Selepas makan tengahari , Sarah bersiap-siap untuk pulang ke kl . Perasaan sayu untuk meninggalkan mak dan ayahnya telah terasa . Sarah telah meninggalkan sedikit pakaian di kampungnya untuk dipakai bila ada emergency secara tiba-tiba .
" awalnya Sarah balik , tunggulah sehari dua lagi " kata Mak Cik Yah . " em sorry mak , Sarah takleh lama-lama dekat kampung . Nanti bos Sarah marah " kata Sarah sambil memegang tangan maknya . " ayah mana mak ? " tanya Sarah lagi . " ayah dalam bilik " jawab Mak Cik Yah . Sarah hanya menunggu Pak Mat sementara kereta sudah dipanaskan .
Pak Mat keluar dari bilik dengan satu bungkusan hitam ditangannya . " Sarah , ni ada buah mangga sikit dari PakCu . Dia tahu Sarah suka mangga , jadi dia bagi lah sikit buah mangga ni untuk Sarah " kata Pak Mat sambil menghulur bungkusan itu kepada Sarah . " lahh yeke , cakap terima kasih ye dekat PakCu " kata Sarah . Sempat juga Mak Cik Yah mengalirkan airmata perpisahan . Sarah hanya mampu memujuk maknya dan dipeluk erat maknya . Sarah memang takboleh tambah cuti lagi kerana bosnya telah menelefon pagi tadi , katanya ada hal mustahak .
" Sarah pergi dulu ya , assalamualaikum " kata Sarah sambil menuruni anak tangga . " okay , waalaikumsalam " serentak Pak Mat dan Mak Cik Yah menjawab . Mak Cik Yah hanya melambai tangan dari jauh , terasa sunyi apabila anak tunggalnya terpaksa meninggalkan mereka . Sarah seorang Fashion Designer yang terkemuka , tak mungkin dia boleh ambil cuti sesuka hati .
Sarah telah meninggalkan simpang rumahnya , sedih juga hendak tinggalkan mereka . Namun apakan daya , dia baru sahaja berjaya dalam kerjayanya . Menjadi Fashion Designer adalah cita-citanya sejak dari sekolah menengah lagi ketika Sarah berumur 16 tahun . Dia ingin menjadi designer kerana ketika itu dia mengambil aliran Sains Rumah Tangga . Tidak lain tidak bukan , Cikgu Aini telah mengajarnya cara melukis baju dengan betul . Dari sejak itu Sarah sudah meminati kerjaya ini . Walaupun Sarah sudah lama minat , namun tiada siapa pun yang menyokongnya kecuali kawan baiknya Nina . Nina telah banyak membantunya melukis pakaian wanita dan perlbagai lagi .
" dah otw balik kl ke ? " - Ani . What's up dari Ani telah mengejutkan Sarah yang sedang membawa kereta Alza . " yup baru je " - Sarah . Balas Sarah .
Sarah meneruskan perjalananya yang mengambil masa selama 6 hingga 8 jam . Sarah sempat berhenti sekejap untuk mengisi minyak keretanya di salah sebuah Petronas yang berdekatan . Selepas selesai mengisi minyak , Sarah meneruskan perjalanannya tanpa berlengah . Risau takut terlalu penat dan terlajak tidur pagi besok .
Ketika Sarah keluar dari sebuah simpang .... booomm booommm !!!
Tetttt tetttt bunyi mesin di hospital berdekat dengan katil Sarah . Sarah sudah mula sesak nafas . " abang , anak kita bang " kata Mak Cik Yah sambil memegang tangan suaminya . " doktor ! Doktor ! " jerit Pak Mat . Beberapa doktor telah masuk ke dalam wad dimana Sarah ditempatkan . Mak Cik Yah dan Pak Mat disuruh keluar sementara doktor-doktor merawat Sarah .
Setelah selesai Sarah dirawat , Mak Cik Yah dan Pak Mat dibenarkan merawat Sarah semula . Doktor telah memberitahu mereka bahawa Sarah telah sedar . Tanpa Sarah sedar , dia telah seminggu koma selepas kemalangan ketika pulang dari pengambilan keputusan spm . Jadi selama ini dia bermimpi dari koma ? Menjadi Fashion Designer yang terkemuka adalah mimpinya dari koma yang mengambil masa selama seminggu ?
" Sarah ! Ni mak dan ayah ada " kata Mak Cik Yah sambil menangis begitu juga dengan Pak Mat yang turut menangis apabila anaknya telah sedarkan diri . Mereka bersyukur kerana Sarah telah sedar . " mak .. ayah .. " panggil Sarah dengan perlahan . Mukanya yang amat pucat itu telah memperlihatkan seperti mayat hidup . " Sarah dekat mana ni ? " tanya Sarah lagi . " Sarah ada dekat Hospital Selayang nak , dah seminggu lebih Sarah tidak sedarkan diri dari koma " kata Mak Cik Yah . Sarah hanya terdiam , baru dia sedar dia hanya bermimpi menjadi seorang Fashion Designer yang terkemuka ! Jadi siapakah Adie ? Hanya watak dalam mimpi aku ? Sarah begitu sedih apabila tahu itu semua hanya mimpi .
" mak , Adie mana ? " tanya Sarah walaupun dia tahu Adie hanya watak dalam mimpinya sahaja . " Adie ? Siapa Adie ? " tanya Mak Cik Yah dengan penuh kehairanan . Setahu dia , Sarah tidak mempunya kawan yang bernama Adie . " emm takda sapa lah mak " jawab Sarah dengan penuh perasaan kecewa . " mak ! Mak ! Kaki Sarah mana ?! " jerit Sarah . Mak Cik Yah hanya menangis teresak-esak sambil menenangkan anaknya . Sarah hanya menjerit dan meraung kerana sudah sedar dia telah kehilangan kedua-dua kakinya . " kaki Sarah mana mak ! Ayah kaki Sarah ayah " jerit Sarah sambil menggelepar . Pak Mat terkaku , hanya terdiam dan menangis .
Pada hari itu , segala cita-cita Sarah telah musnah . Walaupun dia mendapat keputusan yang cemerlang dalam spm tetapi tetap dianggapnya segala telah musnah ! Telah hancur ! Impiannya untuk menjadi seorang Fashion Designer telah berhenti disitu . Kini Sarah hidup sebagai seorang yang tidak mempunyai kaki . Hendak kemana-mana hanya menggunakan kerusi roda .
Sarah bingung , dia masih kecewa walaupun sudah dua hari pulang dari hospital . Kecewa kerana segala impiannya telah hancur dan kecewa dengan diri sendiri kerana belum sempat mengaku cintanya kepada Adie ! Sarah berfikir sejenak memikirkan pasal Daniel , teman lelakinya yang menyebabkan Sarah tidak mempunyai kaki . Sarah telah menyumpah-nyumpah kepada Daniel kerana curang dibelakangnya . Perasaanya terhadap Daniel telah lama hilang , cuma didalam hatinya ada seorang sahaja iaitu Adie ! Walaupun Adie hanya watak didalam mimpinya ketika koma !
ANDA SEDANG MEMBACA
KEHIDUPAN SEORANG DESIGNER !
Randomsarah seorang anak perempuan yang solehah kepada dua orang tuanya . peristiwa yang berlaku ketika sarah berumur 18 tahun telah menghancurkan segala cita-citanya . lagi hancur harapan hidupnya apabila kedua orang tuanya meninggal dunia ketika sarah b...
