"Kalau I dengan dia tak okay, kenapa?" Airil soal aku kembali, hanya tawa halus aku berikan sebagai jawapan. Kejadian malam tadi terus hilang dari fikiran.

"Tanya je. Jangan la marah Ilya, malam tadi I nampak dia macam bosan sangat. Maybe sebab tu dia balik?" Aku berkata, seperti kebiasaan aku berada di pihak Ilya.

"I boleh terima kalau dia nak balik awal tapi you tahu kan apa yang jadi semalam? Dia balik lambat, lelaki pulak tu yang hantar." Jelas kelihatan rasa kecewa yang terpamer di wajah itu.

"Kawan dia kot, jangan la bersangka buruk." Aku teruskan lagi, Airil memandang ke arahku. Seakan tidak berpuas hati denganku yang membela Ilya.

"I dah tanya dia siapa lelaki tu, dia tak jawab. Kejap— You sebelahkan dia kenapa?" Berkerut dahinya ketika bertanya.

"Sebab I rasa dia tak salah pun dalam hal ni. I rasa salah faham je kot," ujarku lagi.

"I ke dia kawan you sekarang ni?"

"Marah ke?" Soalku selepas Airil habis bertanya.

"What? Obviously no."

"Nampak sangat tengah marah ni." Tawa mula kedengaran, Airil menghadiahkan satu jelingan tajam untukku.

"Tak, I tak marah pun." Dia terus menegakkan benang yang sudah basah. Kalau dia marah, memang dia tak akan mengaku.

"Tengok muka pun dah tahu, I kenal you dah lama—"

"Kalau rasa you kenal I dah lama, kenapa you sebelahkan dia?"

Alahai! Aku tergelak lagi, teringat kenangan lalu. Airil memang begini, bila dia merajuk memang dia tunjukkan tapi tak mengaku. Terasa dengan aku yang menyebelahi Ilya.

"Kenapa senyum macam tu?"

"Masih lagi sama macam dulu, tak berubah." Aku berkata untuk mengingatkannya mengenai kenangan lalu.

"Kat mana ni?" Qaisara yang berada di belakang membangkitkan aku dan Airil dari berkhayal kenangan lalu.

"Kejap je lagi nak sampai," ujarku untuk menjawab soalannya. Aku menoleh ke belakang, Tiara masih lagi lena dan Qaisara pula mamai. Aku terlupa yang dua orang ni ada kat belakang.

Sebenarnya, majlis malam tadi tidak berakhir begitu saja. Kami semua sudah merancang event lain iaitu bercuti. Lokasi yang sama kami persetujui ketika ingin merehatkan minda sebelum SPM dulu, berkelah di kawasan air terjun.

Pada awalnya, aku, Tiara dan Qaisara merancang untuk ke sana secara bertiga tapi Airil yang kononnya tidak mahu turut serta tiba-tiba saja ingin ikut sekali dan menawarkan diri untuk menjadi pemandu. Ketika Iskandar mengajaknya untuk ke sana awal pagi tadi, dia menolak dengan memberi alasan yang dia tidak sihat. Kononnya lah, padahal tengah kecewa dengan isteri.

"Tiara tadi kata acah-acah tidur tapi sekarang ni betul-betul tidur." Qaisara berkata sambil menggelengkan kepalanya.

"Kononnya nak bagi ruang kat korang berdua," katanya lagi.

"Ruang? Apa benda korang ni? Both of you are making me and him uncomfortable," ujarku dengan nada yang tidak selesa. Tapi sebenarnya ini yang aku mahukan, bagus juga kedua-duanya tertidur tadi.

"Ya lah, ya lah. Aku selalu lupa yang Airil ni dah kahwin."

Senyap seketika. Tapi tak sampai seminit, Qaisara mencuit bahuku.

"Iskandar tu kan—"

"Kenapa dengan Iskandar?"

"Tak ada apa-apa." Qaisara batalkan niatnya untuk bertanya mengenai Iskandar.

"Betul ni? Ke kau nak jadi adik ipar aku?"

Tiada angin, tiada ribut, Qaisara tiba-tiba saja terbatuk. Lagaknya seperti tersedak air. Aku menoleh ke belakang, dia mengelak dari bertembung pandang denganku.

"Hish! Tak adanya!"

"Baguslah kalau macam tu. Iskandar sekarang ni duda paling laris, makan hati la kau hari-hari kalau jadi adik ipar aku nanti." Aku sengaja mengusiknya, dari semlamam lagi aku perhatikan caranya memandang Iskandar.

Dalam seronok aku menyakat Qaisara, sedar tak sedar kami sudah sampai ke destinasi yang di tuju. Tak semua turut serta kali ini, memandangkan event ini diadakan dua hari satu malam. Ada yang sibuk dengan kerja dan hanya sebahagian dari kami sahaja yang turut serta.

"Sorry lambat!" Qaisara terlebih dahulu meminta maaf kerana kami terlambat.

"Biasalah perempuan, macam tak biasa. Kan? Kan?" Izhar sudah mula memerli kata-kata Qaisara sebentar tadi.

"Eh! Cakap elok-elok sikit. Kawan kau ni tiba-tiba je nak ikut. Sejam tunggu dia bersiap." Kata-katanya diakhiri dengan rengusan.

"Tadi kata tak nak datang Ril?" Iskandar pula bertanya kali ini.

Aku malas hendak mendengar perbualan mereka, Airil pasti akan memberikan jawapan yang sebaliknya. Aku mengikut langkah Tiara dan Qaisara ke arah khemah yang sudah siap didirikan. Hari sudah pun senja, sewaktu kami bertolak ke sini tadi sudah masuk jam tiga petang.

Suasananya masih lagi sama seperti kami semua datang dulu. Selesai meletakkan beg pakaian di dalam khemah, aku menyusuri batu-batu yang menghiasi saluran air yang mengalir. Sampai saja di tempat yang sesuai, aku melabuhkan punggung di situ. Batu besar yang menghadap ke arah air terjun menjadi pilihanku. Puncak air yang laju dan deras mengalir membuatkan mataku tidak lepas memandang ke arahnya. Apabila teringatkan rancanganku yang semakin membuahkan hasil, aku mula tersenyum. Sikit saja lagi, dia akan menjadi milik aku kembali.

Bukan Untuk DimilikiTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang