NEW: Introducing Tap. Addictive chat stories for your 📲 Now in 10 languages
DOWNLOAD NOW!

Bab 2

102 6 8

bab 2

SELESAI sahaja mandi, Wafiq berbaring di atas katil. Air minuman yang dihantar Zuwaidah hanya diteguk separuh. Perutnya rasa tidak selesa selepas apa yang berlaku tadi. Malah sesekali dia masih terbau-bau kapur barus yang bercampur dengan bau busuk. Itu membuatkan perutnya bergelojak semula. Fikirannya tidak tenteram.

Apa yang menimpa ayahnya masih memberati fikiran. Bukan dia tidak menerima Qadha dan Qadar ALLAH cuma selagi tidak diketahui segalanya dengan jelas, seolah-olah ada duri yang mencucuk-cucuk hati. Ditoleh ke mana pun rasa sakit itu tetap ada. Tambahan lagi pemergian ayahnya terlalu mendadak. Dia merasakan seolah-olah hidupnya berhenti berputar secara tiba-tiba.

"Wafiq!" Ada satu suara memanggil dari luar.

Wafiq tersentak dari lamunan. Dia terpinga-pinga.

"Wafiq!" Suara itu memanggil lagi.

Dia bingkas duduk. Hairan. Kerana kalau Hamid, pasti bilik itu terus diterjah sahaja. Tidak perlu dipanggil-panggil. Namun, apabila panggilan itu kedengaran buat kali ketiga, dia langsung membuka pintu.

Koridor yang menghubungi ruang dan bilik-bilik di situ terhampar kosong. Dia tercari-cari. Kemudian dia ternampak, Zuwaidah sedang menaiki tangga.

"Mak cik panggil saya ke?" Dia menegur.

Langkah kaki Zuwaidah terhenti. Dia memandang Wafiq.

"Tak. Mak cik baru nak naik atas nak jumpa tuan." Zuwaidah menyambung langkah yang mati tadi.

Wafiq terdiam. Dia masih tertanya-tanya siapa yang memanggil-manggil namanya sehingga tiga kali. Dia yakin dia tidak salah dengar. Suara itu seperti suara ayahnya tetapi mungkin juga suara orang lain.

"Pak Cik Hamid di mana?"

"Tuan Hamid dah keluar. Sebelum dia keluar, dia pesan suruh mak cik hantar makanan pada tuan dulu. Jadi mak cik naik ni nak tanya tuan. Tuan nak makan apa, mak cik sediakan. Kalau nak tunggu hidangan majlis nanti, mungkin lambat sikit. Tuan Hamid kata tuan muntah tadi. Elok tuan makan sikit dulu."

Wafiq mengeluh panjang.

"Saya tak selera nak makan," jawabnya.

"Jangan ikut hati, tuan. Tuan mesti makan sikit."

"Masakkan saya sup cukuplah," katanya sebelum beredar masuk ke bilik semula. Sayangnya, apabila dia duduk sahaja di atas katil, perutnya rasa bergelojak. Dia berlari ke bilik air lalu muntah lagi. Hidungnya terbau kapur barus yang kuat.

****

PADA sebelah malamnya diadakan majlis tahlil di rumah agam milik Tuan Badruz. Ramai yang hadir termasuk kawan-kawan dan rakan-rakan perniagaan dari serata negeri. Majlis berjalan dengan baik tanpa gangguan.

"Pergilah berehat. Besoklah kita sambung apa-apa."

Hamid paut bahu Wafiq. Lega hatinya kerana hal pengkebumian Tuan Badruz dan majlis tahlil yang diaturkan berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

TAKRUT -Tangkal Pemisah Dua NegaraRead this story for FREE!