"Hayo... Ini amoi mulut talak insurans ha! Abang lu pakai wa punya duit... Talak bayar, lu lagi mau lari-lari."

"Sapa? Abang mana?"

Buntang mata Melur bertanya. Dipegang dua tangan ke belakang oleh annei pun Melur masih berani untuk berlawan cakap. Agak luar biasa Si Melur ni. Jika gadis lain mahu dah terketar-ketar takut. Tapi Melur ni masih punya semangat juang. I like!

"Abang satu perut lu punya emak la... Ada lain abang ka?"

Melur kasi jelingan tajam pada apek.

"Lu juling mata, lu marah jerit-jerit... Hutang abang lu tetap kena bayaq... Kalau tak..." Mata apek meratah tubuh Melur yang nampak seksi pakai baju agak fit itu.

"Wa makan lu punya body la..."

"Woi, gatai punya apek!" Melur cuba melompat untuk terajang apek, tapi gagal dek tangannya kuat dipegang oleh annei.

"Diamlah!" jerkah annei pula.

"Lu cari aku punya abang la! Apa pasal aku pula kena bayar? Bukan aku hutang lu!" bantah Melur. Nampak sangat wajahnya yang marah dan geram. Wajah putih bertukar merah macam udang kena bakar.

"Kalau abang lu mau bayaq... Gua talak cari lu maaa..."

"Berapa?" tanya Melur ringkas.

Apek tunjuk tiga jari ke atas.

"Tiga ratus?"

"Hotak lu tiga ratus!" marah annei di belakang.

Apek menyeringai sengih.

"Tiga puluh ribu. Lagi lambat bayaq... Lagi tambah!"

Terkejut Melur.

"Tiga puluh ribu?"

"Ha... Satu minggu kasi tempoh... Lambat bayaq... Lu tau apa gua mau bikin. Body lu sama adik lu banyak sidap punya!" ugut apek.

Serentak dengan itu, tangan Melur dilepaskan.

"Ingat! Satu minggu saja! Tiga puluh ribu! Kalau mau lu dan adik lu selamat!"

Si annei tak lepas peluang mengungut sama. Sebelum blah dari situ bersama apek, sempat lagi annei meraba punggung Melur sekali. Terkejut sangat Si Melur.

"Bangsat!" Maki Melur, kuat. Tak rela tubuhnya disentuh tangan-tangan haram.

Melur ditinggalkan. Wajah Melur geram, sedih dan kecewa.

"Aghrrr!!!" jerit Melur sekuat hati selepas itu.

Kawasan itu sunyi. Tiada siapa yang dengar dan peduli dengan jeritan Melur. Melainkan rumah usang, tanah terbiar, serangga serta burung yang sekali sekala beterbangan.

Dan dia...

Dia yang masih memerhati keadaan Si Melur...

Melur duduk di atas tanah. Muka diletak di atas lutut. Dia menangis. Melepas perasaan semahu-mahunya. Terenjut-enjut bahu serta anggota tubuhnya yang lain.

Kasihannya Si Melur. Terpaksa menanggung beban yang dibawa orang lain. Apa punya abang! Sepatutnya seorang abang menjaga adik-adik perempuannya dari bahaya. Ini terbalik. Si abang sendiri yang humban adik ke dunia neraka.

Dua hari kemudian dia langsaikan segala hutang piutang Si Melur dengan apek boroi tu. Sekeping surat sebagai ganti. Ringgit Malaysia tiga puluh ribu melayang begitu saja. Tapi dia tak kesah pun. Bukankah dia Robin Hood versi Melayu? Siapa lagi hendak tolong orang dalam kesusahan kalau bukan dia?

Zaman ni semua orang pentingkan diri. Duit tu dah diibaratkan Tuhan. Manusia sanggup buat apa saja demi duit. Yang kaya semakin tamak dan lupa diri. Jangankan membantu, memikir pasal orang miskin pun mereka tidak sudi. Tak ada masa.

LELAKI KIRIMAN TUHANRead this story for FREE!