"Lagipun cikgu tu kan pernah ajak kita teman dia jalan-jalan dekat Aeon. Siap belanja tengok wayang lagi." kata Nisa pula.

Aku dan Wawa mengiyakan sahaja kata-kata mereka.

"Ikin,kau dah bersedia ke nak mendeklamasikan sajak untuk hari guru esok?" soalku.

"Alhamdulilah, setakat ni aku rasa dah bersedia!" jawab Ikin dengan penuh yakin.

"Tapi kan..."sambungnya.

"Tapi apa?" soalku laju.

"Tadi yakin sangat? Ni ada tapi pulak ? " kata Nisa.

Kami menantikan sambungan ayat daripada Ikin.

"Tapi aku afa masalah sikit... Kau gantikan aku ya,Sha. Boleh tak?" soal Ikin sambil membuat muka minta simpati.

Aku terjeda seketika.

Aku kena ganti kalau dia tak ada?
Impossible! Aku tak akan berdiri atas pentas dihadapan khayalak ramai! Kalau tiba-tiba lupa ayat dalam sajak?
Gementar atas pentas? Suara sangkut-sangkut? Macam mana? Tak boleh, tak boleh! Aku takut kalau disebabkan aku tak boleh teruskan, rosak majlis hari guru tu nanti !!!!!

"Sha!Sha!Shaaa!!!" jerit Nisa sambil memetik jari dihadapan mataku.

Aku kembali sedar di alam nyata.

"Apa?" soalku.

"Ikin tanya boleh ke tak kau ganti tempat dia? Yang kau mengelamun lepastu geleng-geleng kepala apahal?" soal Wawa.

"Ouh..." balasku selepas mendengar penjelasan daripada Wawa.

"Jawablah!" teriak mereka.

"Kau ni blur lah Sha,"sampuk Ikin pula.

"Ermm, aku takutlah."balasku ringkas dan tertunduk.

"Mula dah perasaan takut dia tu datang, " kata Wawa.

"Umur dah 14 tahun pun, sifat penakut kau tu mengalahkan budak kecil tahu." kata Nisa.

"Perasaan takut aku ni memang dari kecil, ok? Sifat semula jadi,tahu ?" kataku ingin membela diri.

"Boleh ke tak ni? " soal Ikin inginkan kepastian.

"Ermmm...."

"Kau tak kesiankan kat aku ke, Sha? Mak aku kan sakit, pagi-pagi adik aku pergi sekolah. Harapkan aku jelah yang jaga. Bila aku pergi sekolah petang, adik-adik aku pulak yang tolong jaga." kata Ikin.

Aku berasa tersentuh pula dengan kata-katanya. Begitu juga yang lain.

"Ok, aku faham. Tapi tak kan tak ada orang lain yang boleh ganti , selain daripada aku? " soalku lagi.

"Sha, kau dengan Ikin kan selalu menyertai pertandingan sajak? Ikin biasa dapat tenpat pertama, kau pulak tempat kedua! Jadi kau lah yang sesuai untuk digantikan. Faham ?  " bebel Nisa panjang.

Ikin dan Wawa mentertawakan aku kerana dibebel oleh Nisa.

Aku masih memikirkan...

Mereka bertiga membuat reaksi muka meminta simpati.

"Hmmm, aku setuju gantikan tempat kau. " kataku.

"Akhirnya! Kau setuju jugak!" teriak Wawa sambil menepuk bahuku.

Dia orang ni, gembira sangat kenapa?

"Nanti aku cakap kat Cikgu Rafidah yang kau ganti tempat aku," kata Ikin.

Aku sekadar tersenyum dan mengiyakan katanya.

                               ❤

Kringgg!!!!

Bunyi loceng menandakan rehat pelajar tingkatan satu sudah pun tamat.

Seperti biasa, aku dan kawan-kawanku meminta izin keluar awal untuk rehat pengawas.

Aku melangkah ke kantin bersama Wawa dan Ikin, rakan setugasku.

Di kantin, mereka membeli minuman dan makanan untuk mengisi perut.

Setelah itu, kami duduk di meja yang menjadi pilihan.

"Kau tak makan lagi ke Sha? " soal Ikin.

Aku menggeleng-gelengkan kepala dan tersenyum.

"Ikin, dia ni kan ada penyakit ' Anoreksia Nervosa ', benci pada makanan. " kata Wawa lalu memasukkan nugget ke dalam mulut.

"Mulut kau jaga sikit! Aku makan makanan masakan mama aku je, lagipun dah kenyang minum air 'chia seeds'." balasku.

"Eleh, aku..tau..kau..d..iet..an ?" kata Wawa dengan mulut yang mempunyai nugget. Sungguh tidak senonoh perangai kawannya itu.

"Kalau ya pun nak cakap, habiskan makanan dalam mulut tu dulu." nasihat Ikin yang sudah menghabiskan makanannya.

"Tak payah diet sangatlah Sha, kau tu dah kurus aku tengok. Dah lah kurus, tinggi pulak tu. Macam model aku tengok," kata Ikin.

"Ya ke? " soalku ragu dengan kata-katanya.

"Ya lah sayang, " jawab Ikin dan tersenyum.

"Eeei, apa korang dua ni? Sayang bagai, " kata Wawa dengan nada sedikit kuat yang membolehkan segelintir pengawas mendengar.

"Cakap tu tak boleh kuat lagi ke? " perliku.

"Dia jealous lah tu, sebab aku tak panggil dia sayang." kata Ikin dan menghamburkan tawanya.

"Please lah, tak ingin aku dipanggil 'sayang', " kata Wawa dan membuat muka geli dengan panggilan itu.

Kami mula melangkah pergi dari kantin dan menuju ke koperasi sekolah. Sebenarnya, kami bertiga merupakan pengawas koperasi bukan pengawas sekolah pun.

Sementara menunggu lima minit lagi untuk membuka koperasi, kami memperkemaskan sedikit barang di dalam koperasi sambil berbual-bual.

"Ikin !" panggil Wawa.

"Apa?" soal Ikin sambil memperkemaskan bahagian rak biskut.

"Kau cakap Sha tinggi macam model kan tadi? " soal Wawa.

"Haah, kenapa kau tiba-tiba tanya?" soal Ikin pula.

Aku hanya menjadi pendengar, malas pula hendak menyampuk.

"Kau ingat tak..." kata Wawa membiarkan ayatnya tergantung lalu memandang ke arahku.

Aku membalas pandangan dia dan menjongketkan sebelah keningku.

"Ingat apa?" soal Ikin pelik melihat pandangan antara Wawa dan Sharmima.

"Kau ingat tak tahun lepas, Sha ada cerita ' Senior.K ' cakap dia tinggi macam galah." kata Wawa.

"Senior K ? Cakap Sha tinggi macam galah? Jap, aku ingat balik." Ikin cuba mengingatkan cerita itu.

"Oh ya, dah ingat ! Tapi sampai sekarang aku tak tahu siapa 'Senior K' tu? Kau tahu tak Wawa?" soal Ikin.

"Aku pun tak tahu, sebab Sha bagi dia gelaran 'Senior K' jadi tak tahu nama sebenar," balas Wawa.

Mereka berdua memandang ke arahku dan menginginkan jawapan.

Arggh! Kenapalah cakap pasal mamat tu pulak ? Aku dah lupa lepas bangun tidur pagi tadi ! Tiba-tiba dia orang sebut pulak ! Senior K tu maksudnya Senior Kerek !

"Siapa dia?" soal mereka dan serentak itu loceng rehat tingkatan dua kedengaran.

"Dah loceng, nanti je lah aku bagitahu. " kataku.

Fuhh, selamat !

"Ingat, kau hutang cerita tu dengan kita orang tau, " kata Ikin.

"Ya lah," balasku.

Aduh!!! Kenapalah mamat tu muncul balik dalam fikiran aku! Alamak, esok kena datang sesi pagi ? Harap mamat tu tak datang !!! Aamiinn !!!

Perbualan mereka terhenti, dan mereka mula melayan karenah para pembeli.

Aduhai, Senior Kerek !Where stories live. Discover now