Bab 1

6.2K 112 11

Kruk, krak, kruk, krak...

Berdetap-detup bunyi tulang jari-jemari yang dipatahkan. Mami selalu bising tak elok buat begitu tapi dia memang suka. Yang selalu mami bisinglah yang dia suka buat. Bukannya nak jadi anak derhaka tapi telinga dia macam suka dengar mami membebel. Nak cakap irama merdu; tak adalah merdu mana pun. Cuma dia rasa boleh merapatkan hubungan anak beranak. Pelik tapi benar! Hahaha...

Kepala digoyangkan ke kiri dan ke kanan umpama senaman ringan di sekolah. Kemudian diikuti pula dengan regangan di bahu dan jari-jemari diregangkan semula. Terasa otot-otot di badan longgar umpama mahu bersedia dengan acara lumba lari sukan tahunan.

Jam di dinding jelas menunjukkan pukul 3.30 pagi dan dia masih berjaga di hadapan tiga buah komputer riba.   

Ting!

Sepantas kilat notifikasi Instagram daripada akaun jenama tudung yang sangat popular di Malaysia sudah jelas tertera di hadapan iPhonenya. Pantas skrin telefon pintar disentuh. Senyuman segarit ditarik. It's battle time, everybodeh!

Jari-jemari ligat melarikan dan menekan-nekan tetikus. Jika untuk sebuah komputer masih dikira normal tetapi Fitri Syafia melakukannya untuk ketiga-tiga buah komputer! Jika dilihat dari arah belakang dia kelihatan seperti game addict.

Tips 1 daripada Personal Shopper Piya a.k.a PS Piya; kena bijak dalam time management. 

Bak kata lecturer subjek finance dia dulu; time is money. 

Dua ulas bibir kecil itu menarik senyum lebar. Stok shawl limited edition jenama yang tersangat popular di Malaysia ini sudah jelas terpampang di skrin laptop. Pelbagai warna yang pastinya memukau pandangan mata. Cumanya mata akan membulat melihat harga yang tertera. Yalah, dah nama pun limited edition! Sewaktu kelas basic accounting dahulu; dia diajar bahawa hanya hartanah tidak akan mempunyai susut nilai. Rasa-rasanya selepas ini dia boleh berkongsi dengan Madam Kwan yang produk jenama dUck ini boleh menjadi exception note untuk accounting theory. Yalah, jika dijual sebagai pre-loved pun harganya boleh melebihi harga asal. Unik kan?

Sambil jari menggerakkan tetikus, sambil itu juga anak mata menjeling list order daripada para pelanggan setianya. Dengan kredibiliti PS Piya; insya-ALLAH para pelanggan akan berpuas hati. 'Market share' dia sebagai personal shopper serba boleh juga meningkat naik kerana dia sangat dikenali ramai di laman sosial. Sebab itulah tagline dia; "always at your service". Disebabkan tagline dia jugaklah si adik lelaki tergelak-gelak sampai terjatuh daripada katil. Over!

"Alhamdulillah.... Rezeki!" Tersenyum-senyum dia di tengah malam melihatkan pengesahan order yang dibuat. Terus jari menekan butang screen shot dan dikongsikan kepada para pelanggan di dalam group WhatsApp yang tentunya sedang diulit mimpi.

"Fitri Syafia!" Suara nyaring yang menyebut namanya membuatkan darahnya terasa kering seketika.

Nasib baiklah bulan Ramadan. Kalau bulan lain; mesti dia ingat langsuir mengilaikan nama dia.

"Anak dara bertuah! Orang pukul 4 pagi ni bangun untuk qiam. Ini tidak; tak habis-habis menghadap benda alah tu." Puan Lina sudah mula membebel. Siap dengan pakej bercekak pinggang di hadapan muka pintu bilik lagi.

"Mami; benda alah ni namanya laptop." Fitri tarik sengih lawa. Telinga dia ni dah macam alah bisa tegal biasa dengan bebelan mami. Rasanya memang betul membebel itu tanda sayang.

"Fitri; kalaulah kebolehan hang untuk pastikan customer ramai-ramai tu dapat barang yang depa nak beli tu digunakan betul-betul untuk diri hang. Kan baguih!"

"Mami; Fit ni personal shopper tau. Bukannya kaki shopping. Lain sangat tu." Balas Fitri sambil mematikan ketiga-tiga komputer riba.

"Yalah tu."

Raya = Aidil + Fitri! (Adaptasi ke Drama Mulai 14 Mei 2018, Astro Oasis 9 mlm)Read this story for FREE!