BAB 4

129 1 2
                                        

Jam menunjukkan pukul 3 petang , Sarah akan bergerak selepas solat asar ke kampung . Perjalanan ke kampungnya mengambil masa 6 hingga 8 jam . Perasaan rindu terhadap mak dan ayahnya makin terasa . " hello mak , selepas asar Sarah bertolak okay " kata Sarah sambil mencari beg galasnya . " hello Sarah , iya okay . Sarah hati-hati ya ? Nanti mak masak masakan kegemaran Sarah ya " kata Mak Cik Yah dengan lemah lembut . " okay mak " kata Sarah sambil mencari-cari beg galasnya yang masih tidak ketemui .
  Azan berkumandangan , Sarah bersiap-siap untuk solat dan terus bergerak ke kampungnya .
Setelah selesai solat , Sarah terus melipat telekung dan sejadahnya untuk dibawa ke kampung . Dia bersiap-siap dan terus mencapai kunci keretanya . Enjin keretanya dipanaskan dan segala barang-barang dimasukkan kedalam bonet kereta alzanya . Memang dah maklum bonet kereta alza memang kecil . Jadi , Sarah hanya membawa dua beg sahaja lagipun dia dikampung hanya dua tiga hari . Risau juga takut bosnya marah kalau cuti lama-lama . Sit belt telah Sarah pakai kerana takut ada perkara yang tidak diingini . Lagu shape of way kedengaran , oh iya telefon Sarah berbunyi . Ketara nama Ani di screen telefonnya .
  " hello Sarah " kedengaran suara lelaki . Siapakah lelaki itu ? " iya hello , siapa ni " tanya Sarah . " owh em lupa , ni saya Adie . Ani cakap awak balik kampung ? " tanya Adie dengan suaranya yang lembut sahaja bila bercakap dengan Sarah . " oh aah , kenapa ? " tanya Sarah lagi . " kenapa tak bagitahu saya ? Boleh lah saya belikan hadiah untuk Pak Mat dan Mak Cik Yah " kata Adie . " sorry saya lupa nak bagitahu . Ingat Ani dah bagitahu awak time kita keluar tadi . Oh pasal hadiah tu takpa lah . Terima kasih jela eh " kata Sarah . Adie hanya menjawab okay dengan nada yang kecewa dan frust . Yelah , buah hati nak balik kampung takda orang cakap . Kalau aku pun , aku nangis haha okay jkjk . Sarah teruskan perjalanan dengan perlahan .
Sarah berhenti sekejap dekat masjid yang berdekatan pada pukul 6:45 untuk solat maghrib berjemaah . Dia sempat menukar baju untuk solat . Selepas selesai solat , Sarah berjalan sekejap dan mencari kedai yang berdekatan untuk makan . Tidak sampai 2 km dari masjid , Sarah telah berhenti di sebuah kedai makan . Disana memang ramai orang , mungkin kerana masakannya yang sedap dan masakan dari Thailand . Oh thailand memang masakan yang digemari oleh Sarah dan Pak Mat . Sarah telah menghabiskan dua pinggan nasi dengan tomyam ayam dan daging masak merah . Mungkin kerana pagi dan tengahari tadi dia tak makan , jadi malam itu memang seleranya sangat tinggi . Sarah sempat termenung sekejap . Lamunannya tentang Adie . Oh dia lupa membuka hadiah daripada Adie . Hadiah itu masih tersimpan elok didalam handbag nya berwarna coklat kehitaman .
Setelah selesai membayar bil tadi , dia tergesa ke tempat parkingnya kerana ada sebuah kereta sedang menunggunya keluar . Mungkin kereta tersebut hendak parking disana . Sarah terus keluarkan keretanya dan terus bergerak . Risau juga sampai ke kampung halamanya lewat malam .
Oh hadiah tadi , em patut tak aku buka sekarang ? Takpalah , tunggu rumah mak lah aku buka . Fikirannya masih melayang tentang seorang lelaki yang bernama ADIE . Dia agak terkejut bila Adie memanggilnya dengan panggilan dear ! Istimewakah aku berbanding Mia ? Kenapa dear ? Atau dia sudah putus dengan Mia ? Ah ! Tak mungkin lah dia sudah putus dengan Mia . Pinnn ! Lamunannya tersentap apabila hon dibunyikan oleh orang belakang . Dia tidak sedar lampu hijau sudah lama berlalu . Haa tulahh , berangan lagi padan muka . " hello mak " kata Sarah . " iya Sarah , dekat mana dah tu ? " tanya Mak Cik Yah . " Sarah lagi setengah jam sampai lah mak " jawab Sarah dengan tergesa takut dihon lagi oleh orang depan . Eh orang belakang lah . " okay Sarah hati-hati ya " jawab Mak Cik Yah . " okay mak bye ! " jawab Sarah dan terus memutuskan panggilan tersebut . Perjalanan tersebut diteruskan .
Sarah akhirnya sampai ke kampung pada pukul 11 malam . Perjalan yang mengambil masa selama 6 jam telah memenatkan Sarah dan melenguhkan badannya kerana membawa kereta seorang diri tanpa Ani . Tangan Mak Cik Yah disalam lalu cium dan Sarah memeluk maknya kerana terlalu merindukan . Sudah lama Sarah tidak pulang ke kampung . Agaknya dalam setahun lebih , yelah kerja designer memang susah dapat cuti lagi-lagi Sarah sudah jadi Fashion Designer yang terkemuka !
Malam itu mereka berehat bersama-sama diruang tamu . Pak Mat belum pulang kerana ada tahlil dirumah kawannya . Sarah teringat pasal kerjayanya " mak .. " panggil Sarah dengan lemah lembut . " ya sayang , ada apa ? " jawab Mak Cik Yah . " Sarah dah jadi.. Em mak ! Sarah dah jadi Fashion Designer Terkemuka ! " kata Sarah dengan bangga lalu memeluk emaknya . " ya Allah sayang ! Mak bersyukur sangat dan mak rasa bangga sangat dengan kejayaan kamu ! Mak akan sentiasa anak mak selalu berjaya . Solat jangan lupa ya sayang " kata Mak Cik Yah dengan penuh perasaan bersyukur kerana anaknya telah berjaya . Mereka saling memeluk dengan pelbagai perasaan . Sarah sempat tertidur diruang tamu sementara emaknya sedang menonton televesyen . Pada malam itu sungguh sunyi kerana Pak Mat pulang lewat . Kalau tidak , hari-hari Mak Cik Yah akan gelak ketawa dengan lawak Pak Mat .
" Sarah , bangun nak " kata Mak Cik ayah . " emm ahhhh , mak ayah belum balik lagi ke ? " tanya Sarah sambil menggeliat . " belum lagi , ayah tu biasalah kalau dah jumpa kawan . Kalau boleh segala air dia akan habiskan " kata Mak Cik Yah sambil tersenyum . " emm Sarah masuk bilik dulu eh . Mak jangan tidur lambat ya " kata Sarah . Sebelum tidur , Sarah teringat hadiah yang diberi oleh Adie . Sarah menggapai handbagnya yang terletak diatas almari lalu mencari hadiah tersebut . Sarah membuka hadiah itu dengan perlahan-lahan . Debaran jantung turut dirasai . Haa korang mesti nak tahu en apa hadiah tu ! Sarah begitu terkejut apabila hadiah tersebut adalah cincin ! Didalam kotak tersebut ada surat daripada Adie .
" Maisarah Najihah , saya harap sangat awak dapat terima hadiah ini . Di cincin itu ada nama kita , saya minta maaf kalau awak takboleh terima . Tapi awak jangan risau , saya tak paksa awak untuk terima semua ini dengan secepatnya . Saya akan bagi masa untuk awak berfikir . Awak mesti tertanyakan pasal relay saya dengan Mia . Awak jangan risau , kitaorang dah break . Saya baru tahu Mia tu jenis kaki club . Haritu saya terserempak dengan dia depan club tengah mabuk dengan seorang lelaki . Saya kesal , saya sedih . Saya taktahu nak buat apa . Tetiba saya teringat dekat awak , Sarah . Hanya awak yang boleh isi hati saya . Saya nak jadikan awak sebagai isteri saya . Kalau awak nak tahu , saya break dengan Mia bukan sebabtu je , tapi sebab dia dah pernah kena sentuh dengan kawan saya sendiri . Saya takda niat nak buka aib dia , tapi saya nak awak tahu yang saya taksuka perempuan macamtu . Bila saya tengok awak , hati saya tenang . Bila Ani ajak jumpa , saya dah gembira sebab saya tahu awak ada ! Terima kasih sebab sudi jumpa dengan saya . Bila awak dah baca surat ni , that's means perjumpaan kita berjalan dengan lancar . Akhir kata , jaga diri baik-baik " - Adie . Panjang lebar surat daripada Adie telah membuatkan Sarah tersenyum lalu surat itu dilipat dan disimpan dalam kotak hadiah tersebut .
Ip 5 telah Sarah capai lalu membuka gallery . Banyak sungguh gambar mereka . Perasaan sayu tiba-tiba datang apabila menatap gambar Ani . Ani lah kawan , Ani lah sahabat , Ani lah kakak , Ani lah adik semuanya Ani . Begitu sayang Sarah terhadap Ani . Susah senang Sarah sentiasa Ani ada . Sakit Sarah , hanya bertemankan Ani . Lamunan Sarah tersentap apabila melihat sebuah gambarnya bersama Adie . Ni mesti kerja Ani yang snap gambar aku dengan Adie . Hensem juga mamat ni , senyuman Sarah semakin melebar tanpa disedari Pak Mat telah lama berdiri dipintu .
" amboi anak ayah message siapa tu ? " sapa Pak Mat . Belum sempat Sarah menjawab , telefon disimpan dibawa bantal tidurnya . " eh ayah , dahlama ke sampai " tanya Sarah lalu salam ayahnya . " baru je , ayah tengok anak ayah tersenyum je tengok telefon ? boyfriend message ke " tanya Pak Mat sambil ketawa terkekeh-kekeh . Sarah hanya tersenyum , sudah masak dengan perangai ayahnya yang suka menyakatnya sejak dari kecil . " taklah ayah , Ani message tadi tanya dah sampai ke belum " jawab Sarah . " owh Ani , dia macam mana sekarang ? " tanya Pak Mat . Belum sempat Sarah menjawab , telefonnya berbunyi .
Terpapar nama Adie di screen telefon Sarah . Debaran menanti apabila Sarah menjawab panggilan itu . Sarah perasan , ayahnya sudah beredar . " em hello " jawab Sarah dengan perasaan berdebar . " hello Sarah , awak dah baca ke surat tu ? " tanya Adie . " oh dah baca , em Adie saya tidur dulu ye ngantuk ! Bye ! " kata Sarah . " eh seke... " belum sempat Adie berkata , Sarah telah meletak telefon . Beribu tanda tanya berada didalam hati Adie . Dia tolak aku ke atau dia dah taknak berkawan dengan aku ? Berbagai soalan berada didalam hati Adie dan beribu serba salah yang dirasa oleh Sarah kerana telah memperlaku begitu terhadap Adie . Malam itu tidur Adie tidak lena kerana takut akan jawapan Sarah adalah tak mahu .

KEHIDUPAN SEORANG DESIGNER !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang