"Adik ni! Abang risau! Bukan saja nak kongkong! Kita dah tak ada ayah..." Wafi tiba-tiba diam.

Teja sudah menarik muncung. Tak senang dia bila nama ayahnya disebut.

"Ubat bawa tak?" Suara Wafi sedikit mengendur.

Teja juihkan bibirnya.

"Adik dah tak sakit lama la. Apa nak risau sangatnya?" Desisnya bengang.

"Hish, kau ni kan dik. Benda tu boleh jadi semula bila-bila je. Abang risau je. Bukan saja-saja nak minta."

"Dahlah. Adik sihat je, tak ada sakit pun. Malam nanti call balik. Adik tak nak bising dalam tren cakap telefon. Bye." Teja terus matikan talian.

Dia melepaskan nafas berat. Balik-balik nak cakap pasal arwah ayah. Dia tahu pemergian ayah semasa dia kecil dahulu membawa kesan besar kepada mereka, dan juga kepadanya sehingga membawa kepada kejadian yang tidak diingini. Tapi, mana dia nak sedar apa yang jadi. Masa tu pun, dia kecil lagi. Move on la. Hidup cuma sekali. Kalau takut selalu, sampai bila takkan ke mana. Itu moto hidupnya. Abang dengan ibu tak nak faham, sudah!

Dengan perkhidmatan yang efisien, setengah jam kemudian, tren tiba di Stesen Lavender. Teja terus turun dan melangkah hingga ke perhentian bas di situ. Peta yang sudah ada dalam telefonnya dibelek.

"Kalau ikutkan, hostel dekat sini. Hmm... macam mana nak pergi ya?" Teja letak jari telunjuk di bawah bibir, berfikir.

Dia menoleh ke kiri dan kanan. Hmm, malu bertanya sesat jalan. Baik tanya orang. Seorang lelaki di sebelah kirinya yang sedang mendengar lagu melalui headphone didekatinya.

"Hi..." sapa Teja. Malangnya, lelaki itu tidak mendengar tegurannya. Lelaki yang berjambang nipis, berkaca mata dan bermafla merah berlilit di lehernya itu diliriknya.

"Helo, can you hear me?" Memandangkan dia tak pasti bangsa lelaki ini kerana kulitnya yang cerah, lebih selamat dia menggunakan Bahasa Inggeris. Lagipun, orang Singapura memang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pertuturan.

Teja ayun-ayunkan tangannya di depan lelaki itu tanpa menunggu lama. Terlompat lelaki itu ke belakang. Kus semangat! Hampir dia mahu mencarut kerana terkejut. Tengah syok dengar lagu tiba-tiba ada roadblock depan muka! Riaknya jelas menunjukkan dia terganggu. Teja pamer senyum. Baru dia perasan! Mamat di imigresen tadi!

"Hey! It's you!" Teja menuding jarinya ke arah lelaki itu, masih tersenyum lebar.

Tuah kerutkan dahinya. Perempuan gila mana ni? Backpacking tapi bercekak siap bereben lagi. Ingat catwalk atas jalan raya ke apa? Sempat Tuah mengutuk dalam hati.

Tuah buka langkah, jarakkan diri dari gadis itu. Dia pandang hadapan kembali. Memandangkan dia belum ada tujuan pasti, dia cuma mahu melayan fikirannya di tepi jalan begini. Datang pula perempuan gila ni. Hish. Kacau daun betul.

Teja mendekat lagi.

"Awak dari Malaysia kan?" Tanya Teja yakin. Jari telunjuk kanan masih dituding ke arah lelaki asing itu.

Tuah sempat mendengar perkataan Malaysia. Hmm... nak selamat, terpaksalah. Tuah terus tayang muka bingung pada perempuan itu. Ditariknya headphone turun ke belakang leher, menyebabkan beberapa juntaian rambutnya yang sememangnya agak panjang itu turun ke dahinya. Kaca matanya ditanggalkan. Teja terpegun melihat wajah yang beriras pelakon Jepun itu. Handsomenya!

"Ha?" Tuah ngangakan mulutnya, tanda tidak faham apa yang dikatakan gadis itu.

Teja masih tersenyum manis.

"You don't speak Malay? You from where?" Lintang-pukang terus bahasanya, gara-gara berhadapan dengan lelaki yang begitu sempurna di matanya itu.

Melihat wajah teruja gadis itu, Tuah kerutkan dahi pula. Dia kemudiannya menjongket bahu seraya menggeleng. Teja kecewa.

"You don't understand English?" Soalnya dengan nada sedih.

Tuah jongket bahu lagi. Dia tambah lagi dengan ayunan tangannya supaya gadis itu percaya. Malaysia dengan Singapura manalah jauh pun. Mestilah akan terjumpa orang kampung sendiri!

Teja sudah menarik senyum kelat.

"Apa nak buat. Jumpa orang tak faham pulak bahasa aku. Hmm, bye." Teja lambai tangannya kepada lelaki asing itu bersama senyum manis sebelum berlalu.

Tuah geleng kepala sambil memerhatikan belakang gadis itu, mencari mangsa lain. Sempat Tuah melihat dia menahan seorang mak cik Melayu bertudung dan menangkap riak ceria gadis itu bila mak cik itu berbahasa Melayu dengannya. Tanpa sedar, Tuah menggeleng dalam senyum.

Dia membetulkan headphone kembali sebelum memakai kaca matanya kembali. Malaysia ke Singapura ke, panas tetap panas. Fuh!

Bila menyedari wajahnya mungkin telah terdedah terlalu lama, Tuah cepat-cepat lilitkan kembali mafla merah tadi di lehernya, hingga menutupi mulutnya. Kaca mata hitam dan headphone turut dibetulkan semula sambil dia melingaskan matanya ke sekeliling, bagaikan risau saja ada yang memerhati.

۝q;

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now