Mereka berlima menaiki Kombi mereka menuju ke Sungai Ramal, Kajang untuk menghadiri majlis kenduri kesyukuran ayah Radhi pergi ke haji.

Adli buka kaset Dewa Cintailah Cinta dengan tangan sebelah kanan rilek pegang rokok keluar tangan kat cermin tingkap. Muka dia tenang sebab dia baru balun butterscotch cookies.

Edry pula sedang main fidget spinner untuk menajamkan fokusnya, Kamelia duduk di sebelah Adli, sambil membaca buku novel Tere Liye - Bulan.

Eleena dan Nizam sedang main sep sep sep tom tom tom.

"Di malam yang sepi pi pi.."

"Pak Mat jual topi pi pi.."

"Topinya koyak yak yak.."

"Pak Mat jual tempoyak yak yak.."

"Tempoyaknya basi si si.."

"Pak Mat jual nasi si si.."

"Bodoh, tempoyak basi, buang la. Apahal nak jual nasi?" Adli terpinga-pinga.

"Nasinya enak nak nak.."

"Pak Mat jual anak nak nak.."

"Astaga, macam mana Melayu nak maju kalau macam ni? Dah nasi kau enak, jual la nasi, apa bangsat kau jual anak ni, setan?" Adli terus tak boleh blah.

"Diam la Li, aku nak ajar Eleena permainan kanak-kanak ni," kata Nizam.
"Lame gila zaman kanak-kanak kau. Aku zaman kanak-kanak aku, aku dah buat senapang kayu nak tembak cicak," kata Adli.

"Anaknya hilang lang lang.."

"Pak Mat jual gelang lang lang.."

"Bangang. Anak hilang pergi la report polis. Apa jual gelang? Kau ingat kau AC Mizal ke jual gelang magnet tu?" Adli sekali lagi tegur.

Kamelia tergelak tengok reaksi Adli dengar lagu kanak-kanak Melayu.

"Gelangnya patah tah tah.."

"Pak Mat jual getah tah tah.."

"Getahnya putus tus tus..."

"Pak Mat terus mampus pus pus!"

"Aku rasa Pak Mat ni bangang gila. Nasi enak pergi jual anak, tempoyak basi bukannya nak buang, ni, getah putus, terus mampus? At least mampus la benda yang radikal sikit, weh Kam, bak SmartTag!"

Kamelia terkorek-korek begnya yang tersimpan SmartTag Adli.

Te-neeet.

"Kimak la, nasib baik lepas. Tinggal dua ringgit je rupanya."

"Weh Kam?"

"Hmm."

"Zaman kanak-kanak kau buat apa?"

Kamelia diam lama, cuba mengorek memori lama.

"Zaman aku kanak-kanak, mak aku baru meninggal. Jadi, aku tak banyak main. Aku belajar masak, belajar bertukang, belajar kemas rumah. Ye lah, kalau abah aku keluar, aku lah kena jaga rumah," kata Kamelia.

"Kau kat Petaling Jaya tu takde kawan ke? Selain si puaka Sarah tu?"

"Ada lah. Tapi aku ni jenis tak suka berkawan sangat masa kecik."

Adli mengangguk tanda faham.

"Tapi takkan takde mainan langsung?"

"Ada. Berus cat arwah mak aku."

"Tu bukan mainan."

"Macam tu, aku takde mainan."

"Kesiannya kau ni."

Rumah No. 6Read this story for FREE!