh kau dekat dengan aku? Bukan kawan kau kata jauh dari aku.. " Kata Jihyun, selamba saja. JIhoon masih marah tentang tadi. 

" Kau nie memang something kan...kau nie macam tak ada emosi ja. Dengan muka blur tu dengan eye patch tu. Walaupun kau seorang yang sombong tapi ramai juga suka kat kau. Aku nak tau apa jadi pada mata kau hingga kau pakai eye patch tu. " Kata Jihoon. 

Banyak benda dia kata Jihyun tapi Jihyun setia dengan muka kosong saja. Mindanya tiada di sana sewaktu Jihoon berceramah depannya tetapi ia sedang memikirkan martial art apa dia nak masuk? Ayahnya nak tahu sangat apa dia masuk. Mungkin Taekwondo? Lama dah dia tak ber-Taekwondo.

Tetiba, loceng berbunyi dan Jihyun sedar dari realitinya. Dia kutip bukunya yang berada di tanah itu dan terus berjalan dengan Jihoon masih bercakap. 

" Yah! Woo Jihyun! " Jerit Jihoon sambil kejar Jihyun. Jihyun tidak peduli apa dia nak kata pada Jihyun. Apa yang dia tahu, dia hendak ke kelas sebelum terlambat. Dia tak nak terlepas kelas English Literature

" Yah, aku tak habis cakap pada kau dan kau terus jalan macam tu ja. Mak bapa kau tak ajar adab ka apa? " Marah Jihoon pada Jihyun yang muka blur itu. Jihoon marah Jihyun di depan kelas mereka dengan ramai pelajar yang tadi telah masuk kelas kini mengelilingi mereka berdua. Jihyun masih tekun dengan muka kosong itu. 

Jihyun hampir tidak tahan dengan perangai budak baru itu dan terus tutup mulutnya dengan tangannya sendiri. Jihoon terkejut dengan aksi Jihyun si muka blur itu.

" Diam kalau kau nak hidup. " Kata Jihyun dengan tegas seperti hendak bunuh orang. Yang lain semua terkejut dengan apa Jihyun katakan. Ia pertama kali dia ber-amaran dengan sesiapa.

Jihoon hendak bercakap lagi tapi Woojin menahannya dengan berbisik padanya jangan buat kalau kau nak hidup. Jihoon pandang Jihyun dengan muka marah padanya dan terus masuk kelas dengan perasaan yang membara dalamnya. 

Semua pelajar masuk ke kelas mereka masing-masing dan juga Jihyun. Dia duduk di tempatnya dan seperti biasa, berlakon seperti tiada apa-apa berlaku. Mahu saja Jihoon mengetuk kepala budak itu kalau berpeluang.

  🎈☁️🎈☁️  

+ new update! enjoy~

+ aku dah tak tau nak kata apa dah 😅😅😅

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now