1 ; new student

4.3K 365 35

🌸 • 🌸 •

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

🌸 • 🌸 •

Loceng berbunyi menandakan masa untuk bangun. Woo Jihyun terjaga dari mimpinya lalu menendang loceng itu hingga ke siling dan terhempas ke lantai. Rosak terus jam itu. Sebab tu lah dia ada banyak-banyak jam loceng.

Jihyun terus bangun dari katilnya dan terus memasuki tandas untuk membersihkan diri ke sekolah. Selepas sepuluh minit kemudian, dia keluar dari tandas dengan tuala terikat pada dadanya.

Dia membuka almari bajunya dan ambil uniform sekolahnya yang berwarna kuning itu. ( yeah, dia sekolah SOPA ) Kemudian, dia memakai uniform itu dan duduk di meja make-up dengan tiada ekspresi muka. Mata kirinya yang kesakitan itu ditutup dengan eye patch yang berwarna putih. Dia membetulkan rambutnya sebelum keluar dari biliknya dengan beg sekolahnya digalas ke belakang.

Sebaik dia turun bawah ke ruang makan, terlihat ibu, ayah dan adik Jihyun. Lalu dia duduk bersama mereka untuk bersarapan. Jihyun yang patut akan ibubapanya, mengucap selamat pagi kepada mereka.

" Kamu tidur dengan lena semalam, Jihyun? " Jihyun angguk kepada soalan ibunya dengan tiada ekspresi muka.

" Kamu dah pilih seni mempertahankan diri mana kamu mahu? " Tanya bapanya dengan tegas.

" Saya belum pilih lagi, ayah. Saya masih memikirkannya. " Jawab Jihyun dengan tenang sambil makan sarapannya​.

" Kenapa noona tak pilih lagi? Kalau tak lagi, noona ambil Judo macam Jinyoung. " Kata adiknya yang bernama Woo Jinyoung.

" Jinyoung, jangan macam tu. Ayah tahu kamu dah jadi juara, tiada makna kamu boleh dapat segalanya. Dah makan sarapan kamu. " Kata ayahnya dengan tegas pada adiknya. Jinyoung patuhinya.

Selepas Jihyun habis makan, pinggan dibawa ke dapur dan letak di sinki untuk pembantu rumah cuci pinggan itu. Sebaik Jihyun berada di pintu rumah, pemandu kereta Jihyun siap sedia untuk bawa Jihyun ke sekolah.

" Jihyun, sayang. " Sebelum Jihyun keluar, ibunya panggil. Jihyun pusing dan terus dipeluk oleh ibunya. Jihyun balas pelukan ibunya.

" Baik-baik di sekolah yea, sayang. " Kata ibunya sambil mencium kepala anaknya itu. Mereka melepaskan pelukan itu dan Jihyun masuk ke dalam keretanya.

Beginilah kehidupannya selama 19 tahunnya. Mesti patuhi ibubapanya tidak kira apa jua pun. Sejak umur 5 tahun lagi, ayahnya telah mengajar segalanya padanya untuk mempertahankan diri. Tidak pernah Jihyun tidak mematuhi arahan ayahnya ataupun sesiapa pun. Dia seorang yang sopan dan patuhi arahan orang. Tetapi di sekolah, lain ceritanya.

" Saya akan datang apabila Master dah keluar sekolah. " Kata pemandu keretanya padanya dan Jihyun keluar dari kereta itu. Kereta itu berlalu pergi. Semua pelajar sekeliling mengelilingi Jihyun seperti dia seorang selebriti tetapi Jihyun masih tegas dengan tiada ekspresi muka.

" Woah. Tengoklah Jihyun sunbae. Dia nampak cool sangat. "

" Gila-gila lah Jihyun. Bukan setakat kaya ja tapi bahaya juga. "

" Walaupun dia pakai eye patch tu, dia tetap nampak cantik. Jihyun noona daebak! "

Ramai lagi mengata kata-kata pada Jihyun sehinggalah dia sampai ke kelasnya. Di kelas juga, ramai berkata-kata padanya tetapi dia tidak peduli akan kata-kata itu. Tujuannya datang ke sekolah adalah belajar dan itulah dia akan tekun dalam sewaktu di sekolah. Bukan gosip-gosip yang tidak berfaedah itu.

Sebaik saja dia duduk pada tempatnya, dia keluarkan bukunya dan mula belajar sementara kelas akan dimulakan. Kata-kata masih didengar tetapi Jihyun tekun akan pelajarannya.

" Jihyun. " Kata seorang pelajar dan pelajar itu menyentuh bahu Jihyun. Jihyun beraksi pantas dengan menarik tangan pelajar itu dari bahunya dan lempar pelajar itu jatuh ke lantai. Pelajar itu tidak pengsan tetapi terus merasa kesakitan itu. Jihyun masih dengan muka kosongnya.

Ramai pelajar pergi menolong pelajar yang Jihyun serang tadi. Jihyun duduk pada tempatnya seperti tiada apa-apa berlaku. Ada sesetengah kata ia hebat dan ada sesetengah kata ia bahaya. Loceng sekolah berbunyi dan pelajar semua memasuki ke kelas mereka masing-masing.

Sebaik guru kelas Jihyun masuk, terdengar pelbagai bisikkan. Jihyun tidak mengambil peduli siapa di depan dan terus sambung belajar.

" Baiklah kelas. Kita ada pelajar baru hari ini. Sila kenalkan diri kamu. " Kata guru kelas pada pelajar baru itu.

" Annyeonghaseyo. Saya Park Jihoon. Harap kita dapat berkawan. " Katanya sambil senyum lebar pada mereka yang mampu membuat semua pelajar perempuan terpikat padanya.

" Baiklah, Jihoon. Kamu duduk di tempat kosong kat belakang itu. " Kata guru kelas, menunding jarinya pada meja kosong sebelah Park Woojin. Mereka berdua ucap hai kepada sesama sendiri.

" Boleh aku tanya sesuatu? " Kata Jihoon pada Woojin.

" Sure. "

" Siapa perempuan yang pakai eye patch tu? " Kata Jihoon menunding jarinya pada Jihyun yang tekun belajar itu.

" Oh. Dia. Kau jangan dekat dengan dia. "

" Kenapa pula? " Tanya Jihoon lagi.

" Dia Woo Jihyun. Sekali kau sentuh dia, dia akan attack kau. Muka ja cantik tetapi bahaya. Keluarga dia semua pandai martial art. " jawab Woojin dan Jihoon membulat mulutnya.

" Mungkin dia tak seteruk tu. Nanti aku tegur dia. "

" Woi kau gilakah..kau nak masuk hospital awal ka sebelum kau mati? " Kata Woojin. Tidak kira apa jua, Jihoon mahukan perhatian Jihyun padanya​.

• 🌸 • 🌸

+ bab 1 published! huh! siap aku bubuh gif lagi. 

+ apa-apa gif aku bubuh adalah credits kepada owner dan semua gif akan random. pd101, anime, cartoon dan sebagainya.

dangerous . ᵖʲʰWhere stories live. Discover now