Caramel Macchiato

Start from the beginning
                                    

"Jangan dekat!" sambil menggerakkan badannya ke belakang sebagai mesej "kalau-kau-dekat-aku-terjun."

"Okay," kataku, masih lagi dengan posisi tangan yang sama, "okay, sis, rilek. Aku bukan datang sini nak selamatkan kau or anything. Okay?"

Matanya dikecilkan sedikit, wajahnya kelihatan kaget dengan apa yang baru aku cakap. Matanya masih lagi merenung aku, mungkin masih menunggu penjelasan. Namun gerak badannya tidak lagi menunjukkan mesej "kalau-kau-dekat-aku-terjun". Dan aku anggap itu sebagai sesuatu yang bagus.

Aku menurunkan semula kedua tanganku. Kami bertentang mata sekitar 5 saat. "Okay, kau stay je kat situ. Aku duduk sebelah tu," aku memulakan bicara, sambil jari telunjuk aku ditunding pada satu arah.

"Okay?" soalku lagi.

"Okay." Balasku sendiri apabila dia kelihatannya tidak mahu beri apa-apa respon.

Perlahan-lahan aku berjalan menuju ke arah palang, kemudian dengan bantuan kedua tangan, aku menarik badanku ke atas. Perlahan-lahan aku duduk, sambil melihat ke bawah buat beberapa saat. Kemudian aku alihkan pandangan aku ke hadapan semula. Kemudian aku menoleh ke arah gadis tadi. Mata kami bertentang beberapa saat sebelum kami mengalihkan semula pandangan secara serentak.

Aku dapat lihat matanya yang letih. Yang sembam akibat tangis. Dan itu sedikit sebanyak melahirkan rasa simpati. Aku menyeluk poket seluar, kemudian aku keluarkan sebatang rokok dan ketipnya pada bibir. Seperti biasanya, sedutan pertama aku akan tarik dalam-dalam. Kemudian hembus. Kemudian aku tarik separuh sebatang lagi dari kotak, dan tawarkan kepadanya dengan tangan kanan.

"You smoke?" soal aku.

Dia menoleh aku lemah, kemudian melihat kotak rokok yang aku hulur. Sekitar 3 saat dia sekadar membungkam, namun setelah itu tangannya mencapai batang rokok yang aku keluarkan separuh tadi.

"Sure." katanya.

"Lighter?" soal aku, cuba menghulurkan pemetik api.

"Takpe, I ada." balasnya.

Aku angguk dan simpan semula rokok dan pemetik api di dalam poket dan kemudian toleh semula ke arah hadapan.

Hampir separuh rokok aku hisap. Dan kami berdua masih lagi senyap. Hanya sesekali terdengar bunyi hembusan nafas kami bercampur dengan kepulan asap nikotin. Habis saja rokok, aku mengeluarkan henfon dari poket seluar. Aplikasi Joox aku buka, dan aku pilih satu lagu.

"All I Want." Gadis itu bersuara.

Aku tersentak.

"You listen to Kodaline?" soal aku, sedikit tersenyum.

"My all time favorite." balasnya.

"Wait, seriously?" soal aku, dan senyuman aku semakin lebar. Jarang aku jumpa sesiapa yang tahu band Kodaline.

Dia mengangguk, juga tersenyum. Dan aku tidak tipu, aku rasa itu adalah senyuman paling manis yang pernah aku lihat. Kami berdua kembali memandang hadapan, dan aku kuatkan sedikit volum henfon. Sesekali aku menjeling ke arahnya. Aku lihat dia sedang tersenyum, juga pada masa yang sama matanya terlihat sayu. Setitis airmatanya mengalir. Entah kenapa, melihat tangisannya membuat aku sakit.

"So, what is your story?" soal aku.

Dia menoleh. Airmatanya mula berjurai. Dan aku terpaksa alihkan pandangan aku kerana aku tidak sanggup untuk melihat. Ia membuat aku rasa pedih. Mungkin tidak mustahil untuk kita memahami sakit dan perit orang lain tanpa perlu berkata-kata. Mungkin.

Aku tunggu lagi 5 saat, dan tangisannya masih lagi tidak berhenti. Jadi aku ambil keputusan untuk duduk rapat di sebelahnya. Gadis itu tidak berganjak. Jadi aku angkat tangan kananku letakkan di belakang badannya, kemudian usap bahunya perlahan-lahan.

Caramel MacchiatoWhere stories live. Discover now