NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

BAB 11

25 1 0

Lain yang diangankan, lain pula yang berlaku. Bertambah stress aku dibuatnya. Sebelum ni stress kerana terpaksa memendam perasaan. Tapi kali ni stress kerana terpaksa membuat pilihan. Antara Azryll dan Jasley... Semalam, Jasley meluahkan keinginannya untuk jadikan aku kekasihnya. Terkejut beruk aku dengan 'keinginannya' yang tiba-tiba itu. Kenal baru sebulan takkan dah ada hati kat aku? Kekasih dia yang tengah krisis tu nak letak mana?

Tapi aku tak reti nak menolak. Takut penolakan itu akan melukakan hatinya. Lalu aku minta tempoh dari dia. Konon aku nak fikir dulu. Padahal, aku memang tak nak terima pun. Hati aku dah dikunci insan lain.

Dah tentu aku pilih Azryll. Dia cinta pertamaku walaupun aku bukan cinta pertamanya. Dan mungkin aku ni tak pernah pun dicintainya.

Ke kuliah pagi itu, Jasley sekadar melemparkan senyuman. Mungkin marah sebab aku nak pertimbangkan dulu pelawaannya itu.

Lain pulak perangai Azryll. Bukan main dia dan Suraya rancak berborak. Aku pasang telinga. Mereka keluar semalam. Tengok wayang! Beauty and The Beast! Kenapa mereka tak ajak aku? Mereka nak sisihkan aku ke? Rasa nak nangis tiba-tiba...

Kalau mereka ajak aku, dah tentu aku ada alasan nak tolak pelawaan Jasley semalam.

"Kenapa korang tak ajak aku?" aku buat muka sedih. Memang aku sedih pun.

"Bukan tak nak ajak, kau kan bukan kaki wayang." Balas Suraya.

Ye, aku bukan kaki wayang. Tapi kalau sekali-sekala, apa salahnya. Sampai hati Suraya tolak aku ke tepi. Lagipun, kalau Azryll yang ajak, dah tentu aku takkan tolak. Dia kan secret admirer ku. Alahai... Suraya, kau dah tolak peluang aku nak dekati Azryll.

Sudahnya, aku terpaksa memendam perasaan menyesal dan kecewa bila dengar dia orang rancak bercerita. Baik duduk diam, buka laptop, buat apa yang patut.

Jasley sesekali menjeling ke arahku. Ni pun satu masalah jugak. Dia pandai baca perasaanku. Walaupun aku berlagak normal dia tetap tahu yang hatiku remuk-redam.

"Ika!" Panggil Suraya, sengih-sengih.

"Apa?" Pelik aku bila Suraya sengih-sengih. Lepas pandang aku dia pandang Jasley.

"Kau pergi mana ek semalam..." Suraya memerangkap aku dengan pertanyaannya.

Habislah kalau Suraya nampak aku keluar 'dating' dengan Jasley. Sempat aku curi pandang wajah Azryll. Dia tengah pegang handset, khusyuk berwhatsapp aku agak. Harap dia tak pasangan telinga.

Aku kerut dahi. Kening aku dah hampir bertaut. Janganlah Suraya nampak! Janganlah dia sampai bagitahu Azryll. Habis peluang aku nanti.

"Kau keluar dengan budak kelas ni ye..." Suraya senyum-senyum, menambah kuat debaran di hati ini dengan kelakuannya itu.

Azryll terus berhenti menaip, lalu memandang aku dan kemudian Suraya. Keningnya terangkat. Dia nampaknya turut berminat dengan gosip yang sengaja dicipta Suraya (gosipla sangat, padahal memang betul pun. Padan muka kau Ika.)

Aku telan air liur. Suraya nampak aku dan Jasley di restoran ke? Azryll nampak tak?

"Kau dengan..."

Belum sempat Suraya menghabiskan bicara, lecturer Puan Jasmeen melangkah masuk.

Selamat!

.

.

Untuk sementara waktu....


Mawar Cinta 2017Read this story for FREE!