BAB 1

397 3 2
                                        

  Surat khabar yang dibaca oleh Pak Mat terjatuh ditangan kerana terkejut mendapat panggilan daripada seorang lelaki mengenai anak perempuannya , Sarah yang kemalangan ketika hendak pulang ke rumah setelah selesai pengambilan keputusan spm . Tanpa berlengah , Pak Mat menyuruh isterinya , Mak Cik Yah supaya bersiap-siap untuk ke Hospital Selayang yang tidak jauh dari rumah mereka .
  Belum sempat kereta dipanaskan , Pak Mat telah meluru keluar dari tempat parking keretanya yang berada dibelakang rumahnya . " abang , apa yang berlaku ni ? kenapa kita kena pergi ke hospital ? " tanya Mak Cik Yah dengan penuh perasaan takut . " emm .. emm anak kita Yah " acuh tak acuh jawapan yang keluar dari mulut Pak Mat . " anak kita kenapa bang ?! cuba abang cakap terus terang dekat Yah apa yang berlaku dekat anak kita " sambil menangis isterinya bertanya . " anak kita kemalangan semasa pulang dari sekolah tadi Yah emm .. " Pak Mat turut menangis apabila menjawab soalan isterinya . " Allahuakhbar Sarah emm , apa jadi dengan anak mak ni " ucap Mak Cik Yah diikuti dengan tangisannya .
  Semasa di dalam kereta , Mak Cik Yah tidak berhenti-henti beristighfar kerana takut akan terjadi apa-apa dekat anaknya , Sarah . " Yah sabar Yah . ni semua ujian untuk keluarga kita " pesan suaminya . Beribu tanda tanya berada di dalam hati kedua orang tua ini . Keluhan dan kerunsingan turut dirasai oleh mereka .
Enjin kereta belum dimatikan , Mak Cik Yah sudah bergegas keluar dari kereta tanpa menunggu suaminya , Pak Mat . Apabila kereta sudah siap di parking , Pak Mat berlari anak menuju ke arah Mak Cik Yah berjalan .
" abang , jom kita tanya doktor disana , dimana wad anak kita " kata Mak Cik Yah . Pak Mat hanya mengangguk tanda faham kata isterinya . " doktor , dimana wad anak saya ? " tanya Mak Cik Yah . " emm , boleh saya tahu siapa anak makcik ? " tanya salah seorang doktor disana . " Maisarah Najihah Binti Mamat Ali " kata Pak Mat . " oh sekejap saya periksa nama itu . Anak pakcik dan makcik ditempatkan di wad ICU di tingkat 3 bilik 102 " terang doktor tersebut . Mak Cik Yah terus menuju ke tangga tanpa menunggu Pak Cik Mat yang masih berbual dengan doktor tadi . " em terima kasih doktor " kata Pak Mat selepas doktor memberitahu wad anaknya , Sarah .
  Suasana yang sepi tadi berubah menjadi riuh dengan suara suara kecil dua orang pasangan suami isteri ini yang memikirkan keadaan anak mereka . Apabila sampai di wad tersebut , Mak Cik Yah terus masuk ke dalam bilik itu . Tombol pintu bilik tersebut dipusing dengan perlahan-lahan bagi membuka pintu itu . Mak Cik Yah hampir terpengsan apabila melihat kaki anaknya sudah tiada , nasib baik ada Pak Mat yang menyambut isterinya daripada pengsan . Kerusi yang berada disebelah katil Sarah , diduduk oleh Mak Cik Yah sambil memegang erat tangan anaknya sebelah kanan . Hanya Allah sahaja yang memahami hati seorang ibu apabila melihat anaknya terpaksa melawan sakit dalam keadaan yang tidak sedar diri . Mulut Pak Mat tidak berhenti berdoa supaya anaknya dapat diselamatkan daripada koma ini . " ya Allah , semoga Engkau mendengar doa hambamu ini . Engkau selamatkanlah Sarah ya Allah " hati kecil Pak Mat berdoa .
Selepas sahaja solat Asar , rakan baik Sarah , Nina datang melawat mereka bersama Cikgu Zain . Kehadiran mereka berdua dapat melegakan hati kedua orang tua Sarah . Segala nasihat dan kata-kata semangat dari Cikgu Zain dilemparkan kepada Pak Mat dan Mak Cik Yah . " kami pihak sekolah sangat berbangga dengan Sarah kerana keputusan spm dia terlalu cemerlang . Oleh itu , kami ingin memberi sumbangan sebanyak satu ribu kepada Sarah dan keluarga " kata Cikgu Zain .      Senyuman lebar terukir dibibir mereka berdua kerana dapat mendengar berita yang baik . Bukanlah gembira mendengar berita berkenaan duit , malahan berkenaan dengan keputusan spm Sarah yang cemerlang . " terima kasih cikgu " serentak Pak Mat dan Mak Cik Yah mengucapkan terima kasih .
  Apabila tepat pukul 6:15 petang , Nina dan Cikgu Zain meminta diri untuk pulang kerana bimbang akan kesesakan jalan raya yang boleh menyebabkan kemalangan . Peristiwa seperti Sarah tidak mahu terjadi oleh sesiapa lagi . " baiklah cikgu , Nina . Terima kasih kerana sudi melawat Sarah " pilu sahaja kata-kata Mak Cik Yah . " tidak apa makcik , apa salahnya kami datang melawat . Sekurang-kurangnya kami dapat meringankan beban yang makcik dan pakcik rasa . Emm , saya doakan Sarah cepat sedar . Makcik sabar ya ? " pesan Nina sambil mengusap tangan Mak Cik Yah yang sudah dianggap seperti ibunya sendiri yang sudah 5 tahun meninggal akibat kemalangan ketika bercuti . Nasib baik Nina ada peperiksaan dan tidak mengikuti mereka bercuti , kalau tidak pasti Nina juga akan terlibat dalam kemalangan itu .
Selepas kepulangan mereka berdua , keadaan kembali sunyi dan sepi . Tangisan Mak Cik Yah juga sudah didengari kembali .

KEHIDUPAN SEORANG DESIGNER !Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang